Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
Menebus Masa = Merebut Peluang (4)
2019-11-12 | 37 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Hari ini ialah Hari Tuan yang pertama dalam tahun yang baru. Oleh itu, mari kita dengar apa yang dikatakan Bible. Meskipun kita tidak mementingkan apa yang digelar tahun baru, namun kita harus mempunyai tanggapan yang baru apabila tahun baru tiba. Meskipun bagi orang Kristian, tahun baru bukannya apa-apa, namun kita harus sentiasa mempunyai permulaan baru setiap kali tahun baru tiba. Dalam Wasiat Lama juga ada catatan tentang tahun baru. Tambahan pula, dalam Wasiat Lama, bulan dan hari untuk permulaan tahun baru ditentukan oleh Tuhan. Oleh itu, hari ini kita hendak mempertimbangkan perkara ini. Sama ada kamu seorang Kristian atau bukan, sepanjang tahun-tahun yang lalu, adakah kamu mempunyai apa-apa perasaan atau tanggapan yang khusus, atau adakah tahun-tahun itu mempunyai apa-apa makna yang khusus bagi kamu? Saya tidak tahu apa yang kamu fikirkan, namun bagi saya, setiap tahun membawa maksud ada lebih sedikit peluang. Kehilangan peluang bermaksud melepaskan masa. Hari ini, sama ada kamu seorang Kristian atau bukan, soalan pertama untuk bertanya kepada diri kamu sendiri ialah adakah kamu telah terlepas peluang kamu.

Ada satu pepatah yang berbunyi, “Peluang masuk melalui pintu, tetapi ia terbang keluar menerusi tingkap.” Hal ini benar. Kamu harus membuka pintu untuk mengundang peluang masuk, namun ia mungkin keluar tanpa menunggu kamu membuka pintu. Oleh yang demikian, bagi mereka yang berada di sini, jika kamu belum diselamatkan, kamu harus mencari peluang untuk diselamatkan. Jika kamu sudah diselamatkan, maka kamu harus mencari peluang melayan Tuan; kamu harus mencari peluang mengasihi satu sama lain, dan kamu harus mencari peluang menyelamatkan orang.

Kita baru sahaja membaca frasa, “tebuslah masa” (Ef. 5:16). Tebus dalam teks asal bermakna “membeli kembali”. Dikbang dan dikkak sekalian, Tuhan memberi kita masa. Ini seperti modal bagi seorang pedagang. Masa ialah modal kita. Mungkin tahun demi tahun kamu telah melakukan banyak perkara yang cemerlang, atau mungkin tahun demi tahun kamu telah membazirkan masa kamu, seperti seorang pedagang yang mengalami kerugian. Mungkin sesetengah orang mempunyai sedikit peluang tetapi mereka telah menyempurnakan banyak perkara; sesetengah pula mempunyai banyak peluang tetapi mereka tidak menyempurnakan apa-apa. Walau bagaimanapun, tahun ini kita telah menebus masa kita. Tuhan telah memberi kita masa dan mengharapkan kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya seperti pedagang menggunakan modal mereka dengan sebaik-baiknya. Semoga kita semua menggunakan masa kita dengan sewajarnya, dan semoga kita tidak membiarkannya berlalu dengan sia-sia dan dibazirkan.

Galatia 6:10 berkata, “Oleh itu, apabila kita berpeluang, haruslah kita melakukan apa yang baik terhadap semua orang, terutamanya terhadap mereka yang daripada keluarga kepercayaan.” Setiap kali ada peluang, kita harus berbuat baik. Kita harus memberi perhatian kepada perkara ini. Jika tidak ada peluang, memang ketaralah kita tidak ada jalan untuk berbuat baik. Namun demikian, ketika ada peluang, kita tidak ada alasan untuk tidak berbuat baik.

Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
Tuhan Damai Sejahtera Menghancurkan Syaitan di bawah Kaki Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook