Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Perasaan Hayat
Hati Baru
Perasaan Hayat
2023-09-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Apakah itu fungsi atau kegunaan perasaan hayat ini? Fungsi atau kegunaan perasaan hayat adalah untuk memberitahu kita secara berterusan tentang di mana kita hidup. Adakah kita hidup dalam hayat alamiah atau dalam hayat Roh? Adakah kita hidup dalam tubuh daging atau dalam roh? Inilah apa yang dimaklumkan oleh perasaan hayat kepada kita secara berterusan. Oleh itu, perasaan hayat dalam kita ini ialah satu bimbingan dan penentusahan. Jika kita mengikut perasaan hayat, kita mengikut bimbingan yang diberikan Tuhan kepada kita, dan pada masa yang sama, kita menerima penentusahan tentang di mana kita hidup.

 

Sekarang kita harus menerapkan apa yang telah dibicarakan. Perasaan apakah yang memaklumkan kepada kita bahawa kita bukan hidup dalam roh tetapi dalam tubuh daging? Perasaan maut. Sebaik sahaja kita mempunyai perasaan maut, kita harus mengetahui bahawa kita bukan berada dalam roh tetapi dalam tubuh daging. Perasaan maut termasuk lemah, kosong, murung, gelap, dan sengsara. Sebaik sahaja kita mempunyai perasaan sedemikian, ini bermaksud perasaan hayat dalam kita sedang memaklumkan kepada kita bahawa kita sudah tidak betul, kita sudah tidak hidup dalam roh lagi tetapi hidup dalam tubuh daging.

 

Jadi, perasaan apakah yang diberi oleh perasaan hayat supaya kita tahu bahawa kita adalah betul di hadapan Tuhan dan hidup dalam roh? Perasaan ini memberi kita perasaan hayat dan damai sejahtera, iaitu menyebabkan kita berasa kuat, puas, cergas, terang, dan selesa. Bila-bila masa kita berasa kuat, puas, cergas, terang, dan selesa di dalam, ini membuktikan bahawa kita adalah betul di hadapan Tuhan dan hidup dalam roh. Bila-bila masa perasaan ini menyebabkan kita berasa hayat dan damai sejahtera di dalam, ini membuktikan bahawa kita tidak ada masalah dalam hayat. Bila-bila masa perasaan ini menyebabkan kita berasa tidak ada hayat dan damai sejahtera, ini membuktikan bahawa kita ada masalah dalam hayat.

 

Kita perlu secara positif mempunyai perasaan hayat dan damai sejahtera. Kita harus berasa kuat, puas, cergas, terang, selesa, dan tenang di dalam; dengan itu, barulah semuanya baik. Walaupun pada masa tertentu, Tuhan ingin memimpin kita agar keluar daripada perasaan kita dan seolah-olah membawa kita ke dalam gua, namun bahkan di dalam gua pun kita masih mempunyai perasaan hayat dan damai sejahtera dalam bahagian terdalam kita. Meskipun perasaan luaran telah lenyap, tetapi perasaan hayat dan damai sejahtera masih ada dalam bahagian terdalam.

 

Adakah kamu berasa hayat dan damai sejahtera atau lemah dan resah secara dalaman? Lemah dan resah ialah perasaan maut. Setiap perasaan maut membuktikan bahawa kita telah sedikit sebanyak meletakkan minda pada tubuh daging, dan kita telah sedikit sebanyak menyentuh hal-hal di luar Tuhan. Sehubungan itu, sama ada kita meletakkan minda pada tubuh daging atau tidak, sama ada kita hidup dalam roh atau tidak, sama ada kita menyentuh Tuhan atau tidak, semuanya bergantung pada perasaan dalam kita, sama ada hayat dan damai sejahtera ataupun lemah dan resah. Jika terdapat hayat dan damai sejahtera dalam kita, maka ini membuktikan bahawa kita hidup dalam roh, kita menyentuh Tuhan. Jika kita berasa lemah dan resah di dalam, ini membuktikan bahawa kita meletakkan minda pada tubuh daging dan menyentuh hal-hal di luar Tuhan.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 5

Hati Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)