Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)
2020-11-24 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (210)

Bacaan Bible:

Yer. 46:25   Yehova ribuan tentera, Tuhan Israel, bersabda, Lihatlah, Aku akan menghukum Amon dari No dan Firaun dan Mesir dan tuhan-tuhannya dan raja-rajanya, yakni Firaun dan orang yang menaruh keyakinan padanya.

Yoh. 17:14   Aku telah memberi mereka sabda-Mu, dan dunia membenci mereka, kerana mereka bukan kepunyaan dunia, sebagaimana Aku bukan kepunyaan dunia.

Buku Yeremia…menunjukkan kepada kita bahawa umat pilihan Tuhan, Israel, banyak terlibat dengan bangsa-bangsa. Inilah tamsil bagi kita, umat pilihan Tuhan dalam Wasiat Baru, yang banyak terlibat dengan dunia dalam banyak aspeknya. Bangsa-bangsa dalam bab 46 hingga 51 mentamsilkan sembilan aspek yang berlainan bagi dunia. Hari ini dunia bahkan mempunyai lebih banyak aspek. Yeremia memaparkan gambar sedemikian kepada kita supaya kita dapat menjalani kehidupan gereja yang tidak dicemari oleh pelbagai aspek dunia. Kita perlu tahu bagaimana mempunyai pengasingan yang jelas daripada dunia dan tidak berkait atau tidak bercampur aduk dengan mana-mana aspeknya. Tuhan akan masuk untuk menghakimi dunia dalam segala aspeknya dan membuat perbezaan yang jelas antara gereja sebagai umat pilihan-Nya dengan setiap aspek dunia.

Semasa berbicara berkenaan bangsa-bangsa, [Yeremia] menyebut Mesir dahulu (Yer. 46:2-28) dan akhir sekali Babylon (bab 50 — 51). Hal ini menunjukkan bahawa dari sudut pandangan Tuhan, dunia pertama-tamanya kepunyaan Mesir dan kemudian kepunyaan Babylon...Babel ialah asal usul, punca bagi manusia menyembah berhala, memberontak terhadap Tuhan, dan menjunjung diri sendiri. Selepas bermulanya hal-hal ini, dunia menjadi Mesir; Mesir menandakan dunia dari aspek mencari nafkah hidup dan menikmati hiburan. Di Babel, manusia memberontak terhadap Tuhan, menyembah berhala, dan menjunjung diri sendiri, tetapi di Babel tidak ada jalan untuk mencari nafkah hidup atau menikmati hiburan. Oleh itu, menurut urutan dalam Kejadian, Babel disebut dahulu dan kemudian barulah Mesir. Pada masa kebuluran, Mesir hampir merupakan satu-satunya tempat yang masih ada makanan (Kej. 42:1-2). Mesir merupakan tempat keselamatan dan kenikmatan.

Di keliling gereja, yang ditamsilkan oleh umat Israel, terdapat dunia Mesir dan dunia Filistin. Dunia Mesir menarik perhatian orang yang berada dalam gereja dengan hal mencari nafkah hidup dan mengejar kenikmatan duniawi. Hal-hal ini menyimpangkan orang gereja daripada ekonomi Tuhan dan daripada Tuhan sebagai sumber air hidup.

Yeremia memaparkan ekonomi Tuhan kepada kita agar kita dapat berpaling kepada sumber dan asal usul kita, yakni Tuhan Tritunggal sebagai sumber air hidup (Yer. 2:13). Kemudian kita akan menikmati-Nya dan menerima pendispenan-Nya ke dalam kita demi menyempurnakan ekonomi-Nya. Tuhan kemudiannya akan bertanggungjawab untuk menjauhkan dunia daripada kita. Hari ini, dalam kehidupan gereja kita tidak sepatutnya ada apa-apa kepunyaan Babylon. Kita harus menghapuskan sebarang pemberontakan terhadap Tuhan, perjunjungan diri, dan penyembahan berhala. Dengan itu, kita akan menjadi umat pilihan Tuhan di bawah pendispenan-Nya untuk menikmati-Nya. Kita tidak akan menikmati Mesir sebagai tempat yang baik untuk menjalani kehidupan kita, sebaliknya kita akan menikmati Tuhan Tritunggal, dan kehidupan gereja akan menjadi kehidupan kita. Dalam keadaan sedemikian, kita akan diberkati Tuhan.

**Dipetik daripada SKPP—Kajian-kristalisasi Yeremia dan Ratapan, Minggu 9, Hari 1. Untuk pengejaran gereja sahaja. Hak cipta GBC.

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (209)
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (211)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)