Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Rancangan Tuhan Ekonomi Wasiat Baru Tuhan
Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
Ekonomi Wasiat Baru Tuhan
2016-08-16 | 259 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pengurusan Rumah Tangga Tuhan, Pengaturan dalam Pentadbiran Rumah Tangga Tuhan, Dispensasi Divin

Apakah itu ekonomi Wasiat Baru Tuhan? Ekonomi Wasiat Baru Tuhan ialah pengurusan rumah tangga Tuhan, pengaturan dalam pentadbiran rumah tangga Tuhan, dispensasi (rancangan) divin. Dispensasi di sini bermaksud pengaturan, iaitu rancangan.

Ekonomi ini, dispensasi ini, diwahikan dalam Efesus 1:10 dan 3:9. Efesus 1:10 berkata, “Demi ekonomi kegenapan masa-masa, untuk menyatukan segala sesuatu di bawah satu kepala dalam Kristus, baik segala yang ada di syurga-syurga mahupun yang ada di bumi, dalam-Nya.” Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai ekonomi di sini ialah oikonomia, iaitu asal bagi perkataan economy dalam bahasa Inggeris. Tuhan bertujuan untuk mengadakan satu ekonomi. Semua kingdom dalam alam semesta, kingdom malaikat, kingdom manusia, kingdom binatang, dan kingdom tumbuhan, adalah untuk ekonomi ini, dispensasi ini, dan bergerak ke arah penyempurnaannya.

Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai ekonomi dalam Efesus 1:10 juga diterjemahkan sebagai penyelenggaraan atau pengaturan rumah tangga. Perkataan pentadbiran juga boleh digunakan kerana akhirnya dispensasi ini, penyelenggaraan dan pengaturan rumah tangga ini, akan menjadi pentadbiran abadi. Seluruh alam semesta akhirnya akan berada di bawah satu pentadbiran. Walaupun perkataan pentadbiran boleh digunakan di sini, namun saya lebih suka perkataan dispensasi, penyelenggaraan, dan pengaturan rumah tangga.

Berkenaan tujuan Tuhan, perkataan ekonomi tidak biasa bagi banyak orang Kristian. Perkataan Yunani untuk ekonomi, oikonomia, digunakan dua kali lagi dalam buku Efesus. Kita telah melihat bahawa dalam Efesus 1:10 Paulus berbicara tentang dispensasi, atau ekonomi kegenapan masa-masa, yang dalamnya segala sesuatu disatukan di bawah satu kepala dalam Kristus. Kemudian dalam 3:2, dia berbicara tentang penyelenggaraan kurnia Tuhan, dan dalam 3:9, berkenaan ekonomi misteri. Dalam 3:9, Paulus berkata, “Untuk mencahayai semua agar mereka dapat melihat apakah ekonomi misteri yang tersembunyi sejak berzaman-zaman dalam Tuhan yang mencipta segala sesuatu.” Misteri Tuhan ialah tujuan-Nya yang tersembunyi. Tujuan-Nya ialah mendispenkan diri-Nya ke dalam umat pilihan-Nya. Oleh itu, terdapat ekonomi misteri Tuhan. Misteri ini tersembunyi dalam Tuhan sejak berzaman-zaman, iaitu sejak keabadian dan sepanjang zaman-zaman yang lampau, tetapi kini ekonomi ini telah dinyatakan kepada percayawan Wasiat Baru.

Dalam 1 Timotius 1:4, Paulus berbicara tentang “ekonomi Tuhan yang berada dalam kepercayaan.” Perkataan Yunani yang diterjemahkan sebagai ekonomi juga ialah oikonomia. Dalam bahasa Yunani, perkataan ekonomi Tuhan di sini juga bermakna ekonomi rumah tangga Tuhan. Inilah pentadbiran rumah tangga Tuhan untuk mendispenkan diri-Nya dalam Kristus ke dalam umat pilihan-Nya agar Dia dapat memperoleh isi rumah, keluarga, untuk mengekspresikan diri-Nya; keluarga ini ialah gereja, Tubuh Kristus. Ministri Paulus adalah berpusat pada ekonomi Tuhan ini (Kol. 1:25; 1 Kor. 9:17).

Apakah Kehendak Abadi Tuhan?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook