Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Rancangan Tuhan Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
Manusia Dicipta Menurut Imej Tuhan Dan Mengikut Rupa-Nya
2020-08-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Saudara dan saudari sekalian, apakah makna kewujudan kita di bumi? Ciptaan manusia sebenarnya sungguh istimewa. Bible menunjukkan kepada kita bahawa kita dicipta menurut imej Tuhan dan mengikut rupa-Nya. Kejadian 1:26 berkata, "Dan bersabdalah Tuhan, Hendaklah Kita menjadikan manusia menurut imej Kita, mengikut rupa Kita, dan hendaklah mereka berdominion atas ikan di laut dan atas unggas di langit dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas setiap benda melata yang merayap di atas bumi."

Alangkah tertakjubnya pernyataan ini: manusia dicipta menurut imej Tuhan dan mengikut rupa-Nya! Hasrat hati dan kegirangan Tuhan ialah manusia serupa dengan-Nya; hasrat Tuhan ialah manusia mengekspresikan-Nya. Tuhan berhasrat untuk menyalurkan hayat dan sifat divin-Nya ke dalam manusia yang dicipta-Nya dan bersatu dengannya. Inilah sebab dan erti kewujudan kita sebagai manusia. 

Kita mempunyai imej Tuhan, iaitu diri dalaman Tuhan. Ini ialah ekspresi bagi esens dalaman atribut Tuhan seperti kasih, cahaya, kekudusan, dan keadilbenaran. Kita mempunyai rupa Tuhan, iaitu bentuk Tuhan. Ini ialah ekspresi bagi esens dan sifat persona Tuhan. Oleh itu, Tuhan mencipta manusia untuk menjadi duplikasi diri-Nya supaya manusia mempunyai keupayaan untuk berisikan Tuhan dan mengekspresikan-Nya. Memandangkan Tuhan dan manusia merupakan jenis yang sama, maka manusia boleh digabungkan kepada Tuhan dan hidup bersama-sama-Nya dalam penyatuan organik. 

Janganlah kita ditipu Syaitan. Makna kewujudan kita sungguh takjub dan agung. Apabila Syaitan menggoda kita dengan meletakkan kekecewaan dan kekosongan dalam kehidupan kita, biar kita ingatkan dia siapakah kita! Kita ialah manusia! Kita mempunyai imej Tuhan dan rupa Tuhan dan dapat bersatu dengan-Nya untuk mengekspresikan-Nya. Status kita tinggi sekali.  Kita akan menyambung untuk melihat seterusnya bagaimana kita sebagai manusia yang mempunyai imej dan rupa-Nya dapat bersatu dengan-Nya. 

Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)