Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Segala-galanya Telah Selesai!
Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
Kurniaan, Bukan Ganjaran
Segala-galanya Telah Selesai!
2021-04-13 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

13 April 2021

Segala-galanya Telah Selesai!

Petikan Bacaan: 

    Dikbang dan dikkak, apakah jayeng? Jayeng bukan bererti kamu yang jayeng. Jayeng bererti Kristus yang jayeng bagi kamu. Dalam Bible hanya ada sejenis kemenangan, iaitu kemenangan yang dibicarakan dalam Galatia 2:20, “Bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku.” Orang Fukien mempunyai satu rangkai kata untuk memarahi orang, “si-bu-bien”, yang bermaksud tidak akan berubah biarpun mati. Semasa saya di Peking, saya memberitahu dikbang bahawa kita semua perlu memberitahu diri sendiri bahawa kita ini “si-bu-bien”. Syukur dan puji kepada Tuhan! Kita bukan berubah tetapi bertukar ganti!

    Pernah sekali seorang dikkak bertanya kepada saya, “Apakah maksudnya berubah? Apakah maksudnya bertukar ganti?” Saya menjelaskannya dengan satu contoh. Katakan di sini ada sebuah Bible lama. Jika kita ingin mengubahnya, kita akan menambah kulit baru, mengukuhkan tulang belakang buku dengan sedikit perekat, dan menampalkan emas pada perkataan judul. Jika ada perkataan dalamnya yang telah hilang, maka kita perlu menambahkannya. Jika ada perkataan yang telah menjadi kabur, maka kita perlu menyurihnya. Untuk melakukan kerja yang banyak ini, kita tidak tahu berapa lama masa yang kita perlukan, lagipun kita tidak pasti Bible itu dapat dibaikpulihkan. Akan tetapi, jika kita menggantikan Bible yang lama itu dengan sebuah Bible baru, hal itu boleh dilakukan dalam sesaat sahaja. Kamu hanya perlu memberi saya Bible yang rosak dan saya memberi kamu Bible yang baik. Segala-gala telah selesai. Tuhan telah memberi kamu Anak-Nya. Kamu tidak perlu berusaha untuk membuat apa-apa. Sebaik sahaja penukargantian dibuat, segala-galanya telah selesai!

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 38 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Adakah Anda Berasa, "Saya tidak dapat jayeng"?
Kurniaan, Bukan Ganjaran
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)