Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian DIA YANG JAYENG (Bahagian 2/4)
DIA YANG JAYENG (Bahagian 1/4)
DIA YANG JAYENG (Bahagian 3/4)
DIA YANG JAYENG (Bahagian 2/4)
2020-06-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (56)

Nota Editor:

“Asas untuk jayeng dalam peperangan rohani sentiasa merupakan darah adi. Tidak ada seorang pun yang boleh sampai ke tahap dia tidak memerlukan darah. Syaitan ialah pembunuh dan penipu; dia memperdaya orang dan menyerang orang, tetapi hari ini dia pakar dalam menuduh. Dalam erti kata yang sebenarnya, dia ialah penuduh dikbang-dikbang; dalam hal ini Tuan kita menghadapinya sebagai Hentar dan Perantara. Syurga mengenali kerja Syaitan; begitu juga setiap orang Kristian harus mengenali kerja Syaitan. Malam dan siang dia menuduh kita, dan tuduhannya ditujukan pada zimah kita, iaitu tempat yang membuat kita berasa paling lemah untuk melawannya. Tujuannya adalah untuk membuat kita putus asa dengan berfikir, ‘Apa gunanya saya kepada Tuhan?’ Mengapa sebilangan orang Kristian mencela diri sendiri dari pagi hingga malam dan berseru, ‘Saya seorang yang gagal dan tiada harapan lagi. Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa lagi dengan saya!’?...Jika dia berjaya membawa kita ke dalam keadaan ini, dia sudah menang, kerana kita telah menyerah kalah. Sekiranya kita menerima tuduhan Syaitan dan berhenti di situ sahaja, dan tidak melihat kemuliaan Tuhan, kita pasti akan kehilangan kekuatan untuk melawannya.”

“Zimah merupakan sesuatu yang sangat berharga, tetapi untuk mengulangi kata-kata 'Aku sangat teruk! Aku sangat teruk!' bukanlah kerendahan hati orang Kristian. Mengaku dosa kita sememangnya sihat, tetapi jangan sekali-kali mengaku dosa sehinggakan seolah-olah dosa kita jauh lebih besar daripada kerja Kristus. Iblis tahu bahawa senjata yang paling berkesan untuk menyerang orang Kristian ialah menimbulkan tanggapan yang salah ini. Apakah penawarnya? Penawarnya adalah dengan berkata kepada Tuan, ‘Tuan, aku sangat teruk!’ tetapi kemudian melihat kepada darah adi-Nya dan menambah, ‘Tetapi Tuan, aku tinggal dalam-Mu!’”

DIA YANG JAYENG
(Bahagian 2/4)

(CWWN SET 2, JIL 40, BAB 11)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Wahi 12:10-11 “Dan aku terdengar suara yang kuat di langit, berkata, Sekarang sudah tiba penyelamatan dan kudrat dan kingdom Tuhan kita dan kuasa Kristus-Nya, kerana penuduh dikbang-dikbang kita telah dicampakkan ke bawah, iaitu yang menuduh mereka siang dan malam di hadapan Tuhan kita. Mereka telah jayeng atasnya kerana darah Anak Domba dan kerana kata kesaksian mereka, dan mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati.”

PENUDUH DIKBANG

Yohanes menulis kepada “anak-anaknya” tentang jaminan pengampunan dosa. Dari satu segi dalam istilah Yohanes, kita sentiasa merupakan anak-anak kerana dalam seumur hidup, kita tidak akan maju sehinggakan kita tidak memerlukan darah adi Kristus. Ini memang merupakan senjata pertama pejayeng. Ketika menulis dalam Wahi 12 tentang penuduh dikbang-dikbang “yang menuduh mereka siang dan malam di hadapan Tuhan kita”, Yohanes memberitahu kita bahawa “mereka telah jayeng atasnya kerana darah Anak Domba dan kerana kata kesaksian mereka, dan mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati” (12:10-11).

Asas untuk jayeng dalam peperangan rohani sentiasa merupakan darah adi. Tidak ada seorang pun yang boleh sampai ke tahap dia tidak memerlukan darah. Syaitan ialah pembunuh dan penipu; dia memperdaya orang dan menyerang orang, tetapi hari ini dia pakar dalam menuduh. Dalam erti kata yang sebenarnya, dia ialah penuduh dikbang-dikbang; dalam hal ini Tuan kita menghadapinya sebagai Hentar dan Perantara. Syurga mengenali kerja Syaitan; begitu juga setiap orang Kristian harus mengenali kerja Syaitan. Malam dan siang dia menuduh kita, dan tuduhannya ditujukan pada zimah kita, iaitu tempat yang membuat kita berasa paling lemah untuk melawannya. Tujuannya adalah untuk membuat kita putus asa dengan berfikir, “Apa gunanya saya kepada Tuhan?” Mengapa sebilangan orang Kristian mencela diri sendiri dari pagi hingga malam dan berseru, “Saya seorang yang gagal dan tiada harapan lagi. Tuhan tidak dapat berbuat apa-apa lagi dengan saya!”? Hal ini kerana mereka telah membiarkan diri mereka menerima tuduhan musuh sebagai sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Jika dia berjaya membawa kita ke dalam keadaan ini, dia sudah menang, kerana kita telah menyerah kalah. Sekiranya kita menerima tuduhan Syaitan dan berhenti di situ sahaja, dan tidak melihat kemuliaan Tuhan, kita pasti akan kehilangan kekuatan untuk melawannya.

Zimah merupakan sesuatu yang sangat berharga, tetapi untuk mengulangi kata-kata “Aku sangat teruk! Aku sangat teruk!” bukanlah kerendahan hati orang Kristian. Mengaku dosa kita sememangnya sihat, tetapi jangan sekali-kali mengaku dosa sehinggakan seolah-olah dosa kita jauh lebih besar daripada kerja Kristus. Iblis tahu bahawa senjata yang paling berkesan untuk menyerang orang Kristian ialah menimbulkan tanggapan yang salah ini. Apakah penawarnya? Penawarnya adalah dengan berkata kepada Tuan, “Tuan, aku sangat teruk!” tetapi kemudian melihat kepada darah adi-Nya dan menambah, “Tetapi Tuan, aku tinggal dalam-Mu!”

Syaitan tidak akan menuduh kita tanpa sebab. Tidak ragu-ragu bahawa dia boleh menunjukkan banyak dosa kepada kita; tetapi darah Yesus Kristus membersihkan kita daripada segala dosa. Adakah kita percaya kepada hal ini? Inilah jawapan kepada tuduhan Syaitan. Dosa menuntut darah, tetapi Bible tidak memberitahu kita bahawa dosa menuntut penuduhan—tidak, kita hanya perlu mengaku bersalah. Sudah tentu jika kita mendakwa bahawa kita tidak mempunyai dosa, Yohanes memperingatkan kita bahawa ini akan membuka pintu besar kepada penuduh. Akan tetapi, jika kita mengaku kesalahan kita kepada-Nya dengan berdiri dalam cahaya Tuhan, darah itu berkudrat untuk membersihkannya, dan semua tuduhan Syaitan menjadi tidak berkesan. Puji Tuhan untuk Peguam Bela yang sedemikian! Puji Tuhan untuk Hentar yang sedemikian! Kita jangan sekali-kali menjawab Syaitan dengan memegahkan tingkah laku kita yang baik atau dengan meratapi dosa-dosa kita. Kita harus sentiasa bergantung pada darah. Inilah pertahanan kita yang mencukupi.

Darah adi Kristus ialah pertahanan kita; kata kesaksian kita ialah senjata penyerang kita. Kesaksian ini adalah kepada manusia, tetapi bukan kepada manusia semata-mata. Kemenangan Kristus, kemaharajaan-Nya, kedatangan kingdom-Nya, hal kita telah dipindahkan dari kingdom Syaitan ke dalam kingdom-Nya—semua ini merupakan hakikat yang harus kita isytiharkan, bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada kuasa kegelapan. Kita harus mengisytiharkan bahawa Tuhan ialah Raja, bahawa Anak-Nya ialah Pemenang, bahawa Syaitan telah dikalahkan, bahawa kingdom dunia ini akan segera menjadi kingdom Tuhan kita dan Kristus-Nya. Ini merupakan hakikat divin yang positif, dan inilah senjata penyerang kita. Syaitan takut akan pengisytiharan hakikat rohani sebegini, kerana kata kesaksian kita dapat menggegarkan pintu neraka. Isytiharlah Yesus ialah Tuan; isytiharlah nama-Nya jauh mengatasi setiap nama. Isytiharkan semua ini kepada musuh! Sering kali kesaksian sedemikian lebih berkesan daripada doa.

Doa mempunyai dua hala: satu kepada Tuhan, dan satu kepada gunung. “Berkata kepada gunung ini, Naik dan humban ke dalam laut...” (Mrk. 11:23). Kita boleh berkata kepada Syaitan, “Berambus dari sini!” Petrus dan Yohanes berkata kepada orang lumpuh itu, “Dalam nama Yesus Kristus orang Nazaret itu, bangun dan berjalanlah” (Kis. 3:6). Mereka menangani kes itu secara langsung, sedangkan hari ini kita mungkin akan mengadakan perhimpunan doa. Kita tidak harus mengabaikan doa, tetapi kita juga perlu bergantung pada keberkesanan darah adi Kristus, dan mengucapkan kata-kata kesaksian. Sering kali ketika kita datang kepada Tuhan, kita berada dalam suasana tertindas dan kita tidak dapat berdoa. Apakah yang patut kita lakukan? Jangan menyerah, tetapi ambil Sabda Tuhan, berpaling dan berbicaralah kepada Syaitan. Isytiharkan kemenangan Tuan. Isytiharkan bahawa Dia telah memberi kita kuasa untuk menginjak ular dan kala jengking dan kuasa atas semua kekuatan musuh. Kemudian berdoalah!

Sayangnya, kita terlalu banyak memberi perhatian kepada doktrin Injil hari ini dan terlalu sedikit memberi perhatian kepada hakikat. Tanpa hakikat, kita tidak mempunyai kesaksian. Akan tetapi, Kalvari merupakan sejarah. Injil—berita baik tentang hakikat ini—ada bersama kita. Sudah hampir dua ribu tahun hakikat Injil telah ada di bumi. Tuan telah memberi kita darah adi dan kata kesaksian yang pasti. Marilah kita menghadapi musuh dengan kedua-dua ini.

Akhirnya, pejayeng merupakan orang lelaki dan perempuan yang mengenali maksud disalibkan, iaitu diri mereka disingkirkan supaya apa-apa dicapai mereka akan memberi kemuliaan kepada Kristus. Kita tidak perlu menghuraikannya sekali lagi di sini; tetapi sila ingat, Syaitan mencabar Tuhan berkenaan Ayub: “Kulit ganti kulit! Sesungguhnya seseorang akan memberikan segala yang dimilikinya demi nyawanya” (Ayub 2:4). Tetapi sekarang, seolah-olah sebagai jawapan kepada cabaran ini, satu suara yang agung di syurga mengesahkan tentang mereka yang jayeng ini: “Mereka tidak mengasihi hayat-sukma mereka bahkan sampai mati” (Wahi 12:11). Suara yang sama juga menyatakan, “Sekarang sudah tiba penyelamatan dan kudrat dan kingdom Tuhan kita dan kuasa Kristus-Nya!” (12:10).

“BAGAIMANA DENGAN ORANG INI?”

Kita telah membicarakan beberapa perkara yang tinggi, dan untuk mengelak daripada melampaui batas, saya fikir adalah baik untuk berbicara secara ringkas tentang beberapa perkara yang sangat praktikal kepada dikbang-dikbang muda yang ingin melayan Tuan. Dalam bab terakhir Injil Yohanes, Tuan kita membuat serangkaian cabaran yang sangat peribadi kepada disipal-Nya Petrus. Petrus teragak-agak semasa menjawab, dan pada suatu masa dia seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada dirinya, lalu tiba-tiba menunjukkan minat terhadap rakan nelayannya Yohanes. Melihat sekeliling dan melihat “disipal yang dikasihi Yesus” itu sedang mengikut, dia berkata kepada Yesus, “Tuan, bagaimana dengan orang ini?” Tetapi Yesus tidak membenarkan dia mengalihkan perhatian kepada orang lain, maka Dia sekali lagi mencabar Petrus secara peribadi: “Apa kena-mengenanya dengan kamu? Kamu, ikutlah Aku” (Yoh. 21:20-22). Kejadian ini seolah-olah memberitahu saya bahawa setiap daripada kita tidak boleh mengelak daripada mengemukakan soalan yang sama kepada diri sendiri: “Tuan, bagaimana dengan saya ini?” Atau dalam kata-kata Paulus: “Apa yang harus aku lakukan, Tuan?” (Kis. 22:10).

Beberapa waktu yang lalu di England (tahun 1938), saya dijemput untuk bertemu dengan sekumpulan pemuda-pemudi, yang kebanyakannya pada masa itu bersedia untuk melayan Tuan sebagai mubaligh di Timur. Mereka bertanya kepada saya tentang kelayakan asas untuk menjadi seorang mubaligh. Saya menjawab bahawa saya sememangnya merasakan zaman mubaligh belum berakhir lagi, dan Tuhan juga memanggil hamba-hamba-Nya dari semua bangsa untuk sama-sama bekerja di ladang. Catatan yang berikut mengandungi inti pati daripada pembicaraan saya kepada mereka pada masa itu. Butir-butir ini juga sejajar dengan beberapa perkara yang telah dibicarakan dengan teliti dalam buku ini.

Jaminan Penyelamatan

Inilah titik permulaan. Semasa menyenaraikan kelayakan atau berbicara kepada mana-mana kumpulan pekerja, pengalaman memberi amaran kepada kita bahawa kita tidak harus mengambil mudah butir ini. Asas semua pelayanan untuk Tuan ialah kita telah bertemu dengan-Nya dan mempunyai pengetahuan peribadi terhadap-Nya, dan kita mempunyai jaminan yang pasti bahawa kita telah beroleh penyelamatan abadi dalam-Nya.

Kristus Hayat Kita

Kita harus memperingatkan orang Kristian hari ini bahawa banyak agama kuno di Timur mempunyai kod etika dan moral yang tinggi. Dalam masyarakat Cina, sama seperti masyarakat lain, mungkin perkara-perkara tertentu kekurangan standard yang tegas, namun jika seseorang lelaki atau perempuan mudah naik marah dan kurang penyabar, itu dianggap sebagai tanda-tanda serius kekurangan kawalan kendiri. Sekiranya mubaligh tidak mengenali hayat Kristus yang jayeng, mereka akan sering memaparkan tanda-tanda ini; mereka tidak menyedari betapa banyaknya perkara ini akan merosakkan kesaksian mereka. Disebabkan keadaan ini, orang yang kepadanya mereka bersaksi akan menganggap dirinya lebih unggul dari segi agama dan moral. Sekiranya kita ingin mempersaksikan Kristus dengan berkesan kepada orang yang sangat memuja “disiplin kendiri” dan yang bahkan memandang rendah akan manusia yang memerlukan rekreasi dan keselesaan, maka amat mustahak bahawa kita memberi orang bukti yang benar dan meyakinkan melalui kehidupan kita bahawa kita benar-benar telah menanggulangi “diri”. Kita harus mengenali salib agar kita dibebaskan daripada dosa dan tubuh daging, serta beroleh kudrat untuk bergerak-hidup dalam kebaruan hayat dalam kebangkitan Kristus.

Bergantung Sepenuhnya kepada Tuan

Memang mudah untuk kita mengamalkan “iktikad dalam kelompok”, tetapi untuk bergantung pada Tuhan semata-mata, tidak membiarkan mata kita mengalih pandangan daripada-Nya sehinggakan berpaling kepada sumber bekalan yang lain memang jauh lebih sukar. Orang Barat bercakap tentang “Kristian nasi” (orang yang menjadi Kristian kerana faedah tertentu), tetapi tidakkah kita dapat mengecam bahawa dalam kita juga tersembunyi kecenderungan sedemikian? Istilah moden menggelarnya sebagai “kehidupan iktikad dan petunjuk”, malah ada orang yang menyindir ini sebagai “iktikad dan setem surat”. Semakin jarang tangan kita menyentuh mukjizat Tuhan dalam memenuhi keperluan kita, semakin baik. Kita tidak harus takut bahawa sesuatu perkara itu terlalu sukar bagi Tuhan—sebenarnya perkara ini begitu sukar sehinggakan tidak ada orang yang berani “menyertai” melainkan dia telah dipanggil. Mungkin jaminan kita yang paling teguh adalah dengan mengambil berat akan keperluan orang lain. Kita menjaga mereka, dan Tuhan akan menjaga kita. (bersambung...)

DIA YANG JAYENG (Bahagian 1/4)
DIA YANG JAYENG (Bahagian 3/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)