Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Pelayanan Kehidupan Orang Kristian yang Normal ialah Kehidupan yang Menghasilkan Buah
Dia layak!
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
Kehidupan Orang Kristian yang Normal ialah Kehidupan yang Menghasilkan Buah
2020-02-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Banyak orang membicarakan kehidupan orang Kristian yang normal, namun menjadi normal bukan sahaja bererti bebas daripada dosa berdasarkan pengalaman dalam Roma 6. Ini cuma sebahagian daripada menjadi normal. Kehidupan orang Kristian yang paling normal ialah kehidupan yang menghasilkan buah. Sama sekali tidak normal jika suatu ranting pada pohon anggur tidak menghasilkan buah selama banyak tahun. Kita tidak harus lupa bahawa kita ialah ranting-ranting pada pohon anggur. Sebagai ranting-ranting pohon anggur, kita perlu menghasilkan buah.

Banyak daripada kita tidak peduli sama ada kita menghasilkan buah atau tidak. Namun begitu, katakan pada suatu hari seorang pembicara yang bagus datang kepada kita dan berbicara dengan cara yang mengagumkan untuk merangsang kita. Kemudian kita berkobar-kobar dan sentiasa berdoa, malah berdoa sampai larut malam. Selepas beberapa minggu, kita mungkin dapat membawa beberapa ratus orang kepada Tuan. Namun begitu, keadaan ini adalah tidak normal. Ranting-ranting pada pohon anggur tidak dirangsang oleh pembicara yang bagus lalu secara tiba-tiba menghasilkan gugusan anggur yang amat banyak. Buah yang dihasilkan dalam cara yang penuh mukjizat ini tidak kekal, dan mungkin tidak sejati. Kita tidak menghasratkan jenis buah ini. Tuan berkata, “Aku memilihmu; Aku menetapkan kamu supaya kamu mara dan menghasilkan buah, dan supaya buah kamu kekal” (Yoh. 15:16). Jika banyak orang dibawa kepada Tuan melalui doa dan pembicaraan yang bersifat mukjizat, kita mungkin mengisytiharkan perkara ini mengagumkan. Akan tetapi, selepas jangka masa yang singkat, mereka tidak kelihatan lagi. Setiap orang melahirkan anak menurut jenisnya. Oleh itu, kita tidak harus menyalahkan orang yang kita bawa untuk diselamatkan sekiranya mereka tidak kekal sebagai buah yang wajar. Mereka tidak kekal kerana kita tidak wajar. Untuk menghasilkan buah yang normal, kita sendiri harus menjadi normal.

Jika kita benar-benar serius hendak menjalani kehidupan orang Kristian yang wajar, kita harus menghasilkan buah dengan cara yang normal. Perkara ini sama sekali tidak boleh dilakukan dengan cara yang mukjizat. Kita tidak harus berharap dapat berdoa dengan cara yang luar biasa, dan kemudian secara mukjizatnya membawa banyak orang kepada Tuan. Ranting-ranting menghasilkan buah dengan cara yang sangat normal….Kita tidak harus bermimpi hendak menghasilkan buah setiap hari atau setiap bulan. Sebaliknya, kita semua harus menghasilkan buah dengan cara yang normal.

Untuk membawa satu orang kepada Tuan setiap tahun adalah normal dan mudah. Namun begitu, pada tahun lepas banyak daripada kita mungkin tidak membawa satu buah kepada Tuan, buah yang kekal dalam kehidupan gereja. Ini membuktikan bahawa kita tidak normal. Jadi apakah yang harus kita lakukan? Saya tidak boleh memberi kamu satu jalan atau kaedah untuk menghasilkan buah. Menurut kaedah, kita tidak ada jalan, namun menurut hayat, kita ada jalan. Oleh itu, tidak menghasilkan buah bererti kita bersalah dan tidak normal. Kita semua harus pergi kepada Tuan dan berkata, “Tuan, jadikanlah aku seorang yang normal dalam hal menghasilkan buah. Setiap tahun aku harus menghasilkan beberapa buah. Tuan, sebagai ranting pada pohon anggur-Mu, aku memerlukan hasil tahunan. Aku tidak berdoa untuk banyak buah dengan cara yang mukjizat. Sebaliknya, aku hanya ingin menjadi normal, menghasilkan sekurang-kurangnya satu buah setiap tahun.” (The Normal Way of Fruit-bearing and Shepherding for the Building Up of the Church, bab 4)

Dia layak!
MENGURUSKAN PERNIAGAAN TUHAN MENURUT UKURAN KURNIAAN TUHAN
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)