Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
Menebus Masa = Merebut Peluang (2)
Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
2019-10-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita tidak mahu membiarkan peluang daripada Tuhan berlalu begitu sahaja. Kita telah melihat bagaimana Tuhan memberkati kerja Dikbang Witness. Kelebihannya ialah dia tidak membenarkan apa-apa peluang terlepas. Memang sukar untuk mendapati dia melepaskan suatu peluang. Sebaik sahaja peluang timbul, dia mengambil kesempatan itu. Jika kita membiarkan peluang pergi, kerja Tuhan akan dihadkan kerana kita.

Sebahagian besar daripada kehendak Tuhan didapati dalam peluang-Nya. Suatu hari apabila kita berdiri di hadapan Tuhan, kita akan melihat bahawa sebahagian besar kehendak Tuhan terletak dalam peluang yang telah diberikan-Nya kepada kita. Jika kita dapat mengesan peluang-peluang itu, kita dapat mengetahui kehendak Tuhan. Perkara ini sangat serius. Daniel 11:32 berkata, “Umat yang mengenali Tuhan mereka akan…bertindak.” Ini bermakna umat Tuhan akan merintis kawasan baru. Semakin banyak kita mengetahui kehendak Tuhan, semakin banyak kita akan merebut peluang. Sesiapa yang teragak-agak akan hidup menurut tabiat. Hanya orang yang mengenali Tuhan tidak akan bertindak menurut tabiat.

Dikbang-dikbang dari Shanghai harus belajar merintis kawasan baru. Tidak baik untuk berhenti setakat ini. Berapakah orang dikbang yang kita perlukan sebelum kita dapat mengatakan bilangannya sudah cukup? Tidak akan cukup. Kita harus keluar secara berterusan dan tidak berhenti. Setiap kali kita keluar kita harus merasakan bahawa kita tidak melakukan kerja dengan secukupnya dan urusan kita belum lagi beres. Kita tidak dapat mengaturkan semuanya dengan cara sempurna sehinggakan tidak ada lagi yang boleh kita lakukan. Hal ehwal gereja tidak berkesudahan dan sentiasa timbul. Selalunya urusan pertama belum selesai tetapi urusan kedua sudah timbul. Perkara kedua juga belum disempurnakan tetapi perkara ketiga telah datang. Merasakan diri sudah baik merupakan prinsip Babylon. Nebukadnezar bermegah pada suatu hari: “Bukankah ini Babylon agung, yang aku bina sebagai kota diraja dengan keperkasaan kuasaku dan demi kemuliaan kemahabesaranku?” (Dan. 4:30). Dia berpuas hati dengan kerjanya sendiri—inilah prinsip Babylon. Dalam gereja, satu perkara sentiasa disusuli satu perkara lagi. Sebelum kita ada masa untuk menghabiskan satu kerja, kerja yang kedua sudah datang. Kerja itu terus berkembang dan mencapai bidang baru.

Saya tidak mempunyai niat lain; saya hanya berharap agar dikbang dan dikkak jangan lepaskan peluang istimewa ini. Tidak ada peluang yang sebegitu ajaib dan banyak seperti yang kita hadapi hari ini. Kalaulah kita hanya membuka mata kita sedikit, kita akan melihat peluang-peluang ini. Biar saya mengulang: Kita tidak harus melepaskan peluang. Jika kita merebut setiap peluang, kita akan menghentikan banyak hal daripada berlaku. Jika kita merebut setiap peluang, masalah tidak akan menular di kawasan tertentu. Keadaan yang tersimpang itu menular di sesetengah kawasan kerana dikbang-dikbang adalah malas dan miskin. Dikbang-dikbang haruslah kuat untuk bertindak. Sebaik sahaja Tuhan bergerak, kita harus bergerak. Kita tidak harus melepaskan apa-apa peluang. (The Collected Works of Watchman Nee, set 3, jil. 55, The Open Door, No. Terbitan 21)

Menebus Masa = Merebut Peluang (2)
Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)