Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa Tuhan Hadir Dalam Perhimpunan Kita
BUMI MENGAWAL SYURGA
PENTINGNYA MENGAMPUNKAN KESALAHAN ORANG
Tuhan Hadir Dalam Perhimpunan Kita
2023-05-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 18:19 berkata, “Jika dua orang daripada kamu berharmoni di bumi berkenaan apa sahaja perkara yang diminta oleh mereka, itu akan dikabulkan Bapa-Ku yang berada di syurga-syurga untuk mereka.” Mengapa? Ayat 20 teruskan dengan “Kerana di mana dua atau tiga orang dihimpunkan ke dalam nama-Ku, di situlah Aku di tengah-tengah mereka.” Mengapakah bumi memiliki kudrat yang begitu besar? Mengapakah doa yang berharmoni mempunyai kudrat yang begitu besar? Mengapakah dua atau tiga orang yang berdoa secara berharmoni mempunyai kudrat yang begitu besar?

Pembaca sekalian, kudrat itu begitu besar kerana bila-bila masa kita dihimpunkan ke dalam nama Tuan, Tuan berada di situ! Inilah sebabnya kita berharmoni. Ayat 18 membicarakan hubungan antara bumi dengan syurga. Ayat 19 membicarakan doa yang berharmoni di bumi, manakala ayat 20 memberitahu kita cara untuk berharmoni. Kita dihimpunkan bersama. Kita bukan memilih untuk berhimpun, tetapi kita dihimpunkan.

Berhimpun dan dihimpunkan adalah tidak sama. Dihimpunkan bererti dihimpunkan oleh Tuan. Bukan kita yang datang dengan sendiri, tetapi Tuhan yang memanggil kita dan menghimpunkan kita. Banyak orang datang berhimpun sekadar hendak memerhati dan melihat-lihat; sikap ini tidak akan membawa apa-apa kesan. Akan tetapi, sesetengah orang mengalami Tuan berbicara dalamnya, sehingga mereka berasa bahawa jika mereka tidak datang pada hari itu, mereka akan terlepas sesuatu. Mereka yang dihimpunkan Tuan dengan cara ini merupakan orang yang dihimpunkan dalam nama Tuan; mereka datang demi nama Tuan.

Apabila dikbang dan dikkak sedemikian datang ke perhimpunan, mereka dapat berkata kepada Tuhan, “Aku berada di sini untuk nama Tuan dan untuk memuliakan Anak-Mu. Aku di sini bukan untuk diri sendiri.” Semasa semua dikbang dan dikkak dihimpunkan demi nama Tuan, maka kita akan ada kesehatisejiwaan dan keharmonian. Syukur kepada Tuhan. Jika kamu datang ke perhimpunan hanya untuk diri sendiri, sudah tentu keharmonian tidak wujud. Jika kamu mengingini sesuatu bukan kerana kamu yang mengingininya tetapi Tuan yang mengingininya, dan jika kamu menolak sesuatu juga bukan kerana kamu yang menolaknya tetapi Tuan yang menolaknya, maka sudah tentu ada keharmonian.

Apabila anak-anak Tuhan dihimpunkan Tuan ke dalam nama-Nya, Tuan berkata, “Di situlah Aku di tengah-tengah mereka.” Tuanlah yang memimpin di tengah-tengah mereka. Oleh sebab Tuan yang memimpin dan mencahayai mereka, dan Dia juga yang berbicara dan memberi wahi, maka apa yang diikat di bumi juga akan diikat di syurga, dan apa yang dilepaskan di bumi juga akan dilepaskan di syurga. Hal ini kerana Tuan dan gereja sama-sama melakukan kerja pengikatan dan pelepasan.

Semasa Tuan berada di tengah-tengah gereja, gereja akan menjadi kaya lagi kuat. Pada masa ini, gereja dapat mengikat dan melepaskan. Jika Tuan tidak ada di tengah-tengah gereja, hal-hal ini tidak dapat dilakukan. Hanya gereja yang dapat menjadi begitu hebat; individu-individu tidak dapat berbuat demikian.

Semoga Tuan memberi kita pemahaman dan pembelajaran yang lebih mendalam terhadap doa. Sekadar mempunyai doa peribadi dan doa untuk memupuk kerohanian adalah tidak mencukupi. Doa untuk kerja dan ministri tidak boleh kekurangan. Semoga Tuan mendukung kita dengan kudrat, agar setiap kali kita berhimpun, kita dapat bekerja melalui doa dan melaksanakan ministri gereja melalui doa. Dengan cara ini, Tuan dapat melakukan apa yang ingin dilakukan-Nya.

Bacaan lanjut: Ministri Doa Gereja, bab 1

BUMI MENGAWAL SYURGA
PENTINGNYA MENGAMPUNKAN KESALAHAN ORANG
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)