Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (2)
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (1)
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (2)
2019-08-29 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Prinsip-prinsip am bagi kerja dan gereja-gereja lokal dan hubungan mereka dengan kehidupan orang Kristian yang normal. Semua ini dipersembahkan secara ringkas seperti berikut:

(i) Para Dutus
Tuan Yesus ialah dutus pertama yang mendirikan gereja di Yerusalem. Kumpulan kedua ialah dua belas orang yang telah dilantik sebagai dutus oleh Tuan. Para dutus dipanggil dan dilantik Tuhan untuk melakukan kerja Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang membolehkan Tuhan bekerja menerusi mereka, para dutus diasingkan, diamanatkan secara khusus, diutus untuk memberitakan injil, membawa orang kepada penyelamatan dan mendirikan gereja. Mereka amat berkaitan dengan kehidupan gereja.

(ii) Pengasingan dan Pergerakan Para Dutus
Menurut Sabda Tuhan, para dutus dipanggil secara langsung oleh Roh Kudus dan diutus oleh Tuhan (Kis. 13:1-2). Setelah dipanggil, mereka diasingkan dan sentiasa bergerak menurut pimpinan Roh itu untuk memberitakan injil dan mendirikan gereja-gereja lokal. Selepas itu, mereka akan meninggalkan gereja-gereja itu kepada pekudus tempatan dan terus bergerak, mengisytiharkan Sabda Tuhan ke mana sahaja mereka pergi. Apabila mereka kembali kepada gereja-gereja yang telah didirikan itu, mereka melaksanakan kerja pembinaan untuk menyempurnakan pekudus.

(iii) Para Penatua yang Dilantik Para Dutus
Para dutus juga melantik penatua, iaitu beberapa orang anggota dalam kehidupan gereja yang lebih matang untuk menjaga para percayawan, untuk memimpin, mengajar, menggembala, menyelia dan menjadi teladan kawanan di sesuatu lokaliti. Mereka bukan mempertuani dikbang mereka, sebaliknya mereka mengambil Kristus sebagai Kepala mereka. Pelantikan sedemikian sebenarnya dijalankan oleh Roh Kudus (Kis. 20:28), di bawah kedaulatan Roh itu; manusia tidak terlibat langsung.

(iv) Gereja-gereja yang Diasaskan oleh Para Dutus
Untuk menjalani kehidupan gereja orang Kristian yang normal, kita harus amat jelas tentang kebenaran gereja. Pertama sekali, gereja yang didirikan oleh para dutus ialah tapak untuk mengekspresikan kesaksian Tuhan dan tempat untuk menyempurnakan pekudus demi kerja ministri itu. Kedua, berkenaan dua aspek gereja, dari segi rohani Gereja Tuhan adalah satu—gereja universal, tetapi dari segi fizikal dan praktikal, Gereja dibahagikan kepada gereja-gereja yang hanya dibezakan berdasarkan lokaliti—gereja-gereja lokal. Dalam Sabda Tuhan, kita tidak melihat gereja yang melampaui sempadan sebuah kota, dan kita juga tidak menemui mana-mana gereja yang tidak meliputi seluruh kawasan kota.

(v) Asas Kesatuan dan Pembahagian
Selain itu, kita juga perlu memberi perhatian kepada cara Bible mengasaskan gereja, iaitu melalui pemberitaan injil; dalam hal ini tidak ada apa-apa lagi yang diperlukan malah dibenarkan. Dalam gereja lokal, kesatuan Roh itu dipelihara. Seseorang anak Tuhan yang tinggal di suatu lokaliti tertentu yang memiliki tujuh faktor dalam kesatuan rohani, iaitu satu Tubuh, satu Roh, satu harapan, satu Tuan, satu iktikad, satu baptisan dan satu Tuhan, merupakan percayawan sama seperti kita. Bersama-sama anggota-anggota Gereja Tuhan ini, kita menjalani kehidupan gereja orang Kristian yang normal, tanpa memberi ruang kepada perpecahan seperti mempunyai pemimpin rohani, sarana penyelamatan, ajaran tidak bermazhab, perbezaan dari segi doktrin, perkauman dan kewarganegaraan serta perbezaan taraf sosial.

(vi) Kerja dan Gereja-gereja
Kerja dan gereja-gereja agak berbeza dalam Bible namun kedua-duanya seiring. Dalam kerja, para dutus mendirikan dan menyempurnakan gereja-gereja. Dalam gereja, pekerja Tuhan dihasilkan dan diutus keluar untuk melakukan kerja Tuhan. Dari segi pandangan rasmi, tanggungjawab kerja terletak pada dutus, manakala tanggungjawab gereja terletak secara rasminya pada penatua. Namun begitu, gereja juga mempunyai tanggungjawab rohani untuk memberi bantuan dan persembahan kepada kerja. Akhirnya, segala buah dan hasil kerja harus diberi kepada pertambahan dan pembinaan gereja.

(vii) Dalam Kalangan Pekerja
Dalam kalangan pekerja, terdapat kumpulan disebabkan pelbagai lingkungan pelayanan. Walaupun Tuan membahagikan pekerja-pekerja-Nya kepada kumpulan yang berlainan (bukan organisasi yang berlainan), semua kerja mereka adalah berdasarkan Tubuh, bersatu dengan Tubuh, demi pertambahan Tubuh Kristus, berada di bawah kekepalaan Tuan, dan mempunyai persekutuan sesama pekerja. Bukan itu sahaja, para pekerja Tuhan tidak berdiri bebas daripada satu sama lain. Oleh itu, mereka perlu datang bersama-sama untuk melakukan satu kerja, yakni kerja menyempurnakan ekonomi abadi Tuhan.

(viii) Persoalan Kewangan
Dalam Kisah Para Dutus, tidak ada maklumat yang diberikan tentang bagaimana keperluan kerja atau keperluan peribadi pekerja-pekerja itu dipenuhi. Berkenaan hal ini, iktikad ialah faktor yang paling penting dalam pelayanan Tuhan. Dari satu segi, semua hamba Tuhan harus hidup dan bekerja melalui iktikad dan yakin kepada-Nya dengan sepenuhnya untuk dibekali. Dari segi yang lain, gereja-gereja harus setia dalam mengingati keperluan pekerja dan kerja mereka, seperti orang Filipi dan orang Makedonia yang meminister kepada Paulus yang berada di tempat yang jauh.

(ix) Pengurusan Gereja-gereja Lokal
Akhirnya, dalam pengurusan rohani suatu gereja lokal, gereja terdiri daripada semua pekudus, para penyelia dan diaken. Apabila suatu gereja diasaskan, percayawan di tempat itu mula berhimpun secara ideal di salah sebuah rumah mereka, atau di dewan ataupun mana-mana bangunan yang lain. Perhimpunan gereja haruslah menurut prinsip “setiap orang mempunyai” (1 Kor. 14:26), satu perhimpunan “meja-bulat” yang membolehkan semua berfungsi dan berbahagian.

Di sini, kita perlu melihat hubungan antara gereja, ministri dan kerja. Prinsip asas bagi ketiga-tiga ini berada di atas tapak Tubuh. Gereja ialah Tubuh yang diekspresikan secara lokal, ministri ialah Tubuh berfungsi, dan kerja ialah Tubuh mencari pertambahan. Walaupun ketiga-tiganya agak berbeza dari segi fungsi dan lingkungan, namun ketiga-tiga ini berkoordinasi dan saling berkait. Semua memperoleh kewujudan mereka daripada Tubuh, menjumpai kedudukan mereka dalam Tubuh, dan bekerja demi kebaikan Tubuh.

Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (1)
Kehidupan Gereja Orang Kristian yang Normal (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)