Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Yerusalem Baru Yerusalem Baru – Suatu Tanda (2)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (1)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (3)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (2)
2016-08-17 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Dalam artikel yang lepas kita telah melihat bahawa buku Wahi ialah buku berkenaan tanda. Namun, apakah tanda terakhir bagi buku Wahi? Tanda terakhir dalam buku ini ialah Yerusalem Baru. Yerusalem Baru ialah kesimpulan seluruh Bible, dan konsumasi semua butir dalam Bible. Oleh sebab Yerusalem Baru ialah satu tanda, maka kita sedar bahawa Yerusalem Baru tentunya bukan mahligai fizikal untuk didiami umat yang ditebus Tuhan sampai keabadian. Berkata demikian, memang terlalu rendah. Ini seperti kesimpulan bagi buku teks tadika. Sudah tentu penulisan kudus yang merupakan seluruh wahi bagi Tuhan yang agung dan bertujuan ini tidak akan mempunyai kesudahan yang sedemikian. Dari seluruh wahi dalam Bible, kita harus membuat kesimpulan secara logik bahawa Yerusalem Baru semestinya bukan satu tempat tinggal yang fizikal.

Tidak Logik

Kita tidak dapat mengatakan bahawa Yerusalem Baru ialah mahligai fizikal atau kota fizikal untuk didiami umat yang ditebus Tuhan kerana ini sama sekali tidak logik. Yerusalem Baru, iaitu kota kudus, ialah gunung emas (Wahi 21:16, 18). Gunung ini adalah dua belas ribu stadia dari tiga dimensi. Panjang, lebar, dan tinggi kota itu ialah dua belas ribu stadia (ay. 16). Dua belas ribu stadia merupakan kira-kira tiga belas ratus lima puluh batu, iaitu jarak anggaran dari New York ke Dallas. Gunung yang begitu tinggi hanya ada satu jalan raya yang turun berlingkar-lingkar dari puncak gunung sampai ke semua dua belas pintu gerbang pada empat belah kota itu. Jika ini memang kota yang sebenar untuk didiami, maka kita harus bertanya: Bagaimanakah semua umat yang ditebus Tuhan sepanjang semua abad dapat tinggal di situ? Bagaimanakah begitu banyak orang dapat tinggal di kota yang hanya mempunyai satu jalan raya utama yang berlingkar-lingkar? Bagaimanakah semua orang ini keluar masuk dalam satu kota yang hanya mempunyai satu jalan raya? Memandangkan Wahi sebuah buku yang ditulis dengan tanda-tanda, maka Yerusalem Baru tidak dapat dikecualikan: ia semestinya satu tanda.

Isteri Anak Domba

Selain itu, Yerusalem Baru sama sekali bukan mahligai fizikal kerana buku Wahi memberitahu kita bahawa kota ini adalah isteri Anak Domba (21:9). Menurut seluruh Bible, terdapat percintaan divin antara Tuhan Pencipta, iaitu Penebus, yang merupakan lelaki, dengan umat yang ditebus-Nya yang merupakan perempuan. Inilah perkara asas yang diwahikan dalam Bible. Dalam Wasiat Lama, Tuhan memberitahu umat-Nya yang ditebus, Israel, bahawa Dia suami mereka, dan mereka isteri-Nya (Yes. 54:5; Yer. 3:14; 31:32; Hos. 2:19). Apabila Tuan Yesus datang, Yohanes Pembaptis memberitahu disipal-disipalnya bahawa Kristus ialah pengantin lelaki yang datang untuk menerima pengantin perempuan, iaitu gereja (Yoh. 3:29). Seterusnya dalam Efesus 5, Paulus memberitahu kita bahawa gereja mentamsilkan isteri dan Kristus pula mentamsilkan suami (ay. 24-25). Oleh itu, Kristus ialah suami manakala gereja ialah isteri. Paulus juga mengatakan bahawa dia telah menunangkan kita sebagai perawan kepada seorang suami (2 Kor. 11:2) yang merupakan Kristus.

Dalam Bible, bermula dari Adam dan Hawa (Efesus 5 menunjukkan bahawa Adam dan Hawa ialah tamsil bagi Kristus dan gereja) sampai akhir buku Wahi, terdapat banyak tempat dalam Kitab yang mewahikan bahawa Tuhan ialah suami yang universal, manakala umat-Nya yang ditebus dan disempurnakan ialah pasangan yang universal untuk sepadan dengan Tuhan. Wahi yang sedemikian memerlukan satu konsumasi dan konsumasi itu ialah Yerusalem Baru sebagai isteri bagi Penebus, Anak Domba, yakni Kristus, perjasadan Tuhan Tritunggal.

Yerusalem Baru – Suatu Tanda (1)
Yerusalem Baru – Suatu Tanda (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)