Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Kristian Rehat tanpa kepuasan bukanlah rehat yang sebenar
Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
Rehat tanpa kepuasan bukanlah rehat yang sebenar
2020-07-09 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Matius 11:25-26 "Pada masa itu, Yesus menjawab dan berkata, Aku menyanjung puji Engkau, Bapa, Tuan langit dan bumi, kerana Engkau menyembunyikan hal-hal ini daripada yang arif dan pintar, tetapi mewahikannya kepada bayi. Ya, Bapa, kerana demikianlah yang diperkenan di mata-Mu."

1 Petrus 2:21 "…Kristus juga menderita bagi pihak kamu, meninggalkan suatu model bagimu agar kamu dapat mengikuti jejak-Nya."

Kegirangan kehendak Bapa ialah menyembunyikan isi kandungan ekonomi-Nya daripada yang arif dan pintar, yakni orang di dunia, dan mewahikannya kepada bayi, yakni percayawan kepunyaan Anak.

Dalam doa-Nya, Tuan menyanjung puji Bapa, mengakui Bapa sebagai Tuan langit dan bumi. Menyanjung puji bererti memuji dengan pengakuan.…Tuan memuji Bapa dengan mengakui bahawa Bapa ialah Tuan langit dan bumi. Kita harus belajar memuji dengan mengakui Bapa dalam ekonomi-Nya, kehendak-Nya, dan perbuatan-Nya. (CWWL, 1994-1997, jil. 3, “The God-man Living”, m.s. 555-556, 548)

Tuhan-manusia pertama ialah Kepala kepada Tubuh, prototaip, dan model (Mat. 11:29a). Dia datang sebagai sebiji gandum untuk menghasilkan banyak biji (Yoh. 12:24). Sebiji gandum itu ialah prototaip, dan biji yang banyak pula ialah penghasilan secara besar-besaran. Penghasilan secara besar-besaran ialah duplikasi bagi model itu. Petrus mengatakan bahawa Kristus ialah model bagi percayawan (1 Ptr. 2:21). Secara literal, perkataan Yunani bagi model ialah lakaran tulisan, tulisan di bawah, yang digunakan oleh pelajar untuk menyurih huruf, dengan itu belajar menulisnya. Kita menjadi reproduksi Kristus yang merupakan lakaran tulisan yang asal. Kristus ialah prototaip untuk menghasilkan penghasilan secara besar-besaran dan model untuk menghasilkan duplikasi yang banyak.

Kristus ialah Tuhan-manusia yang pertama, dan kita ialah Tuhan-manusia yang banyak. Kita harus belajar daripada-Nya dalam hal Dia tunduk sepenuhnya kepada Tuhan dan Dia sama sekali mengambil Tuhan sebagai kepuasan-Nya. Kristus begitu tunduk kepada Bapa dan berpuas dengan Bapa dan kehendak-Nya.

Tuan adalah lembut-halus; ini bermakna bahawa Dia tidak melawan penentang-Nya. Dia juga rendah hati; ini bermakna bahawa Dia merendahkan diri-Nya dalam kalangan manusia dalam hati-Nya.

Percayawan Tuan menyahut panggilan-Nya dalam hati mereka dan datang kepada-Nya dengan tubuh mereka (Mat. 11:28a). Datang kepada-Nya dengan tubuh mereka bermakna bahawa seluruh diri kita perlu datang kepada-Nya. Inilah sebabnya dalam Roma 12:1 Paulus mengarahkan kita agar mempersembahkan tubuh kita sebagai satu korban hidup kepada Tuan. Kita harus mempersembahkan tubuh kita secara praktikal dengan berada dalam perhimpunan gereja. Sejak tahun 1925 saya diselamatkan oleh Tuan, saya sentiasa datang kepada-Nya dengan seluruh diri saya.

Percayawan menyalin Tuan dalam roh mereka dengan memikul kuk-Nya—kehendak Tuhan—dan berjerih untuk ekonomi Tuhan menurut model-Nya (Mat. 11:29a, 1 Ptr. 2:21). Tuan menyuruh kita supaya belajar daripada-Nya. Belajar daripada-Nya bererti menyalin-Nya, bukan meniru-Nya secara luaran. Dengan cara ini, kita menjadi duplikasi-Nya dan penghasilan-Nya secara besar-besaran. Tuntutan pertama untuk belajar daripada-Nya ialah memikul kuk-Nya, iaitu kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan harus menjadi kuk yang dipasangkan pada kita, dan kita harus meletakkan leher kita di bawah kuk ini. Tujuh puluh tahun yang lalu, sebagai seorang pemuda, saya memikul kuk Yesus. Kuk ini telah memelihara saya sepanjang tujuh puluh tahun ini.

Kita juga harus menjadi orang yang berjerih untuk ekonomi Tuhan. Semua orang di dunia sedang berjerih dan berbeban berat dalam banyak hal. Mereka amat sibuk. Tuan sedang memanggil mereka yang berjerih, yang berbeban berat, dan yang tidak mempunyai rehat atau kepuasan, datang kepada-Nya agar Dia dapat memberi mereka rehat yang sebenar dengan kepuasan. Rehat tanpa kepuasan bukanlah rehat yang sebenar. Kita memikul kuk-Nya dan berjerih untuk ekonomi Tuhan menurut model-Nya, mengikut jejak-Nya.

Perkara yang paling sukar ialah beroleh rehat dalam sukma kita. Orang tidak dapat tidur kerana sukma mereka terganggu. Rehat yang kita peroleh dengan memikul kuk Tuan dan belajar daripada-Nya adalah untuk sukma kita. Dalam sukma, kita menikmati rehat-Nya dalam kepuasan (Mat. 11:28b, 29b, 30). (CWWL, 1994-1997, jil. 3, “The God-man Living”, m.s. 556-557)

Datanglah kepada-Ku, semua yang berjerih dan berbeban berat; Aku akan memberi kamu rehat
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)