Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Rancangan Tuhan Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
Ekonomi Wasiat Baru Tuhan
Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
2016-10-03 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Ketika berdoa, banyak orang Kristian akan cenderung berdoa untuk kehendak atau keperluan mereka sendiri supaya doa itu terkabul. Akan tetapi, pernahkah kamu terfikir akan kehendak Tuhan? Sila baca ayat-ayat di bawah:

Efesus 3:11: “Menurut tujuan abadi yang ditetapkan-Nya dalam Kristus Yesus, Tuan kita.”

Efesus 1:9-10: “Dengan menyingkapkan kepada kita misteri kehendak-Nya menurut kegirangan Tuhan yang terdahulu ditetapkan-Nya sebagai tujuan dalam diri-Nya, demi ekonomi kegenapan masa-masa, untuk menyatukan segala sesuatu di bawah satu kepala dalam Kristus, baik segala yang ada di syurga-syurga mahupun yang ada di bumi, dalam-Nya.”

Daripada ayat-ayat di atas, kita mendapati bahawa Tuhan mempunyai satu rancangan yang abadi (Ef. 3:11). Rancangan ini ialah misteri kehendak-Nya (1:9), yang tidak diketahui manusia. Kehendak abadi Tuhan ialah menyatukan segala sesuatu di syurga-syurga dan di bumi, di bawah satu kepala dalam Kristus (ay. 10). Dengan kata lain, Kristus akan menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu. Pada masa itu, segala sesuatu dalam alam semesta akan mengekspresikan Tuan. Inilah kehendak abadi Tuhan.

MISTERI TUHAN

Misteri Tuhan telah disimpan secara diam-diam sejak masa berzaman-zaman (Roma 16:25). Misteri ini tersembunyi dalam hati Tuhan dan tidak pernah diberitahukan kepada sesiapa pun. Dalam generasi-generasi yang lampau, Tuhan tidak pernah memberitahu manusia sebab Dia mencipta segala sesuatu (Ef. 3:5a, 9).

PENYATAAN MISTERI INI

Walau bagaimanapun, kini misteri ini telah dinyatakan (Roma 16:26). Tuhan mewahikan misteri ini kepada Paulus supaya dia mengetahui misteri ini. Dia juga mewahikan misteri ini kepada para dutus dan penyabda-Nya yang kudus (Ef. 3:3-5), dan mencahayai semua agar mereka dapat melihat misteri ini (ay. 9).

MISTERI TUHAN IALAH KRISTUS

Apakah misteri Tuhan ini? Kolose 2:2 mengatakan bahawa misteri Tuhan ialah Kristus. Oleh itu, misteri Tuhan ini ialah Kristus. Kehendak Tuhan ialah Kristus menjadi pusat segala sesuatu dan menundukkan segala sesuatu di bawah Kristus supaya Kristus menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu. Kolose 3:11 berkata, “Kristus ialah segala dan dalam segala.” Kolose 1:18 berkata, “Supaya Dia sendiri dapat menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu.” Berkenaan misteri ini, Efesus 3:6 berkata, “Bahawa dalam Kristus Yesus, menerusi injil, bangsa Asing ialah rakan sewaris dan rakan seanggota Tubuh serta rakan senikmat janji.” Tuhan sememangnya ingin mencapai matlamat ini. Pada kegenapan masa-masa (1:10), Dia menyatukan segala sesuatu di bawah satu kepala dalam Kristus, baik segala yang ada di syurga-syurga mahupun yang ada di bumi, dalam-Nya. (Perkataan “kegenapan” bererti “kepenuhan”, dan “masa-masa” dalam bahasa Yunani asal merujuk kepada “zaman-zaman”.) Ini bermaksud bahawa segala sesuatu akan dihimpunkan bersama-sama di satu tempat dan dimahkotai dengan nama Kristus.

Buku Efesus memberitahu kita tentang apa yang diperoleh Tuan dari masa kebangkitan-Nya hingga langit baru dan bumi baru. Oleh itu, buku Efesus mengatakan bahawa Tuan akan menjadi Kepala atas segala sesuatu di syurga-syurga dan di bumi (1:22), dan bukannya menjadi Kepala atas segala sesuatu di bawah bumi kerana pada masa itu, tidak akan ada apa-apa lagi di bawah bumi. Buku Filipi pula memberitahu kita tentang apa yang diperoleh Tuan dari masa kebangkitan-Nya hingga kedatangan kedua-Nya. Dengan itu, ayat di situ mengatakan bahawa dalam nama Yesus, setiap lutut harus sujud, iaitu segala-gala yang berada “di langit dan di bumi serta di bawah bumi” (2:10). Hari ini, masih ada banyak perkara lagi di bawah bumi yang belum berlalu.

KESIMPULAN

Matlamat Tuhan terdiri daripada dua perkara: Pertama, supaya segala sesuatu mengekspresikan Kristus. Dengan kata lain, Tuhan bertujuan supaya Kristus menduduki tempat pertama dalam segala sesuatu. Kedua, supaya manusia menyerupai Kristus dan mempunyai hayat-Nya dan kemuliaan-Nya. Hari ini, banyak pekudus di bumi yang kekurangan Kristus, dan banyak hal yang menyatakan Syaitan. Namun begitu, tujuan Tuhan pasti akan disempurnakan. Pada suatu hari nanti, segala sesuatu akan menyatakan Kristus. Kita harus berdoa kepada Tuhan agar kita memperoleh Kristus dengan lebih banyak lagi dan menyatakan Kristus dengan lebih banyak lagi supaya kehendak Tuhan digenapkan dengan segera.

Ekonomi Wasiat Baru Tuhan
Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Chin pada 2016-10-14
Amen demi rancangan Tuhan bahawa segala sesuatu akan mengekspresikan Kristus dan lambat laun, kami semua akan menyerupai Kristus dan mempunyai hayat dan kemuliaan-Nya buat selama-lamanya.