Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Soalan Terpenting dalam Buku Ayub dan Jawapan Terpenting
Filipi 1:21
Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
Soalan Terpenting dalam Buku Ayub dan Jawapan Terpenting
2021-01-31 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Ayub berkata kepada Tuhan, "Beritahulah aku mengapa Engkau berbalah dengan aku" (Ayub 10:2b). "Engkau telah menyembunyikan hal-hal ini dalam hati-Mu; Aku tahu bahawa ini ada pada-Mu" (ay. 13). Ini menunjukkan bahawa Ayub tidak dapat mengetahui sebab Tuhan memperlakukannya, tetapi dia percaya bahawa terdapat sebab-sebab tertentu yang tersembunyi dalam hati Tuhan.

Ayub dan sahabatnya beranggapan bahawa penderitaan yang dialaminya itu merupakan penghakiman Tuhan; akan tetapi, penderitaan Ayub bukan penghakiman Tuhan tetapi perlucutan dan penghancuran oleh Tuhan agar Tuhan dapat memperoleh Ayub supaya dia dapat memperoleh Tuhan dengan lebih banyak lagi.

Walaupun Tuhan melucutkan Ayub, Dia sememangnya tidak murka akannya; Tuhan juga tidak menganggap Ayub sebagai seteru-Nya tetapi sebagai sahabat karib-Nya. Tuhan tahu bahawa selepas Ayub melalui tempoh penderitaan, dia dapat dibina semula dengan Triniti Divin agar dia dapat menjadi orang yang lain--manusia baru, ciptaan baru, untuk menggenapi ekonomi abadi Tuhan demi ekspresi Tuhan; inilah jawapan penting kepada soalan penting dalam buku Ayub.




Filipi 1:21
Apakah hayat yang ditetapkan Tuhan untuk orang Kristian?
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)