Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Pelayanan MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
Kehidupan Orang Kristian yang Normal ialah Kehidupan yang Menghasilkan Buah
Ministri Doa Gereja
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
2020-07-12 | 283 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 25:15, “Kepada seorang, dia memberikan lima talenta, kepada seorang, dua, dan kepada seorang, satu, kepada setiap orang menurut kebolehannya sendiri. Dan dia pun pergi ke luar negeri.”

…Talenta merujuk kepada kurniaan Roh Kudus. Kurniaan Roh Kudus: (1) dimiliki Tuan sahaja (Kis. 2:38); (2) boleh dibahagikan (Kis. 19:6); (3) boleh ditambah (1 Kor. 14:12-13); dan (4) diberi menurut kebolehan seseorang.…Para percayawan atau abdi-abdi selalunya diberi kurniaan Roh Kudus. Tidak ada orang yang dapat memberikan alasan dengan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai kurniaan, kerana kita semua sekurang-kurangnya mempunyai satu talenta. Jangan beri alasan dengan mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai kurniaan. Jika kamu tidak mempunyai kurniaan, maka kamu bukan anak Tuhan. Memandangkan semua percayawan mempunyai kurniaan Roh Kudus, maka setiap orang perlu menyelesaikan akaun di hadapan Tuan pada hari itu.

Tuan memberikan talenta kepada hamba-hamba-Nya khususnya menurut kebolehan mereka. Hari ini, orang terlalu mementingkan kebolehan, namun kebolehan itu bukan talenta. Kita tidak boleh melakukan apa-apa melalui kebolehan semata-mata. Namun begitu, kita tidak harus memandang rendah kebolehan. Kebolehan menentukan talenta yang diberikan. Tuhanlah yang memberi kebolehan, dan kebolehan pula menentukan talenta. Kita sendiri tidak dapat mengawal berapa banyak kebolehan yang dapat kita miliki. Oleh itu, orang yang menerima lima dan dua talenta tidak harus berasa sombong dan puas hati. Orang yang menerima satu talenta pula tidak harus berasa malu, kecewa, atau iri hati. Kebolehan dan kurniaan mereka semua ditetapkan oleh Tuhan.

Hari ini, para percayawan lebih cenderung memilih kebolehan yang lebih besar daripada kebolehan yang lebih kecil. Inilah aktiviti yang bersifat daging. Sila ingat bahawa kurnia diberikan Tuhan untuk kita uruskan perniagaan-Nya. Kita hanya perlu menguruskan perniagaan-Nya menurut ukuran kurniaan Tuhan.…Seseorang mempunyai kurniaan kerana dia telah menerima kurniaan daripada Tuhan, dan bukan kerana dia telah menerimanya daripada manusia. Dalam hari hari ini orang suka mengagihkan harta milik bagi pihak Tuan (menerusi penetapan). Ganjaran diberikan bukan disebabkan seseorang itu mempunyai banyak talenta, kerana ganjaran adalah sama bagi orang yang diberi dua talenta dan juga bagi orang yang diberi lima talenta. Orang yang hanya menerima satu talenta juga akan menerima ganjaran yang sama jika dia memperoleh satu lagi talenta

Kehidupan Orang Kristian yang Normal ialah Kehidupan yang Menghasilkan Buah
Ministri Doa Gereja
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)