Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Hati Baru
Apa itu pengalaman hayat?
Perasaan Hayat
Hati Baru
2023-08-30 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yehezkiel 36:26 Aku juga akan memberi kamu hati baru, dan Aku akan meletakkan roh baru dalammu; Aku akan menyingkirkan hati batu daripada tubuh dagingmu, dan Aku akan memberi kamu hati daging. 

 

Yehezkiel 36:26 memberitahu kita bahawa semasa Tuhan mentahirkan kita, iaitu menyelamatkan kita atau melahirukan kita, Dia memberi kita hati baru. Sehubungan itu, menurut ajaran Bible, kelahiruan juga memberi kita hati baru.

 

Apakah itu hati baru? Hati baru bererti hati lama telah menjadi baru; hati baru terhasil daripada pembaruan hati lama kita. Tuhan memberi kita hati baru bermaksud Tuhan memperbarui hati lama kita. Selepas Yehezkiel 36:26 mengatakan bahawa Tuhan memberi kita hati baru, ayat ini seterusnya mengatakan bahawa Dia menyingkirkan hati batu kita dan memberi kita hati daging. Daripada ayat ini, kita dapat melihat bahawa Tuhan memberi kita hati baru dengan memperbarui hati lama kita.

 

Pada asalnya, hati kita menentang Tuhan, tidak mahu Tuhan, dan keras seperti batu terhadap Tuhan; lantaran itu, hati kita menjadi “hati batu”. Semasa Roh Kudus melahirukan kita, Dia menyebabkan hati kita bertaubat atas dosa dan menjadi lembut terhadap Tuhan. Dengan demikian, selepas kita dilahirukan, hati batu kita menjadi “hati daging”. Hati daging yang lembut ini ialah hati baru yang diberikan Tuhan kepada kita. Ini bermaksud bahawa ketika kita dilahirukan, Tuhan memperbarui hati lama kita dan menjadikannya lembut.

 

Hati kita ialah organ untuk kita cenderung kepada sesuatu dan mengasihi sesuatu; hati kita mewakili diri kita dalam aspek kecenderungan, kasih, kesukaan, dan keinginan kita terhadap sesuatu. Segala kecenderungan, kasih, kesukaan dan keinginan kita ialah fungsi hati kita. Sebelum kita dilahirukan, hati kita cenderung kepada dosa, mengasihi dunia, dan menghasratkan hal-hal yang bernafsu; namun terhadap Tuhan, hati kita dingin dan keras serta tidak cenderung kepada-Nya dan tidak mengasihi-Nya; terhadap hal-hal Tuhan dan hal-hal rohani pula, hati kita tidak menyukainya, malah tidak mengingininya. 

 

Oleh itu, ketika Tuhan melahirukan kita, Dia memperbarui hati kita dan menjadikan hati kita sebuah hati baru yang mempunyai kecenderungan baru, kasih baru, kesukaan baru, dan keinginan baru. Dengan demikian, sebaik sahaja kita dilahirukan dan diselamatkan, hati kita cenderung kepada Tuhan, mengasihi Tuhan, dan mengingini Tuhan; terhadap hal-hal Tuhan, hal-hal rohani, dan hal-hal syurgawi, hati kita juga menyukainya dan mengingininya. Setiap kali hal-hal ini disebut, hati kita bergirang, ada respons, dan penuh keinginan. 

 

Pembaca sekalian, adakah kamu melihat ini? Tuhan memperbarui hati kita dan memberi kita hati baru sewaktu kita dilahirukan kerana Dia mahu kita cenderung kepada-Nya, mendambakan-Nya, mengingini-Nya, dan mengasihi-Nya. Sebelum ini, kita tidak mengasihi-Nya dan tidak dapat mengasihi-Nya kerana hati kita itu lama dan keras. Sekarang, Dia telah memperbarui, melembutkan, dan memalingkan hati kita, dengan itu kita mampu dan sudi mengasihi-Nya. Memandangkan hati kita telah diperbarui dan menjadi hati baru, maka hati kita mempunyai fungsi baru. Fungsi baru ini ialah hati kita dapat cenderung kepada Tuhan serta mengasihi Tuhan dan hal-hal Tuhan. Inilah juga tujuan Tuhan memberi kita hati baru.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 4

Apa itu pengalaman hayat?
Perasaan Hayat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)