Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Mengapa Kelahiruan Diperlukan?
Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Hati Baru
Mengapa Kelahiruan Diperlukan?
2023-08-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Mengapakah kita perlu dilahirukan? Apakah sebabnya kita perlu dilahirukan? Terdapat dua sebab. Pertama, dari aspek yang lebih rendah, kelahiruan diperlukan kerana hayat kita telah dikorupkan dan menjadi jahat (Yer. 17:9; Roma 7:18), dan hayat kita tidak dapat diubah daripada jahat menjadi baik (Yer. 13:23). Oleh sebab hayat kita (1) korup dan jahat, dan (2) tidak dapat diperbaiki, maka kita perlu dilahirukan. Semua ajaran pembaikan diri yang disebarkan oleh pendeta dahulu dan sekarang adalah untuk memperbaiki manusia. Akan tetapi, penyelamatan Tuhan bukan untuk memperbaiki manusia, sebaliknya untuk melahirukan manusia kerana hayat insani kita sudah dikorupkan dan tidak dapat menjadi baik melalui pembaikan. Inilah sebab pertama kita perlu dilahirukan.

 

Kedua, dari aspek yang lebih tinggi, terdapat satu sebab lagi kita perlu dilahirukan. Namun terlebih dahulu kita perlu bertanya: Andai kata hayat kita tidak dikorupkan dan tidak menjadi jahat, adakah kita masih perlu dilahirukan? Ya. Kita masih perlu dilahirukan kerana hayat insani kita sekadar hayat yang tercipta, bukan hayat Tuhan yang tidak tercipta. Sewaktu kita dicipta, kita hanya beroleh hayat yang tercipta; kita tidak beroleh hayat Tuhan yang tidak tercipta. Tujuan Tuhan terhadap kita sebagai manusia ialah kita beroleh hayat-Nya yang tidak tercipta dan ditransform menjadi imej-Nya agar kita serupa dengan-Nya, sama seperti Dia. Oleh itu, biarpun hayat insani kita tidak dikorupkan, kita masih perlu dilahirukan.

 

Walaupun hayat Adam pada mulanya tidak dikorupkan, namun hayatnya sekadar hayat yang tercipta, bukan hayat yang tidak tercipta. Hayatnya ialah hayat manusia, bukan hayat Tuhan. Oleh itu, sekalipun manusia tidak jatuh atau hayatnya tidak dikorupkan dan sekalipun dia baik sepenuhnya, dia tetap perlu dilahirukan. Hal ini kerana tujuan Tuhan mencipta manusia bukan hanya untuk memperoleh seorang manusia yang baik, malah untuk memperoleh seorang TUHAN-manusia, yakni seorang yang mempunyai hayat dan sifat Tuhan dan serupa dengan Tuhan. Jika Tuhan sekadar menghendaki manusia menjadi seorang yang baik dan manusia pula tidak jatuh dan dikorupkan, maka dia tidak perlu dilahirukan. Akan tetapi, Tuhan bukan sekadar menghendaki manusia menjadi seorang yang baik, malah menghendaki manusia menjadi seorang TUHAN-manusia, seorang yang sama seperti Dia. Oleh itu, bahkan seorang yang baik tetap perlu dilahirukan.

 

Pembaca yang dikasihi sekalian, jangan sekali-kali pandang ringan akan sebab kedua ini. Perkara ini sangat penting. Oh, tujuan kelahiruan ialah kita beroleh hayat Tuhan dan menjadi serupa dengan Tuhan! Oleh itu, jangankan kita adalah korup, jahat, dan tidak dapat diperbaiki, biarpun kita benar-benar baik atau betul-betul dapat diperbaiki menjadi sempurna, kita masih perlu dilahirukan supaya kita dapat memiliki hayat Tuhan.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 3

Prinsip Inkarnasi Yang Dapat Dilihat Dalam Hayat Pencantuman
Hati Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)