Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)
2021-02-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (291)

Bacaan Bible:

Mat. 16:18-19   …Di atas batuan ini, Aku akan membina gereja-Ku,…Aku akan memberi kamu kunci-kunci kingdom syurga-syurga, dan apa jua yang kamu ikat di bumi semestinya sudah diikat di syurga-syurga, dan apa jua yang kamu lepaskan di bumi semestinya sudah dilepaskan di syurga-syurga. 

Roma 14:17   Kerana kingdom Tuhan [ialah]…keadilbenaran, kedamaian, dan keriangan dalam Roh Kudus.

Buku Nehemia ialah sejarah tentang pembinaan semula tembok kota Yerusalem yang merupakan pemulihan yang berterusan dalam kalangan umat pilihan Tuhan demi kesaksian-Nya untuk menyempurnakan ekonomi-Nya.

Pemimpin orang Moab dan orang Amon amat tidak senang hati kerana Nehemia datang menuntut kesejahteraan bani Israel (Neh. 2:10). Nehemia 2:17-20 ialah kata-kata berkenaan pembinaan semula tembok Yerusalem. Para pemimpin orang Moab dan orang Amon memperolok-olokkan dan memandang ringan akan bani Israel, dan bertanya sama ada bani Israel hendak memberontak terhadap raja dengan melakukan hal ini (ay. 19). Nehemia membalas mereka dengan berkata, “Tuhan semesta langit sendiri akan membuat kami berhasil; atas sebab ini, kami hamba-Nya akan bangun dan membina. Tetapi, kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau peringatan di Yerusalem” (ay. 20). Balasan ini menunjukkan bahawa Nehemia amat agresif. Dia sudah tentu bukan pengecut. Sesiapa yang merupakan pengecut tidak dapat menjadi hamba Tuhan. 

Musuh-musuh naik marah dan amat berang, dan sekali lagi mereka memperolok-olokkan orang Yahudi dan memandang ringan akan binaan mereka (4:1-3). 

Nehemia menaruh kepercayaan kepada Tuhan dengan berdoa agar Tuhan membiarkan celaan mereka berbalik menimpa diri mereka. Dengan itu, orang Yahudi membina tembok, dan semua tembok itu disambung bersama-sama sampai setengah tingginya kerana umat bersungguh hati untuk bekerja (ay. 4-6). Hari ini, tidak kira betapa teruknya kita diperolok-olokkan dan dipandang ringan, kita harus mempunyai hati untuk membina dan harus bersikap agresif. 

Dari satu segi, bani Israel bersedia untuk berperang; dari segi yang lain, mereka menaruh kepercayaan kepada Tuhan bahawa Dia akan berperang untuk mereka. Dalam hal ini juga, mereka bersikap agresif. Pengecut mungkin mengatakan bahawa, memandangkan Tuhan akan berperang untuk kita, maka kita tidak perlu berbuat apa-apa. Akan tetapi, pada hakikinya Tuhan akan membantu orang yang membantu diri mereka sendiri. Jika kamu tidak membantu diri kamu, Tuhan tidak akan membantu kamu. Menurut sejarah, Tuhan tidak membantu pengecut. Orang yang agresiflah yang menerima bantuan daripada Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kehidupan Orang Kristian, Kehidupan Gereja, Kesudahan Zaman, dan Kedatangan Tuan, Minggu 8, Hari 5. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (290)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (292)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)