Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 1/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
2020-05-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (33)

Nota Editor:

“Sepanjang dua puluh abad yang lalu, beribu-ribu nyawa yang berharga, harta kesayangan hati, kedudukan tinggi, dan masa depan yang cerah telah ‘dibazirkan’ ke atas Tuan Yesus. Kepada orang yang mengasihi-Nya sedemikian, Dia sama sekali indah menawan dan layak menerima persembahan mereka. Apa yang dicurahkan oleh mereka ke atas-Nya bukanlah suatu pembaziran tetapi kesaksian yang harum tentang kemanisan-Nya.” (Holy Bible Versi Pemulihan, Mat. 26:8, nota 1)

“Tuan mengatakan bahawa ini perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Terlalu mengasihi-Nya, terlalu mematuhi-Nya, dan banyak menghabiskan wang dan tenaga untuk-Nya ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga melupakan kritikan orang yang lebih berpengalaman dalam Tuan ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga melupakan keperluan orang miskin di luar ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga sanggup menghabiskan segala-galanya ke atas Tuan ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Pada anggapan Tuan, pelayanan kita kepada-Nya tidak mungkin keterlaluan. Kasih kita terhadap-Nya tidak mungkin keterlaluan. Kepatuhan kita kepada-Nya juga tidak mungkin keterlaluan. Tidak kira bagaimana orang lain memandang perbuatan ini, dan tidak kira bagaimana orang yang melayan sama-sama mengkritik perbuatan ini, Tuan mengatakan bahawa ini perbuatan yang luhur.”

“Tuan berkata kepada mereka, ‘Kerana kamu selalu ada orang miskin bersama denganmu, dan pada bila-bila sahaja yang kamu ingini, kamu boleh berbuat baik terhadap mereka. Tetapi kamu tidak selalu ada Aku’ (Mrk. 14:7). Maksud Tuan ialah mereka masih ada banyak peluang untuk bersedekah kepada orang miskin, tetapi masa yang ada untuk melayan-Nya sudah suntuk.”

“Mengurapi Tuan harus dilakukan tepat pada waktunya. Selepas Tuan bangkit, sudah terlalu lewat bagi kita untuk mengurapi-Nya! Maria orang Magdala telah membeli minyak lalu pergi awal-awal pagi pada hari pertama minggu itu untuk mengurapi tubuh Tuan Yesus, tetapi dia tidak dapat mengurapi-Nya lagi. Tuan telah bangkit dan dia sudah terlewat.”

SATU PERBUATAN YANG LUHUR (Bahagian 2/2)

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mrk. 14:6 “Tetapi Yesus berkata, Biarkan dia. Mengapa kamu menyusahkannya? Dia telah melakukan perbuatan yang luhur ke atas-Ku.”

Mrk. 14:9 “Dan sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Di mana sahaja injil itu diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya.”

Pada anggapan Tuan, jika mereka dapat mengasihi-Nya seperti Maria, itu sangat baik. Jika mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka tidak harus menghalang orang lain mengasihi-Nya dengan cara sedemikian. Tangan kita tidak harus menghalang semua yang mengasihi Tuan; kita tidak harus mengganggu mereka.

Di mata orang, apa yang dilakukan Maria adalah suatu pembaziran dan melampaui batasan. Menurut pemikiran orang biasa, menggunakan minyak sudah cukup; mengapa menggunakan minyak narwastu murni? Menggunakan minyak narwastu murni sudah cukup; mengapa mengisikannya di dalam bekas pualam? Menggunakan bekas pualam sudah cukup; mengapa membazirkan wang sebanyak tiga ratus dinar lebih? Mereka tidak dapat menahan diri daripada mengkritik Maria, malah mereka marah akannya. Namun bagi Tuan, perbuatan ini tidak harus dikritik. Tuan berkata, “Biarkan dia. Mengapa kamu menyusahkannya?” Bagi Tuan, kritikan dan kemarahan mereka menyusahkan Maria. Tuan menganggap perbuatan ini perbuatan yang dibenarkan. Oleh itu, Dia berkata, “Dia telah melakukan perbuatan yang luhur ke atas-Ku”! O, apa yang dilakukan Maria adalah perbuatan yang luhur, yang tidak patut dikritik.

Pada masa itu, tiga ratus dinar lebih dapat membeli seorang abdi. Wang itu cukup untuk mengupah beberapa orang pekerja selama beberapa bulan. Semasa Tuan berada di Betania dan tinggal di rumah Maria, Marta sibuk melayan; dia tidak mempunyai abdi untuk membantunya. Ini menunjukkan bahawa keluarga Maria bukanlah keluarga yang kaya. Walau bagaimanapun, Maria tidak mementingkan keselesaan sendiri; dia menghabiskan segala-galanya ke atas Tuan. Kita tidak takut mengasihi Tuan dan melayan Tuan secara keterlaluan. Menghabiskan segala-galanya ke atas Tuan bukanlah suatu pembaziran.

“Dia telah melakukan perbuatan yang luhur ke atas-Ku” (ay. 6). Tuan Yesus menentang konsep disipal-disipal yang menganggap bahawa pengurapan dan persembahan yang sedemikian kepada-Nya merupakan suatu “pembaziran”. Tuan mengatakan bahawa ini perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Terlalu mengasihi-Nya, terlalu mematuhi-Nya, dan banyak menghabiskan wang dan tenaga untuk-Nya ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga melupakan kritikan orang yang lebih berpengalaman dalam Tuan ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga melupakan keperluan orang miskin di luar ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Mengasihi-Nya sehingga sanggup menghabiskan segala-galanya ke atas Tuan ialah perbuatan yang luhur, bukan pembaziran. Pada anggapan Tuan, pelayanan kita kepada-Nya tidak mungkin keterlaluan. Kasih kita terhadap-Nya tidak mungkin keterlaluan. Kepatuhan kita kepada-Nya juga tidak mungkin keterlaluan. Tidak kira bagaimana orang lain memandang perbuatan ini, dan tidak kira bagaimana orang yang melayan sama-sama mengkritik perbuatan ini, Tuan mengatakan bahawa ini perbuatan yang luhur. Pemberitaan injil seharusnya membawa satu hasil, iaitu bukan semata-mata menghantar pendosa ke syurga, tetapi menjadikan setiap orang yang diselamatkan itu kekasih Kristus. Oleh itu, Bible berkata, “Jika sesiapa tidak mengasihi Tuan, biarlah dia dilaknat” (1 Kor. 16:22).

Semua Maria harus dipuaskan dengan kata-kata Tuan ini. Jika kita mengharapkan perkenanan daripada rakan-rakan yang menjadi disipal bersama-sama kita, maka kita akan hidup menurut pedoman penaakulan duniawi, dan kita tidak akan mempersembahkan diri kita menurut apa yang ada dalam hati Tuan. Kita harus dipuaskan dengan perkenanan Tuan, dan tidak mempedulikan kritikan orang.

Sebenarnya Tuan tidak menentang mereka bersedekah kepada orang miskin. Tuan menentang mereka kerana mereka mengatakan bahawa apa yang dilakukan ke atas-Nya adalah perbuatan yang keterlaluan dan suatu pembaziran. Tuan berkata kepada mereka, “Kerana kamu selalu ada orang miskin bersama denganmu, dan pada bila-bila sahaja yang kamu ingini, kamu boleh berbuat baik terhadap mereka. Tetapi kamu tidak selalu ada Aku” (Mrk. 14:7). Maksud Tuan ialah mereka masih ada banyak peluang untuk bersedekah kepada orang miskin, tetapi masa yang ada untuk melayan-Nya sudah suntuk. 

“Perempuan itu telah melakukan apa yang dia mampu” (ay. 8). Persoalan di sini bukanlah berapa banyak yang telah kita gunakan untuk Tuan, tetapi berapa banyak yang masih tinggal. Bukanlah susah bagi orang kaya memberi banyak kepada Tuan, namun amatlah sukar bagi orang miskin mempersembahkan segala-gala yang dimilikinya kepada Tuan. “Perempuan itu telah melakukan apa yang dia mampu.” Dia tidak menyimpan apa-apa untuk dirinya. Pujian Tuan datang daripada perkataan “segala-galanya”. Tidak memberikan segala-galanya bererti tidak ada kasih. Jika kita mengasihi Tuhan, kita harus mengasihi-Nya dengan seluruh hati kita, seluruh sukma kita, seluruh daya kita, dan seluruh minda kita. Sering kali sikap kita terhadap seorang pemandu teksi adalah lebih baik daripada sikap kita terhadap Tuan. Kadangkala kita memberi beberapa duit syiling kepada pemandu teksi sebagai ganjaran. Namun, kita tidak sanggup memberi beberapa duit syiling kepada Tuan. Betapa kasihannya keadaan ini!

Mengapakah Maria melakukan perbuatan ini? Mari kita melihat apa yang dikatakan Tuan.

“Dia mengurapi tubuh-Ku terlebih dahulu untuk pengebumian” (ay. 8). Dua hari lagi Tuan akan mati. Dalam Injil Matius, Tuan pernah memberitahu disipal-disipal sebanyak empat kali bahawa Dia akan mati, tetapi mereka tidak memahami kata-kata-Nya. Hanya Maria yang memahaminya. Dia memahami bahawa Tuan akan mati untuknya dan untuk menyelamatkannya daripada hukuman neraka dan maut. Dia mengasihi Tuan, dan dia harus mengurapi Tuan. Daya gerak untuk mengasihi Tuan datang daripada kematian Tuan. Orang yang tidak memahami kematian Tuan tidak akan mengasihi-Nya dengan sejati.

Mengurapi Tuan harus dilakukan tepat pada waktunya. Selepas Tuan bangkit, sudah terlalu lewat bagi kita untuk mengurapi-Nya! Maria orang Magdala telah membeli minyak lalu pergi awal-awal pagi pada hari pertama minggu itu untuk mengurapi tubuh Tuan Yesus, tetapi dia tidak dapat mengurapi-Nya lagi. Tuan telah bangkit dan dia sudah terlewat.

“Mengurapi tubuh-Ku terlebih dahulu.” Inilah Kristus. Hari ini ialah masa kita mempersembahkan diri kepada Tuan. Jika kita bertangguh lagi, kita mungkin terlewat! Selepas kebangkitan Tuan, sudah terlalu lewat untuk mengurapi-Nya. Selepas kebangkitan kita, sudah terlalu lewat untuk mempersembahkan diri kita kepada Tuan dan mengasihi-Nya dengan hati yang tulus. Pada waktu kebangkitan, sungguhpun kita memiliki ribuan dunia, kita akan membuang semuanya dengan riang untuk mengasihi Tuan Yesus. Namun sekarang kita perlu mengasihi-Nya dengan sepenuhnya seperti mana kita akan mengasihi-Nya selepas kebangkitan. Sekaranglah masa kita mengasihi Tuan.

Roma 6 berbicara tentang persembahan anggota-anggota kita kepada Tuhan. Roma 12:1 pula berbicara secara khusus tentang persembahan tubuh kita. Persembahan ini persembahan yang penuh. Mempersembahkan anggota-anggota lebih mudah daripada mempersembahkan tubuh. Namun demikian, persembahan tubuh adalah kudus. Kekudusan yang sebenar datang daripada persembahan yang mutlak. Persembahan sedemikian jugalah persembahan yang munasabah dan bukannya suatu pembaziran. Semoga kita dapat mempersembahkan diri kita secara mutlak kepada Tuan, dan semoga kita dapat mengasihi-Nya, melayan-Nya, dan mematuhi-Nya sementara kita masih ada hari ini.

Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 1/2)
Syarat Utama Untuk Kemajuan Rohani (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)