Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Aku Tidak Pernah Kenal Kamu
Hati Baru
Aku Tidak Pernah Kenal Kamu
2023-09-01 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pada hari itu, banyak orang akan berkata kepada Aku, Tuan, Tuan, bukankah dalam nama-Mu kami bernubuat, dalam nama-Mu mengusir demon, dan dalam nama-Mu melakukan banyak kerja kudrat?

(Matius 7:22)

Pada masa itu, Aku akan mengisytiharkan kepada mereka: Aku tidak pernah kenal kamu. Beredar daripada Aku, kamu yang mengerjakan ketidakendahan terhadap hukum.

(Matius 7:23)

 

Pembaca sekalian, semua kerja dan aktiviti yang kita lakukan haruslah berasal daripada hayat. Sekiranya kerja dan pelayanan kita bukan berasal daripada hayat, maka kerja dan pelayanan kita tidak akan berkekalan dan juga tidak berisi. Dalam Matius 7, Tuan mengatakan bahawa sesetengah orang memberitakan injil dan sesetengah orang pula mengusir demon, tetapi mereka tidak diujiluluskan oleh-Nya (ay. 22-23). 

 

Hari ini, apa yang paling diperlukan oleh setiap gereja ialah perkara hayat. Semua kerja dan aktiviti kita haruslah berasal daripada hayat. Ini bukan bermaksud bahawa kita tidak harus melibatkan diri dalam kerja dan aktiviti yang banyak. Kerja dan aktiviti yang bakal kita lakukan mungkin lebih banyak dan intensif daripada kerja dan aktiviti kita hari ini. Akan tetapi, sekiranya kerja dan pelayanan kita bukan berasal daripada hayat, maka kerja dan pelayanan kita tidak akan berkekalan dan juga tidak berisi. 

 

Kalau kita menghendaki kerja kita menghasilkan buah yang melimpah dan berkekalan, maka kita perlu mempunyai asas dalam hayat. Kita sendiri harus menyentuh Tuan dalam hayat dan juga membimbing orang lain menyentuh Tuan dalam hayat. Dengan demikian, barulah kita dapat mencapai standard kerja yang ingin dilakukan Tuhan pada zaman ini.

 

Semua hasil kerja kita haruslah diukur dengan hayat. Hanya apa yang berasal daripada hayat diambil kira di hadapan Tuhan. Dutus dalam Filipi 1 juga mengatakan bahawa sesetengah orang memberitakan injil disebabkan iri hati (ay. 15). Tidak diragui bahawa kerja-kerja ini bukan berasal daripada hayat tetapi berasal daripada perbuatan manusia. Kita tidak boleh dan tidak harus melakukan kerja yang sedemikian. Kita harus belajar hidup dalam hayat Tuan dan membenarkan hayat-Nya membimbing kita untuk melakukan kerja-Nya. Kita tidak harus berharap untuk melakukan apa-apa kerja yang agung atau mempunyai apa-apa pencapaian dalam kerja. Kita harus mempunyai satu keinginan sahaja, iaitu lebih banyak mengenali dan mengalami hayat Tuan, serta dapat berkongsi apa yang telah kita kenali dan alami itu dengan orang lain supaya mereka juga dapat memperolehnya. 

 

Apabila kita bekerja, kita tidak harus menubuhkan suatu kerja, dan kita juga tidak harus menubuhkan sebuah organisasi. Kerja kita seharusnya membebaskan hayat Tuan, menyalurkan dan membekalkan hayat Tuan kepada orang. Semoga Tuan merahmati kita dan membuka mata kita untuk melihat bahawa kerja Tuhan yang paling utama pada zaman ini ialah manusia memperoleh hayat-Nya serta bertumbuh dan matang dalam hayat-Nya. Hanya kerja yang berasal daripada hayat-Nya itu yang dapat mencapai standard abadi-Nya dan diperkenan-Nya.

 

Bacaan lanjut: Pengetahuan Hayat, bab 6

Hati Baru
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)