Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Yeremia 31:33
Matius 1:23
Ratapan 3:24
Yeremia 31:33
2020-10-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Yeremia 31:33 Tetapi inilah waadah yang akan Aku dirikan dengan kaum Israel selepas hari-hari ini, isytihar Yehova: Aku akan meletakkan hukum-Ku ke dalam bahagian dalaman mereka dan menulisnya pada hati mereka; Aku akan menjadi Tuhan mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. 

Nota kaki bagi "hukum-Ku"

Pusat, isi kandungan, dan realiti waadah baru ialah hukum hayat dalaman (Rom 8:2). Dari segi esensnya, hukum ini merujuk kepada hayat divin, dan hayat divin ialah Tuhan Tritunggal, yang terjasad dalam Kristus almuhit (Kol. 2:9) dan direalisasikan sebagai Roh beri-hayat (1 Kor. 15:45), dan yang telah diproses dan terkonsumasi menjadi segala-gala bagi umat pilihan-Nya.

Menurut hayatnya, hukum waadah baru ialah Tuhan Tritunggal, dan menurut fungsinya,  ia merupakan keupayaan divin yang maha perkasa. Keupayaan divin ini dapat melakukan segala-gala dalam kita untuk melaksanakan ekonomi Tuhan. Menurut keupayaan ini, kita dapat mengenali Tuhan, berhidupkan Tuhan, dan dikonstitusikan dengan Tuhan dalam hayat dan sifat-Nya, agar kita dapat menjadi pertambahan-Nya, pembesaran-Nya, untuk menjadi kepenuhan-Nya demi ekspresi abadi-Nya (Ef. 1:22-23; 3:19-21). Tambahan pula, keupayaan hukum hayat dalaman mengkonstitusikan kita sebagai anggota Tubuh Kristus (1 Kor. 12:27; Ef. 5:30) dengan segala jenis fungsi (Roma 12:4-8; Ef. 4:11, 16).

(Holy Bible versi Pemulihan dengan nota rujukan)

Matius 1:23
Ratapan 3:24
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)