Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 1/2)
Diselamatkan Daripada Mamon
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 1/2)
2020-05-30 | 144 Baca | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (32)

Nota Editor:

“‘Datanglah seorang perempuan [Maria—Yoh. 12:3], yang mempunyai sebuah bekas pualam berisikan minyak narwastu murni yang amat mahal.’ Minyak narwastu murni sudah cukup baik, apatah lagi dengan minyak narwastu murni yang amat mahal, sudah tentu minyak ini jauh lebih baik. Minyak narwastu murni yang amat mahal ini diisikan di dalam bekas pualam. Bekas pualam juga amat berharga. Bukan sahaja minyak yang dipersembahkan Maria kepada Tuan itu amat mahal, malah bekas pualam yang berisikan minyak juga amat berharga. Oleh itu, segala-gala yang dipersembahkan kepada Tuan haruslah yang amat berharga.”

“Maria membuat persembahan kepada Tuan dengan ‘mempertaruhkan segala-galanya’! Kita juga harus mempunyai kesudian dan keberanian sedemikian. ‘Rumah itu penuh dengan keharuman minyak’; inilah persembahan yang mutlak. Persembahan membawa dua makna. Yang satu ialah mempersembahkan sesuatu kepada Tuan, dan yang satu lagi ialah mempunyai hati yang tulus dan tidak berbelah bahagi terhadap Tuan.”

SATU PERBUATAN YANG LUHUR (Bahagian 1/2)

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Mrk. 14:3-6 “Dan semasa Yesus berada di Betania di rumah Simon pesakit kusta itu, ketika Dia duduk makan, datanglah seorang perempuan, yang mempunyai sebuah bekas pualam berisikan minyak narwastu murni yang amat mahal, lalu memecahkan bekas pualam itu dan mencurahkannya ke atas kepala Yesus. Tetapi ada beberapa orang dengan berang bercakap sesama sendiri: Mengapa minyak ini dibazirkan begitu? Kerana minyak ini boleh dijual lebih daripada tiga ratus dinar dan diberikan kepada orang miskin. Maka mereka sangat marah akannya. Tetapi Yesus berkata, Biarkan dia. Mengapa kamu menyusahkannya? Dia telah melakukan perbuatan yang luhur ke atas-Ku.”

Markus 14:9 berkata, “Dan sesungguhnya Aku berkata kepada kamu, Di mana sahaja injil itu diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya.” Menurut kata-kata Tuan Yesus di sini, di mana sahaja injil itu diberitakan, kisah ini harus disebut. Jika injil diberitakan, tetapi kisah ini tidak disebut, maka di mata Tuan perkara ini menjadi satu kekurangan yang ketara. Oleh itu, sekarang saya akan menceritakan kisah ini. Perkara ini ditunjukkan Tuan kepada saya ketika saya berdoa. 

Bilakah kisah ini berlaku? Ayat 1 berkata, “Sekarang Paskah dan Perayaan Roti Tidak Beragi akan bermula dua hari lagi. Ketua hentar dan katib sedang mencari jalan untuk menahan Yesus dengan licik dan membunuh-Nya.” Kisah ini berlaku ketika salib sudah di depan mata! Ketika bayang salib sudah kelihatan! 

Apakah makna yang terpenting dalam kisah ini? Maknanya terungkap dalam 1 Petrus 3:15, iaitu “kuduskanlah Kristus sebagai Tuan dalam hatimu”. Perkataan “kuduskanlah” dalam bahasa Yunani ialah kata kerja. Ayat ini bermakna kita perlu menguduskan Kristus sebagai Tuan dalam hati kita. Kisah ini menunjukkan cara untuk melaksanakan ayat ini. 

Kisah ini menggerakkan orang melakukan satu perkara—menguduskan Kristus sebagai Tuan. Tuan berkata, “Di mana sahaja injil itu diberitakan di seluruh dunia, apa yang telah dilakukan oleh perempuan ini juga harus dikisahkan sebagai kenangan terhadapnya.” Dia berkata sedemikian untuk mengajar kita bahawa selepas kita memberitakan injil, kita harus membuahkan hasil sedemikian. Kisah ini menyingkapkan makna hasil sedemikian.

“Datanglah seorang perempuan [Maria—Yoh. 12:3], yang mempunyai sebuah bekas pualam berisikan minyak narwastu murni yang amat mahal.” Minyak narwastu murni sudah cukup baik, apatah lagi dengan minyak narwastu murni yang amat mahal, sudah tentu minyak ini jauh lebih baik. Minyak narwastu murni yang amat mahal ini diisikan di dalam bekas pualam. Bekas pualam juga amat berharga. Bukan sahaja minyak yang dipersembahkan Maria kepada Tuan itu amat mahal, malah bekas pualam yang berisikan minyak juga amat berharga. Oleh itu, segala-gala yang dipersembahkan kepada Tuan haruslah yang amat berharga.

“Lalu memecahkan bekas pualam itu.” Mengapakah dia berbuat demikian? Sebabnya ialah minyak narwastu murni ini berasal dari Parsi. Bekas pualam ini perlu dipecahkan, barulah minyak itu dapat mengalir keluar. Dengan mengisi minyak narwastu murni di dalam bekas pualam, tidak akan ada minyak tiruan.

“Dan mencurahkannya ke atas kepala Yesus.” Sebaik sahaja dia berbuat demikian, rumah penuh dengan keharuman minyak (Yoh. 12:3). Bukan sahaja pada ketika itu rumah penuh dengan keharuman minyak, malah sekarang apabila kita membaca bahagian Bible ini, seolah-olah kita juga dapat mencium keharuman ini! Bahkan di tempat kita berhimpun sekarang juga penuh dengan keharuman! Kasih sedemikian terhadap Tuan dan persembahan sedemikian kepada Tuan sememangnya keharuman yang berkekalan hingga sekarang dan buat selama-lamanya.

Yohanes 12:3 mengatakan bahawa Maria “mengurapi kaki Yesus, dan mengelap kaki-Nya dengan rambutnya”. Maria meletakkan kemuliaannya di bawah kaki Tuan! Bagi seorang perempuan, rambut ialah kemuliaannya (1 Kor. 11:15).

Pada mulanya Maria hanya dapat dilihat orang; sekarang dia dapat dihidu orang. Dia bukan hanya menimbulkan kritikan orang, tetapi juga menimbulkan kemarahan orang. Namun begitu, dia tidak mengendahkan sesiapa pun dan tidak mempedulikan apa-apa pun. Dia tidak terfikir bahawa dia sedang berada di rumah seorang pesakit kusta. Dia tidak mempertimbangkan keadaan semasa keluarganya dan juga kesulitan masa depannya. Dia tidak mempedulikan kritikan dan kemarahan orang. Dia melakukan perkara ini begitu sahaja.

Maria membuat persembahan kepada Tuan dengan “mempertaruhkan segala-galanya”! Kita juga harus mempunyai kesudian dan keberanian sedemikian. “Rumah itu penuh dengan keharuman minyak”; inilah persembahan yang mutlak. Persembahan membawa dua makna. Yang satu ialah mempersembahkan sesuatu kepada Tuan, dan yang satu lagi ialah mempunyai hati yang tulus dan tidak berbelah bahagi terhadap Tuan. 

Minyak adalah untuk pengudusan. Tabernakal dan segala alat perkakas di dalam tabernakal diurapi dengan minyak. Perkataan “Kristus” ialah “Mesias” yang bermakna Dia Yang Diurapi. Kita harus menguduskan Kristus yang diurapi ini sebagai Tuan dalam hati kita. Kita harus mengurapi-Nya dengan minyak dan mengaku bahawa Dia ialah Tuan, bahkan mengaku bahawa Dia ialah Tuan kita. Kita harus mempersembahkan segala-galanya kepada Tuan dan meletakkan segala-galanya pada Kristus. Kita tidak takut kalau-kalau mentaati Tuan secara membuta tuli; kita tidak takut kalau-kalau terlalu membara-bara semasa mengasihi-Nya. Pernah sekali, ketika seorang Kristian yang muda berpisah dengan seorang yang tua, orang tua itu berkata kepadanya, “Saya hanya mempunyai satu harapan terhadap kamu, iaitu kamu menjadi seorang kekasih Kristus yang membara-bara!” Mengasihi Tuan, melayan Tuan, mematuhi Tuan, dan setia kepada Tuan, semua ini tidak boleh ada batasan dan juga tidak ada keterlaluan. Tuan suka kita mengasihi-Nya tanpa mempedulikan apa-apa pun. Tuan suka kita mengasihi-Nya tanpa apa-apa alasan yang munasabah dan mengasihi-Nya secara bertentangan dengan kasih sayang manusia. Bagi Dia, injil harus menyebabkan orang terdesak oleh kematian-Nya agar mengasihi-Nya, mempersembahkan diri kepada-Nya, dan mematuhi-Nya dengan sepenuhnya, sehinggakan perbuatan mereka ini dianggap keterlaluan.

Sebanyak mana kita mempersembahkan diri kepada Tuan bergantung pada betapa bernilainya Tuan bagi kita. Kepada orang yang percaya, Tuan adalah berharga (1 Ptr. 2:7). Petrus mengetahui makna kata ini. Oleh itu, Petrus banyak kali menyebut perkataan berharga dalam Surat-suratnya. Dia menambahkan perkataan berharga (atau diterjemahkan sebagai adi) kepada darah, iktikad, batu, virtu dan sebagainya.

Apakah pandangan disipal-disipal ketika Maria berbuat demikian? “Tetapi ada beberapa orang dengan berang bercakap sesama sendiri: Mengapa minyak ini dibazirkan begitu?” (Mrk. 14:4). Mereka menganggap perbuatan ini suatu pembaziran. Namun ke atas siapakah minyak ini dicurahkan? Adakah Orang yang diurapi itu tidak layak mendapat minyak ini? Minyak ini dicurahkan ke atas Tuan. Jika perbuatan ini suatu pembaziran, maka ini bermakna Tuan tidak berpadanan dengan nilai minyak ini. Adakah Tuan benar-benar tidak layak bagi pengurapan minyak ini? Adakah apa yang digunakan ke atas Tuan itu suatu pembaziran? Orang yang tidak mengasihi Tuan dengan hati yang tulus akan menganggap persembahan dan kepatuhan yang keterlaluan adalah suatu pembaziran. Pada pandangan orang, mematuhi Tuan, mengasihi Tuan, dan meninggalkan segala-gala demi Tuan kadangkala dianggap sebagai perbuatan yang keterlaluan dan suatu pembaziran. Sebenarnya, kritikan sedemikian hanya menunjukkan tahap kasih seseorang terhadap Tuan.

“Kerana minyak ini boleh dijual tiga ratus dinar lebih dan diberikan kepada orang miskin” (ay. 5). Mereka mempunyai cara yang lebih baik untuk menggunakan wang itu, yakni memberikannya kepada orang miskin. Mereka menganggap bahawa melayan Tuan adalah perbuatan yang keterlaluan, sedangkan melayan orang bukan perbuatan yang keterlaluan. Jika seseorang tidak mengasihi Kristus, dia akan melakukan kerja untuk Tuan bagi menggantikan kasih yang sepatutnya dipersembahkan kepada Tuan. Jika seseorang menganggap bahawa mempersembahkan sesuatu yang berharga kepada Tuan adalah suatu pembaziran, maka dia akan membelanjakan apa yang berharga itu ke atas orang. Jika seseorang itu bukan orang Kristian, dia akan menyimpan segala-gala untuk dirinya. Memandangkan dia seorang Kristian, dia tahu bahawa dia tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Sekarang persoalannya ialah ke atas siapakah wang ini harus dibelanjakan? Kalau wang ini bukan dibelanjakan ke atas Kristus, maka wang ini akan dibelanjakan ke atas orang. Betapa kasihannya, hari ini, terdapat banyak percayawan yang seperti disipal-disipal pada masa itu. Mereka tidak mempunyai hati yang tulus untuk Kristus; mereka tidak mempunyai kesucian dan kasih yang membara-bara untuk Kristus. Sebaliknya, mereka cuba memenuhi kekurangan ini dengan jerih lelah dalam kerja.

“Maka mereka sangat marah akannya” (ay. 5). Pada mulanya mereka hanya mengkritik; kemudian mereka marah akan perempuan itu. Namun begitu, Maria tidak dapat menyimpan sebahagian daripada minyak itu hanya disebabkan kemarahan mereka. Bekas pualam telah dipecahkan dan minyak telah mengalir keluar. Korban tidak akan diambil balik dari mazbah. Oleh sebab Maria mengasihi Tuan, maka dia berani melakukan hal ini. Dia tidak mempedulikan kritikan dan kemarahan orang.

Apakah yang dikatakan Tuan kita? Dia berkata, “Biarkan dia. Mengapa kamu menyusahkannya?” (ay. 6). Maksud Tuan ialah tidak menjadi masalah bagi Maria begitu mengasihi-Nya dan mematuhi-Nya. Jangan mengkritik dia kerana kritikan sedemikian menyusahkannya. O, sungguhpun kita terlalu banyak mengasihi Tuan, sungguhpun kita terlalu banyak mempersembahkan diri kita kepada-Nya, Dia tetap akan mengampuni kita! (bersambung...)

Diselamatkan Daripada Mamon
Satu Perbuatan Yang Luhur (Bahagian 2/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Ricky pada 2020-05-30
kehendak Tuan ialah agar semua manusia yang dipanggil, disucikan, dimurnikan dan ditakhirkan dapat hayat-Nya iaitu Hayat Tuhan Tritunggal yang terproses di atas salib, akan bertumbuh dan membesar menjadi matang, secara koperat wujudkan sebagai Gereja; Tubuh badan -Nya. Dalam keakhiran Tubuh-Nya matang dan disediakan sebagai pengantin perempuan-Nya terdiri daripada semua pejayeng-Nya.
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook