Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
2020-11-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)

Bacaan Bible:

Ibr. 4:16   Oleh itu, marilah kita datang ke hadapan dengan berani, ke takhta kurnia supaya kita dapat menerima rahmat dan beroleh kurnia sebagai pertolongan yang tepat pada masanya.

Gal. 6:18   Kurnia Tuan kita Yesus Kristus menyertai rohmu, dikbang-dikbang. Amen.

Pembaca Kristian sukar memahami sebab penulis Ibrani menyebut tentang roh dalam 4:12. Semasa dia memperbandingkan Kristus dengan agama Yahudi, dia secara tiba-tibanya berkata, “Sabda Tuhan adalah hidup dan beroperasi serta lebih tajam daripada sebarang pedang yang bermata dua, dan menusuk sehingga memisahkan sukma dan roh.”…Ayat ini menunjukkan kepada kita kunci untuk mengalami Kristus — roh kita yang digabungkan dengan Tempat Maha Kudus.…Tuan Yesus Kristus ada bersama dengan roh kita (2 Tim. 4:22). Kurnia ada bersama dengan roh kita (Gal. 6:18).…Kita harus pergi kepada roh kita. Tempat Maha Kudus, ekonomi Tuhan, dan bahkan penggenapan ekonomi Tuhan semuanya berkaitan dengan roh kita. Apa yang kita perlukan hari ini ialah masuk ke sebelah dalam tirai dengan masuk ke dalam roh. 

Kita harus bergerak-hidup, hidup, dan berperilaku menurut roh ini. Kadangkala apabila saya sudah hendak berbicara kepada orang yang tertentu, saya diperiksa: “Adakah kamu membicarakan hal ini daripada diri kamu atau daripada Dia yang ada bersama dengan kamu dalam roh kamu?…” Kita mungkin mengatakan hal yang betul, tetapi kita mungkin mengatakannya daripada persona yang salah, iaitu daripada diri kita. Kita harus mengatakan hal yang betul melalui persona yang betul, dan kita juga harus melakukan hal yang betul melalui persona yang betul. Sering kali kita berbicara tentang hal mengasihi pekudus. Namun demikian, kita harus berjaga-jaga tentang melalui siapa kita mengasihi orang lain — melalui diri kita atau melalui Kristus. Kita tidak harus lupa bahawa sebagai percayawan dalam Kristus, kita mempunyai dua persona: kita mempunyai diri kita, manusia lama, dan kita mempunyai Tuan Yesus, manusia baru. Kita sudah tentu perlu melakukan hal yang betul, hal yang baik, hal yang unggul; namun kita harus memeriksa dengan selanjutnya, melalui siapa kita lakukan hal-hal ini.…Kita tidak harus hidup dalam persona diri kita; sebaliknya kita perlu hidup menurut roh dan kekal berada dalam roh kita.

Kadangkala kita mungkin ketawa, tetapi jika kita ketawa secara keterlaluan, kita akan keluar daripada roh kita. Kemudian,…kita mungkin berdiam diri dan masuk ke bilik tidur kita untuk berdoa, “Tuan, ampunkan aku; aku ketawa secara keterlaluan. Aku ingin kembali kepada rohku untuk bersama dengan-Mu.” Kita perlu berada dalam roh secara berterusan. Pertama-tama, kita perlu menyeru-Nya untuk melatih roh kita; kemudian kita perlu hidup menurut roh kita, dan seterusnya kekal berada dalam roh kita. Dalam Wahi 1:10, dutus Yohanes mengatakan bahawa dia berada dalam roh pada Hari Tuan, iaitu dia kekal berada dalam rohnya.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 8, Hari 6. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (208)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)