Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
Dua Roh Menjadi Satu Roh
Tuhan Tritunggal Dalam Triniti Divin-Nya Didispenkan ke dalam Manusia Tripartit
2020-09-26 | 0 Komen
A- A+ Simpan
Untuk mengalami Kristus sebagai hayat rohani kita, kita harus mengetahui Roma 8 berdasarkan subjeknya: Tuhan Tritunggal dalam Triniti divin-Nya didispenkan ke dalam manusia tripartit. Kristus mula-mula masuk ke dalam kita untuk menjadikan roh kita hayat. Haleluya! Inilah kelahiruan, dan ia berlaku dengan serta-merta. Ada yang mengatakan bahawa tiga minit terlalu singkat untuk seseorang dilahirukan. Sebenarnya, tiga minit mungkin terlalu lama. Apabila elektrik dipasang dalam sebuah bangunan, juruelektrik menyediakan pendawaian di dalaman, dan wayar-wayar ini disambung kepada wayar panjang yang bersambung dari loji jana kuasa ke bangunan itu. Sebaik saja pemasangan siap, apa yang perlu dilakukan ialah membuka suis. Halnya sama dengan pemberitaan injil. Menyediakan pendawaian bererti kita menyampaikan injil kepada rakan injil kita. Kamu mungkin berkata, “Encik, kamu dicipta oleh Tuhan sebagai satu wadah untuk berisikan-Nya. Sekarang kamu adalah kosong tanpa-Nya. Tuhan ingin masuk ke dalam kamu. Hari ini Dia ialah Roh. Dia ada di sini. Jika kamu membuka mulut kamu dan berkata, 'O Tuan Yesus,' dengan percaya di dalam hati kamu bahawa Tuhan membangkitkan-Nya daripada kalangan yang mati, Dia akan masuk ke dalam kamu.” Sebaik sahaja dia mengikut kamu untuk berkata, "O Tuan Yesus," dia akan dilahirukan dengan serta-merta. Ini menurut kebenaran injil. Dalam denominasi, melahirukan satu orang mungkin mengambil masa tiga bulan atau lebih lama. Kemudian, membaptis orang itu mungkin mengambil masa yang lebih lama. 

Sebelum keluar memberitakan injil, kita harus penuh dengan iktikad dan percaya sepenuhnya. Kita harus berdoa, melatih iktikad kita dengan kepastian yang penuh. Kemudian apabila kita keluar, kita mempunyai arus elektrik yang divin untuk menyalurkan Kristus kepada orang. Ini bukan semata-mata memberitakan injil tetapi menyalurkan Kristus ke dalam orang. Seperti juruelektrik yang membawa wayar elektrik ke dalam bangunan, kita membawa Kristus ke dalam orang yang sesat.

(Pengalaman & Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej 7)
Berhidupkan Kristus dengan Mengasihi-Nya
Dua Roh Menjadi Satu Roh
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)