Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (221)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)
2020-12-06 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (222)

Bacaan Bible:

Ezra 1:3   Barang siapa antara kamu yang daripada golongan umat-Nya, semoga Tuhannya menyertainya, dan hendaklah dia naik ke Yerusalem yang terletak di Yehuda, dan hendaklah dia membina rumah Yehova Tuhan Israel — Dialah Tuhan — yang berada di Yerusalem.

Ezra 1:11   Terdapat lima ribu empat ratus wadah emas dan perak kesemuanya. Sesbazar membawa semuanya naik ketika tawanan dibawa naik dari Babylon ke Yerusalem.

Penawanan bani Israel adalah disebabkan kejatuhan mereka. Disebabkan kejatuhan, mereka dibawa pergi menjadi tawanan di Babylon. Gereja juga telah jatuh dan akhirnya dibawa pergi menjadi tawanan oleh Babylon Besar, iaitu dunia agama Kristian; Babylon Besar merupakan pelacur di mata Tuhan yang kudus. Oleh yang demikian, pemulihan gereja merangkumi satu perkembalian daripada tapak penawanan dan perpecahan yang dilambangkan oleh Babylon.

Orang yang kembali ke Yerusalem dari Babylon membawa bersama-sama mereka semua wadah dari bait Tuhan, yang telah ditawan ke Babylon (Ezra 1:5-11). Wadah-wadah yang diperbuat daripada perak dan emas ini menandakan pengalaman terhadap Kristus dan kekayaan Kristus.…Umat Tuhan telah terselerak, dan semua pengalaman rohani telah ditawan. Itu ialah suatu keaiban kepada mereka dan Tuhan. Bahkan hari ini sesetengah orang Kristian yang dikasihi mempunyai pengalaman yang sejati terhadap Kristus, tetapi mereka berada di Babylon.…Pengalaman itu betul, tetapi tempat itu salah; wadah-wadah itu betul, tetapi wadah-wadah dari bait Tuhan itu telah diletakkan di dalam kuil berhala. Oleh yang demikian, semua wadah perak dan emas harus dibawa kembali ke Yerusalem.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 10, Hari 6.Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (221)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (223)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)