Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Lemah Namun Kuat
Hati Baru
Lemah Namun Kuat
2023-09-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pembaca sekalian, pernahkah kamu berasa lemah dalam perjalanan Kristian kamu? Seseorang Kristian tidak semestinya langsung tidak ada perasaan lemah, tetapi bahkan ketika dia berasa lemah, dia tetap harus berasa kuat. Dia berasa lemah kerana dia mengenali dirinya; dia berasa kuat kerana dia menyentuh Kristus dan mengenali Kristus sebagai hayatnya. Jika kita selalu berasa lemah sahaja dan tidak berasa kuat, maka ada sesuatu yang tidak kena. 

 

Oleh itu, bagi pihak Kristus, aku amat senang hati dalam kelemahan, dalam penghinaan, dalam keperluan, dalam penindasan dan keperitan; kerana ketika aku lemah, ketika itulah aku berkudrat.

(2 Korintus 12:10)

 

Dutus mengatakan bahawa ketika dia lemah, ketika itulah dia berkudrat (2 Kor. 12:10). Seseorang yang kuat, biarpun dia merasakan kelemahannya sendiri, tidak mengendahkan kelemahan itu. Jika kita selalu mengendahkan kelemahan kita dan tidak dapat menjadi kuat, ini membuktikan bahawa kita ada masalah. Kita mungkin masih sedikit sebanyak berada dalam tubuh daging kerana kelemahan itu sejenis perasaan maut, dan perasaan maut selalunya datang daripada meletakkan minda pada tubuh daging.

 

Seseorang Kristian boleh lemah namun berasa kuat; dia boleh menderita namun berasa damai sejahtera. Dia menderita kerana dia menghadapi kesengsaraan di luar; dia berasa damai sejahtera kerana dia menemui Tuan dan menyentuh Tuan di dalam. Jika kita menghadapi kesengsaraan di luar tetapi tidak berasa damai sejahtera di dalam, maka ada sesuatu yang tidak kena. Tuan mengatakan bahawa di dunia kita mempunyai kesengsaraan, tetapi dalam-Nya kita mempunyai damai sejahtera (Yoh. 16:33). 

 

Seseorang yang hidup dalam Tuan, iaitu seseorang yang hidup dalam roh, mungkin menghadapi banyak kesengsaraan di luar tetapi dia masih mempunyai damai sejahtera di dalam. Jika tidak, ini membuktikan bahawa dia bukan hidup dalam roh. Kalau sewaktu dalam kesengsaraan kita tidak mempunyai damai sejahtera di dalam, ini sudah membuktikan bahawa kita bukan hidup dalam roh, apatah lagi sewaktu tidak ada kesengsaraan; kalau kita juga tidak mempunyai damai sejahtera di dalam, ini lebih-lebih lagi membuktikan bahawa kita bukan hidup dalam roh.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 5

Hati Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)