Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
2021-02-12 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)

Bacaan Bible:

Wahi 12:7-9   Dan tercetuslah peperangan di syurga: Mikhael dan malaikat-malaikatnya pergi berperang dengan naga itu. Naga dan malaikat-malaikatnya juga berperang. Tetapi mereka tidak berjaya, dan tidak ada tempat lagi bagi mereka di syurga. Dan naga besar itu dicampakkan ke bawah, iaitu ular purba itu, dia yang dipanggil Iblis dan Syaitan, dia yang menipu seluruh bumi yang berhuni; dia dicampakkan ke bumi…

Walaupun semua umat Tuhan berbahagian dalam rancangan abadi Tuhan…tetapi mereka tidak memikul tanggungjawab yang seharusnya dipikul mereka, maka Tuhan memilih sekumpulan orang dalam kalangan mereka. Kumpulan orang ini merupakan sebahagian daripada kalangan orang yang banyak, yang dipilih Tuhan. Inilah anak lelaki yang dilahirkan oleh perempuan ini. 

Raptur bukanlah sekadar hal individu, tetapi lebih-lebih lagi raptur adalah untuk menamatkan peperangan yang berlangsung sejak berzaman-zaman.…Apabila peperangan tercetus di syurga, Mikhael dan malaikat-malaikatnya pun berperang dengan naga. Naga ialah ular purba itu. Dia ialah seekor ular yang menjadi seekor naga dan kuasanya bertambah besar. Namun, sejurus selepas anak lelaki diangkat ke atas, naga itu bukan hanya tidak dapat membesar lagi, malah dia dicampakkan dari syurga ke bumi. Oleh itu, raptur ialah sejenis kerja yang menyebabkan Syaitan tidak mempunyai kedudukan lagi di syurga. Anak lelaki dalam Wahi 12 ialah pejayeng yang berdiri atas kedudukan gereja. Oleh itu, sebaik sahaja anak lelaki ini diangkat ke atas, Syaitan pun dicampakkan dari syurga ke bawah dan kingdom akan datang. 

Pejayeng menjadi pejayeng bukanlah untuk memperoleh kemuliaan dan mahkota bagi dirinya sendiri tetapi untuk mengambil kedudukan yang sepatutnya diambil oleh gereja dan melakukan kerja untuk gereja.…Gereja telah gagal…dan tidak berdiri atas kedudukan yang sepatutnya. Hanya ada sekumpulan orang yang berdiri atas kedudukan itu, melakukan kerja itu, dan memikul tanggungjawab itu bagi pihak gereja. Kumpulan orang ini ialah pejayeng. Apa yang dilakukan oleh pejayeng dianggap sebagai kerja seluruh gereja. Jika terdapat orang yang menjadi pejayeng, maka Tuhan sudah memperoleh apa yang dihasratkan-Nya. Inilah prinsip anak lelaki.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 4. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (289)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)