Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Yerusalem Baru Yerusalem Baru – Suatu Tanda (3)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (2)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (3)
2016-08-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Konsumasi bagi Tabernakal dan Bait

Yerusalem Baru juga bukan satu bangunan yang fizikal kerana buku Wahi memberitahu kita bahawa Yerusalem Baru ialah tabernakal Tuhan (21:3) dan juga bahawa Yerusalem Baru ialah bait Tuhan (21:22). Yohanes mengatakan bahawa dia tidak melihat bait di kota kerana bait itu ialah Tuan Tuhan Maha Perkasa dan Anak Domba. Menurut tamsil dalam Wasiat Lama, tabernakal bukan sahaja merupakan tempat huni Tuhan, tetapi juga tempat huni semua hentar yang melayan-Nya. Para hentar yang melayan Tuhan ini tinggal bersama dengan Tuhan di dalam tabernakal. Oleh yang demikian, tabernakal ialah tempat tinggal bagi Tuhan dan pelayan-Nya. Dalam Wahi 22:3, kita diberitahu bahawa dalam keabadian, semua pekudus yang ditebus dan disempurnakan akan menjadi pelayan Tuhan. Oleh itu, mereka semua akan tinggal dalam tabernakal bersama dengan Tuhan.

Sekali lagi, kita harus menyedari betapa salahnya konsep yang mengatakan bahawa Yerusalem Baru ialah mahligai besar yang fizikal untuk didiami anak-anak Tuhan. Wahi mengatakan bahawa Tuhan sendiri, Tuhan dan Anak Domba, akan menjadi bait untuk dihuni kita yang melayan-Nya. Tempat tinggal kita dalam keabadian ialah Tuhan sendiri. Kita harus menekankan hal ini dengan tegas. Tuhan dan Anak Domba akan menjadi bait dalam keabadian untuk didiami umat-Nya, iaitu para pelayan-Nya. Kita tidak akan tinggal dalam mahligai yang besar. Kita akan tinggal dalam Tuhan. Haleluya! Dialah bait kita dan kita ialah tabernakal-Nya. Dia tinggal dalam kita, dan kita tinggal dalam-Nya, dan tempat saling huni ini ialah Yerusalem Baru yang merupakan tabernakal bagi Tuhan dan bait bagi kita.

Konsumasi Pembinaan Tuhan

Sekarang kita sampai ke sebab yang seterusnya. Bible adalah buku tentang pembinaan. Pertama, Tuhan mengarahkan Nuh untuk membina bahtera. Kemudian dalam Wasiat Lama, kita melihat bahawa Abraham sedang mencari-cari sebuah kota, dan keturunannya, yakni umat Israel, membina sebuah tabernakal. Selepas itu, mereka memasuki tanah permai dan membina bait. Dalam Wasiat Baru, Tuan mengatakan bahawa Dia akan membina gereja-Nya (Mat. 16:18). Dalam Yohanes 2:19, Dia juga memberitahu orang Yahudi bahawa jika mereka memusnahkan “bait ini”, yang merujuk kepada bait tubuh-Nya, Dia akan membangkitkannya dalam tiga hari. Malah Petrus menegur orang Yahudi kerana menolak Kristus sebagai batu penjuru dalam pembinaan Tuhan (Kis. 4:11). Selain itu, Paulus memberitahu kita bahawa kita ialah rumah Tuhan (1 Tim. 3:15) dan kita ialah bangunan Tuhan (1 Kor. 3:9). Paulus sebagai ketua pembina yang arif telah meletakkan asas, dan kita perlu membina di atas asas itu dengan berhati-hati supaya tidak membina dengan kayu, rumput, dan jerami, tetapi dengan emas, perak, dan batu-batu berharga (1 Kor. 3:10-12). Seterusnya, Petrus memberitahu kita dalam Suratnya yang pertama bahawa Kristus ialah batu yang hidup bagi pembinaan Tuhan, dan seperti Dia, kita ialah batu-batu hidup untuk dibina menjadi rumah rohani (1 Ptr. 2:4-5). Kita dapat melihat bahawa pembinaan Tuhan merupakan satu garis yang merentasi seluruh Bible, dan konsumasi pembinaan ini ialah Yerusalem Baru.

Konsumasi Segala Apanya Tuhan dan Segala-gala yang telah Dicapai Tuhan

Sekarang kita harus melihat sebab terakhir mengapa Yerusalem Baru tidak boleh ditafsirkan sebagai mahligai fizikal. Tuhan kita ialah Tuhan Tritunggal yang agung—Bapa, Anak, dan Roh. Bapa mempunyai satu rancangan yang abadi serta ekonomi yang menakjubkan, Anak pula menyempurnakan ekonomi ini melalui inkarnasi, hidup di bumi, disalib, dibangkitkan, dan naik ke syurga. Kemudian, Roh itu datang untuk menerapkan segala-gala yang disempurnakan Anak kepada kita. Roh itu bekerja untuk melahirukan kita. Kini Dia bekerja dalam kita untuk mentransform kita, menebus tubuh kita, mentransfigur kita agar sama seperti Kristus. Melalui semua ini, gereja dihasilkan dan dibina, dan kingdom wujud untuk para pejayeng memerintah dunia bersama dengan Kristus. Tuhan Tritunggal yang agung berserta semua pencapaian dan kerja-Nya sepanjang zaman-zaman sudah tentu memerlukan satu konsumasi yang hebat. Dapatkah sebuah kota yang fizikal menjadi konsumasi semua pencapaian ini? Tentunya tidak. Konsumasi segala apanya Tuhan dan segala yang telah dicapai dan disempurnakan Tuhan ialah Yerusalem Baru. Sebab-sebab di atas menunjukkan kepada kita bahawa Yerusalem Baru bukannya mahligai fizikal ataupun kota fizikal untuk didiami umat yang ditebus Tuhan.

Yerusalem Baru – Suatu Tanda (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)