Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
2020-12-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)

Bacaan Bible:

Neh. 2:11, 17   Maka aku sampai di Yerusalem dan berada di sana selama tiga hari... Kemudian, aku berkata kepada mereka, Kamu melihat keadaan kita yang teruk, iaitu Yerusalem terbiar dan pintu-pintu gerbangnya dibakar api. Marilah kita bina tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi celaan.

Pemulihan gereja ditamsilkan oleh pembinaan semula kota Yerusalem dalam Wasiat Lama (Neh. 2:11, 17). Selepas pembinaan bait dipulihkan, kota masih perlu dibina.…Bait, iaitu tempat yang mempunyai hadirat Tuan, memerlukan perlindungan. Tembok kota ialah pertahanan bagi bait.

Efesus 2:19 dan 1 Timotius 3:15 berbicara tentang gereja sebagai rumah Tuhan. Akan tetapi, dalam dua bab yang terakhir dalam buku Wahi, terdapatnya satu kota, dan di dalam kota ini tidak ada bait (Wahi 21:22), kerana kota itu telah menjadi pembesaran bait.

Untuk memahami hubungan antara rumah dengan kota dalam Wasiat Baru, kita perlu sedar bahawa gereja ialah pembesaran Kristus dan pertambahan Kristus. Semua percayawan ialah sebahagian daripada Kristus dan anggota Kristus. Semua bahagian yang diletakkan bersama ini ialah pertambahan Kristus. Oleh itu, gereja ialah kepenuhan Kristus (Ef. 1:22-23) kerana Kristus telah bertambah dan diperbesar menjadi anggota yang banyak. Tahap pertama bagi pembesaran Kristus ialah gereja sebagai rumah. Tahap kedua bagi pembesaran ini juga ialah gereja, namun bukan sebagai rumah tetapi sebagai kota.…Akhirnya, seluruh gereja menjadi kota. Oleh sebab bait telah menjadi kota, Wahi 21:22 memberitahu kita bahawa dalam kota Yerusalem Baru tidak ada bait. Kota itu ialah tabernakal, iaitu tempat huni (Wahi 21:2-3). Oleh itu, kota itu ialah pembesaran bait, perkembangan rumah sampai tahap sempurna.

Pembinaan rumah dan kota ialah pusat tujuan abadi Tuhan. Pembinaan ini sebenarnya ialah pembauran Tuhan dengan manusia. Oleh itu, gereja ialah pembauran kedivinan dengan keinsanan. Apabila pembauran ini diperbesar dan dikonsumasikan sampai tahap sempurna, itu ialah kota.

Pada kedatangan kedua Kristus, jika kehidupan gereja tidak dipulihkan, iaitu umat Tuhan tidak kembali dari Babylon Besar kepada kehidupan gereja, Kristus tidak ada jalan untuk melaksanakan kedatangan kedua-Nya. Inilah sebabnya pada masa keakhiran, Tuan sedang bekerja untuk memperoleh satu pemulihan. Saya percaya bahawa pemulihan ini akan menjadi persiapan dan asas untuk Kristus datang semula.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (224)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)