Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Jayeng Atas Maut (Bahagian 5/5)
Jayeng Atas Maut (Bahagian 4/5)
Gereja Tuhan Berdoa Supaya Kehendak Tuhan Terlaksana Di Bumi Sebagaimana Di Syurga
Jayeng Atas Maut (Bahagian 5/5)
2020-05-16 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (18)

Nota Editor:

“Ciri-ciri zaman kingdom bagi percayawan ialah kebebasan daripada kelemahan, penyakit, dan maut, penebusan tubuh, dan Syaitan berada di bawah tapak kaki kita.”

“Walau bagaimanapun, Bible memberitahu kita bahawa kita sekarang boleh mempunyai prarasa ‘kudrat zaman yang akan datang’ (Ibr. 6:5). Walaupun tubuh kita belum lagi ditebus, melalui iktikad kita boleh mengecap kudrat-kudrat zaman yang akan datang yang tidak mempunyai kelemahan, penyakit, atau maut. Ini merupakan pengalaman yang sangat dalam, tetapi jika percayawan memenuhi syarat Tuhan dan percaya kepada sabda Tuhan dengan seluruh hatinya, dia akan melihat bahawa pengalaman seperti ini boleh dicapai. Iktikad melangkaui masa; iktikad dapat menerapkan apa yang disempurnakan Tuhan untuk kita pada masa lampau dan apa yang akan disempurnakan-Nya untuk kita pada masa akan datang.”

“Kita harus tahu bahawa kita sememangnya mungkin mengalami prarasa kudrat zaman yang akan datang. Apabila dutus berkata, ‘Tetapi syukur kepada Tuhan yang memberi kita kemenangan menerusi Tuan kita Yesus Kristus’ (1 Kor. 15:57), dia merujuk kepada zaman sekarang dan terutamanya kepada masalah maut. Jika kita melihat ayat-ayat sebelumnya, kita tahu bahawa dutus berbicara tentang jayeng atas maut pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, dia tidak menganggap bahawa pengalaman jayeng atas maut hanya boleh dialami pada masa akan datang. Dia mengatakan bahawa kita sekarang dapat jayeng menerusi Tuan Yesus!”

“Oleh itu, gereja pada hari ini seharusnya mempunyai lebih banyak pengalaman terhadap kemenangan Kristus atas maut. Tuhan mahu kita menembusi alam Hades hari ini. Tuan ingin kita jayeng atas maut demi Tubuh-Nya. Jika kita belum jayeng atas maut, perjuangan kita masih belum selesai.”

“Setiap daripada kita sekarang harus mencari minda Tuan tentang masa depan kita. (Kita tidak percaya secara tahayul bahawa kita tidak akan mati.) Sekiranya inilah zaman akhir dan kedatangan kedua Kristus tidak akan tertangguh, bahkan akan berlaku sewaktu kita masih hidup, maka kita harus berpegang pada sabda Tuhan melalui iktikad dan percaya bahawa kita tidak akan mati tetapi akan melihat muka Tuan hidup-hidup. Oleh sebab kita ada harapan sedemikian, kita harus memurnikan diri kita sebagaimana Dia adalah murni. Kita harus hidup untuk Dia setiap saat dan menerapkan hayat kebangkitan-Nya setiap saat demi keperluan roh, sukma dan tubuh kita.”

TUBUH

(CWWN SET 1, JIL 14, BAHAGIAN 10)

** Hakcipta GBC

BAB EMPAT

JAYENG ATAS MAUT (Bahagian 5/5)

Bacaan Bible:

Ibr. 6:5 “Dan telah mengecap sabda baik Tuhan serta kudrat-kudrat zaman yang akan datang.”

1 Kor. 15:54b “Maut telah ditelan sehingga mencapai kemenangan.”

2 Tim. 1:10b “Penyelamat kita Kristus Yesus yang telah menyingkirkan maut serta mencahayakan hayat dan ketakkorupan menerusi injil.”

Ibr. 11:5a “Melalui iktikad, Henokh telah diangkat supaya tidak melihat kematian.”

KUDRAT ZAMAN YANG AKAN DATANG

Dalam kingdom yang akan datang Tuan Yesus akan menjadi Suria keadilbenaran dengan penyembuhan pada sayap-sayap-Nya (Mal. 4:2). Pada masa itu tidak ada penghuni yang akan berkata, “Aku sakit” (Yes. 33:24). Percayawan akan melihat bahawa “yang korup ini memakai yang tidak korup dan yang akan mati ini memakai yang tidak akan mati”. Dan “maka Sabda yang tertulis akan digenapi, ‘maut telah ditelan sehingga mencapai kemenangan’” (1 Kor. 15:54). Ciri-ciri zaman kingdom bagi percayawan ialah kebebasan daripada kelemahan, penyakit, dan maut, penebusan tubuh, dan Syaitan berada di bawah tapak kaki kita. 

Walau bagaimanapun, Bible memberitahu kita bahawa kita sekarang boleh mempunyai prarasa “kudrat zaman yang akan datang” (Ibr. 6:5). Walaupun tubuh kita belum lagi ditebus, melalui iktikad kita boleh mengecap kudrat-kudrat zaman yang akan datang yang tidak mempunyai kelemahan, penyakit, atau maut. Ini merupakan pengalaman yang sangat dalam, tetapi jika percayawan memenuhi syarat Tuhan dan percaya kepada sabda Tuhan dengan seluruh hatinya, dia akan melihat bahawa pengalaman seperti ini boleh dicapai. Iktikad melangkaui masa; iktikad dapat menerapkan apa yang disempurnakan Tuhan untuk kita pada masa lampau dan apa yang akan disempurnakan-Nya untuk kita pada masa akan datang. 

Dalam 2 Korintus 5 dutus berbicara tentang transfigurasi tubuh kita yang akan datang: “Juga kerana kami yang berada dalam tabernakal ini mengeluh lantaran dibebani, disebabkan kami tidak berhasrat menanggalkan ini, tetapi berhasrat memakai itu, agar yang akan mati itu dapat ditelan oleh hayat. Sekarang Dia yang menyediakan kita untuk hal ini ialah Tuhan yang telah memberi kita Roh itu sebagai jaminan” (ay. 4-5). Perkataan “jaminan” bermaksud “wang cagaran”, yakni bayaran sebahagian yang menjamin bayaran penuh pada masa akan datang. Roh Kudus dalam kita ialah jaminan Tuhan “agar yang akan mati itu dapat ditelan oleh hayat”. Walaupun kita belum mengalami hal ini dengan sepenuhnya, kita dapat mengalami sebahagian daripadanya kerana kita mempunyai wang cagaran Roh Kudus. Pemberian Roh Kudus adalah untuk prarasa kita terhadap kemenangan hayat pada masa akan datang. 

Dutus berbicara dengan jelas dalam 2 Timotius 1: “Penyelamat kita Kristus Yesus yang telah menyingkirkan maut serta mencahayakan hayat dan ketakkorupan menerusi injil” (ay. 10). Hayat dan ketidakfanaan ialah hak milik bersama mereka yang menerima injil. Persoalan sekarang ialah: Sebanyak manakah Roh Kudus telah memimpin percayawan untuk mengalami hak milik mereka ini? Maut telah disingkirkan; percayawan telah mengalami ini ke suatu tahap tertentu. Akan tetapi, zaman ini kini sudah hampir berakhir, dan harapan untuk diraptur semakin dekat, Roh Kudus sedang mendesak percayawan agar lebih mengalami warisan yang telah diterima mereka menerusi injil. 

Kita harus tahu bahawa kita sememangnya mungkin mengalami prarasa kudrat zaman yang akan datang. Apabila dutus berkata, “Tetapi syukur kepada Tuhan yang memberi kita kemenangan menerusi Tuan kita Yesus Kristus” (1 Kor. 15:57), dia merujuk kepada zaman sekarang dan terutamanya kepada masalah maut. Jika kita melihat ayat-ayat sebelumnya, kita tahu bahawa dutus berbicara tentang jayeng atas maut pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, dia tidak menganggap bahawa pengalaman jayeng atas maut hanya boleh dialami pada masa akan datang. Dia mengatakan bahawa kita sekarang dapat jayeng menerusi Tuan Yesus! 

Tuhan mempunyai satu prinsip, iaitu segala yang ingin dilakukan-Nya pada zaman ini, Dia terlebih dahulu akan melakukannya pada sekumpulan orang. Apa yang akan dialami semua orang pada zaman milenium yang akan datang, anggota Kristus harus mengalaminya terlebih dahulu di bumi hari ini. Pada zaman yang lampau sentiasa terdapat orang yang mempunyai prarasa terhadap kudrat zaman yang akan datang; oleh itu, gereja pada hari ini seharusnya mempunyai lebih banyak pengalaman terhadap kemenangan Kristus atas maut. Tuhan mahu kita menembusi alam Hades hari ini. Tuan ingin kita jayeng atas maut demi Tubuh-Nya. Jika kita belum jayeng atas maut, perjuangan kita masih belum selesai. 

Setiap daripada kita sekarang harus mencari minda Tuan tentang masa depan kita. (Kita tidak percaya secara tahayul bahawa kita tidak akan mati.) Sekiranya inilah zaman akhir dan kedatangan kedua Kristus tidak akan tertangguh, bahkan akan berlaku sewaktu kita masih hidup, maka kita harus berpegang pada sabda Tuhan melalui iktikad dan percaya bahawa kita tidak akan mati tetapi akan melihat muka Tuan hidup-hidup. Oleh sebab kita ada harapan sedemikian, kita harus memurnikan diri kita sebagaimana Dia adalah murni. Kita harus hidup untuk Dia setiap saat dan menerapkan hayat kebangkitan-Nya setiap saat demi keperluan roh, sukma dan tubuh kita. 

“Melalui iktikad, Henokh telah diangkat supaya tidak melihat kematian” (Ibr. 11:5). Semoga kita juga mempunyai iktikad untuk percaya bahawa kita tidak akan mati. Semoga kita percaya bahawa kemenangan atas maut itu merupakan suatu realiti, bahawa raptur itu benar, dan bahawa masanya tidak akan lama. “Sebelum diangkat, dia telah beroleh kesaksian bahawa dia berkenan pada Tuhan.” Bagaimana dengan kita? 

Oh, betapa unggulnya kemuliaan yang akan datang! Oh, betapa lengkapnya penyelamatan yang diberikan Tuhan kepada kita! Sekaranglah masanya untuk kita bangkit dan naik. Oh, kiranya “syurga” menepui kita sehingga tubuh daging tidak lagi ada tapak dan dunia tidak lagi menjadi penghalang. Oh, kiranya kasih Bapa begitu berlimpah dalam kita sehingga kita tidak lagi ada kena-mengena dengan musuh-Nya! Oh, kiranya Tuan Yesus begitu memuaskan hati kita sehingga kita tidak mengingini apa-apa selain Dia! Oh, kiranya Roh Kudus menimbulkan doa dalam setiap percayawan yang berseru, “Tuan Yesus, datanglah segera!” 

Engkau tidak akan mati, tetapi akan diraptur untuk melihat Tuan! 
Inilah laluan yang telah ditunjukkan Bapa.
Roh Kudus jelas mengajarkan ini, 
Agar kita berpaling dari dunia ke takhta.

Engkau tidak akan mati, tetapi akan diraptur untuk melihat Tuan!
Oh, betapa mulia, kita akan kembali ke tempat syurgawi kita! 
Dalam sekelip mata kita akan diubah sepenuhnya, 
Dan diraptur untuk melihat-Nya bersemuka!

Engkau tidak akan mati, tetapi akan diraptur untuk melihat Tuan! 
Janji ini benar dan sememangnya setia.
Meskipun kita tidak tahu hari dan waktu, 
Kita rasa masa sudah hampir tiba. 

Engkau tidak akan mati, jadi kuduslah, 
Hapuskan ikatan dengan dosa,
Dunia kelak akan berlalu, dan mulia syurga akan nyata, 
Moga kita hidup dalam kesalihan.

Engkau akan diraptur untuk melihat Tuan di angkasa! 
Oleh itu peliharalah rohmu daripada kecemaran,
Kita tidak menunggu untuk mati di sini,
Tetapi memandang setiap saat untuk diraptur daripada dunia ini. 

Engkau tidak akan mati, tetapi akan diraptur untuk melihat Tuan! 
Majulah sehingga fajar menyingsing. 
Peganglah, agar tidak ada yang mengambil mahkotamu, 
Kerana kelak, Tuan akan mengganjarimu dengan takhta. 

Engkau tidak akan mati, tetapi akan diraptur untuk melihat Tuan! 
Anak-anak Tuhan, inilah kemenangan! 
Rohmu harus berkata, “Datanglah Tuan!
Datanglah segera, sertailah kami selama-lamanya.”

Jayeng Atas Maut (Bahagian 4/5)
Gereja Tuhan Berdoa Supaya Kehendak Tuhan Terlaksana Di Bumi Sebagaimana Di Syurga
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)