Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Bible Roma 8:16
Filipi 2:13
Yohanes 1:14
Roma 8:16
2020-12-02 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Roma 8:16 Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan.

Nota kaki bagi "bersama":

Bukan sahaja Roh itu bersaksi dan roh kita juga bersaksi, tetapi Roh itu bersaksi bersama dengan roh kita. Ini menunjukkan bahawa roh kita mesti mengambil inisiatif untuk bersaksi dahulu; kemudian barulah Roh itu akan bersaksi bersama dengan roh kita.

Nota kaki bagi "roh":

Ini mewahikan bahawa Roh Tuhan pada hari ini, iaitu Roh almuhit Tuhan Tritunggal, huni dalam roh insani kita yang dilahirukan dan bekerja dalam roh kita. Kedua-dua roh ini adalah satu; mereka hidup bersama, bekerja bersama, dan wujud bersama sebagai satu roh pembauran (1 Kor. 6:17). 

Nota kaki bagi "kita":

Ini merupakan persaksian Roh itu apabila kita berseru “Abba, Bapa” (ay. 15). Persaksian begini bersaksi kepada kita dan meyakinkan kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan yang mempunyai hayat-Nya; ini jugamengehadkan kita dan mengekang kita agar hidup dan bergerak-hidup menurut hayat ini, selaras dengan status kita sebagai anak-anak Tuhan. Roh itu mempersaksikan hubungan kita dengan Tuhan yang paling dasar dan asas, iaitu bahawa kita ialah anak-anak Tuhan. Roh itu tidak bersaksi bahawa kita ialah para anak-Nya atau waris-Nya.Oleh itu, persaksian Roh itu bermula dari waktu kelahiran rohani kita, iaitu kelahiruan kita.

Filipi 2:13
Yohanes 1:14
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)