Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Siapakah Kemenangan?
Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
Bukan Lagi "Aku"
Siapakah Kemenangan?
2021-04-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

3 April 2021

Kemenangan itu Kristus

Bacaan Bible: 

1 Sam. 15:29a Tambahan pula, Yang Maha Unggul daripada Israel tidak berdusta dan tidak bertaubat...

Petikan Bacaan:  

   Dalam bahasa Ibrani, frasa “Yang Maha Unggul daripada Israel” dalam 1 Samuel 15:29 boleh bermakna “Kekuatan Israel” atau “Harapan Israel”; nota kaki Bible ASV berkata “Kemenangan Israel”.

    Apa itu kemenangan? Dalam Bible, kali pertama kemenangan disebut adalah dalam 1 Samuel 15:29, yang mengatakan bahawa Kemenangan itu tidak berdusta dan tidak bertaubat. Sesungguhnya, kemenangan itu satu persona. Benda atau perkara bukan persona. Kemenangan Israel ialah satu persona. Kemenangan bukan sesuatu benda, bukan sejenis pengalaman, dan juga bukan sesuatu perkara; kemenangan ialah satu persona. Kita semua tahu siapa persona ini; Dialah Kristus! Oleh itu, dalam mesej yang lepas, saya telah memberitahu kamu bahawa kemenangan itu bukan kita sendiri, kemenangan itu bukan pengalaman kita. Oh, kemenangan ialah satu persona! Kemenangan bukan persoalan siapa kamu, kemenangan ialah Kristus hidup untuk kamu. Oleh itu, kemenangan yang kita miliki itu tidak berdusta dan tidak bertaubat. Syukur dan puji kepada Tuhan! Kemenangan ialah satu persona yang hidup!

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 35 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Menikmati Penyelamatan Penuh Tuhan
Bukan Lagi "Aku"
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)