Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian Rahmat Tuhan
Menebus Masa (Bahagian 2/2)
Kepatuhan Mutlak (Bahagian 1/2)
Rahmat Tuhan
2020-05-20 | 57 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (22)

Nota Editor:

Roma 9:16 berkata, “...Ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat.”

“Kamu perlu mempunyai satu kali pengalaman yang kamu melihat apa itu rahmat Tuhan. Berkenaan hal ini, kamu perlu melihatnya sekurang-kurangnya sekali. Sudah tentu lebih baik jika kita melihatnya banyak kali, tetapi secara asasnya kita perlu ada sekali yang kita melihat secara khusus bahawa segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Tidak kira kamu melihatnya sekali gus, atau kamu melihatnya melalui suatu proses, sebaik sahaja kamu menyentuh perkara ini, kamu menyentuh suatu hakikat—bukan suatu perasaan tetapi hakikat. Hakikat ini ialah: Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan.”

“Rahmat Tuhan merupakan suatu hakikat, dan hakikat tidak bergantung pada perasaan. Kita mengambil hal dilahirukan dan diselamatkan sebagai contoh. Kita selalunya berkata kepada pendosa bahawa mereka mesti mempunyai satu kali pengalaman yang pasti bahawa mereka telah bertaubat dan mempercayai Tuan. Kita juga berkata kepada percayawan bahawa mereka mesti ada satu kali pengalaman yang pasti bahawa mereka telah mempersembahkan diri kepada Tuan. Dalam pengenalan seseorang terhadap rahmat Tuhan, prinsipnya adalah sama. Seseorang mesti ada sekali pengalaman bahawa dia telah menyentuh rahmat Tuhan secara pasti.”

“Sebelum saya diselamatkan, saya merancang untuk pergi ke Amerika. Sekiranya saya pergi dua bulan lebih awal, saya tidak akan bertemu dengan Cik Dora Yu, dan berkemungkinan saya tidak akan diselamatkan. Biarpun saya mempunyai peluang selepas itu, saya tidak semestinya akan percaya. Rahmat Tuhanlah yang menyebabkan saya bertemu dengan Cik Dora Yu tepat-tepat pada masa itu, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.”

“Hanya Tuhan yang dapat melakukan hal dengan betul-betul wajar. Semasa kita bercakap, kita mudah terlanjur kata atau tidak cukup berkata. Tidak ada seorang yang dapat membicarakan satu mesej yang sesuai dengan keperluan setiap orang. Biarpun dutus Paulus dan Petrus juga menghadapi masalah ini. Kata-kata yang keluar daripada mulut sukar diucapkan dengan betul-betul wajar. Inilah sebabnya orang mudah salah faham.”

RAHMAT TUHAN

Tarikh: 5 September 1947
Tempat: Foochow, Fukien

**Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 9:15-16 “Kerana kepada Musa Dia berkata, ‘Aku akan merahmati sesiapa sahaja yang akan Aku rahmati, dan Aku akan menunjukkan belas kasihan kepada sesiapa sahaja yang akan Aku tunjukkan belas kasihan.’ Dengan demikian, ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat.”

Roma 9:18 “Dengan demikian, Dia merahmati sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia menegarkan hati sesiapa yang dikehendaki-Nya. ”

Melihat Bahawa Segala-galanya Bergantung pada Rahmat Tuhan

Semasa kita membaca Roma 9, kita harus memberi perhatian kepada prinsip dan juga aplikasi yang terkandung dalamnya. Bab ini mewahikan prinsip bahawa segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Dutus mengaplikasikan prinsip ini pada orang Israel. Dia menunjukkan kepada kita bahawa segala hal yang berlaku pada orang Israel adalah daripada rahmat Tuhan. Hari ini kita bukan sahaja perlu memberi perhatian kepada aplikasi secara praktikal, tetapi kita juga perlu memberi perhatian kepada prinsip di sebaliknya.

Roma 9:16 mengatakan bahawa “ini tidak bergantung pada dia yang berkehendak, dan tidak bergantung pada dia yang berlari, tetapi bergantung pada Tuhan yang menunjukkan rahmat”. Hati yang bersungguh-sungguh dan mengejar adalah tidak berguna. Hati yang tidak bersungguh-sungguh dan tidak mengejar juga tidak berguna. Menunggu terlalu lama atau tidak menunggu, berlari terlalu pantas atau terlalu lambat—semua ini tidak berguna. Berada di sini atau di sana, mendengar banyak atau mendengar sedikit—semuanya tidak berguna. Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Hanya Roh Kudus yang dapat memimpin orang ke tahap yang wajar. Kamu perlu mempunyai satu kali pengalaman yang kamu melihat apa itu rahmat Tuhan. Berkenaan hal ini, kamu perlu melihatnya sekurang-kurangnya sekali. Sudah tentu lebih baik jika kita melihatnya banyak kali, tetapi secara asasnya kita perlu ada sekali yang kita melihat secara khusus bahawa segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Tidak kira kamu melihatnya sekali gus, atau kamu melihatnya melalui suatu proses, sebaik sahaja kamu menyentuh perkara ini, kamu menyentuh suatu hakikat—bukan suatu perasaan tetapi hakikat. Hakikat ini ialah: Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan.

Rahmat Tuhan merupakan suatu hakikat, dan hakikat tidak bergantung pada perasaan. Kita mengambil hal dilahirukan dan diselamatkan sebagai contoh. Kita selalunya berkata kepada pendosa bahawa mereka mesti mempunyai satu kali pengalaman yang pasti bahawa mereka telah bertaubat dan mempercayai Tuan. Kita juga berkata kepada percayawan bahawa mereka mesti ada satu kali pengalaman yang pasti bahawa mereka telah mempersembahkan diri kepada Tuan. Dalam pengenalan seseorang terhadap rahmat Tuhan, prinsipnya adalah sama. Seseorang mesti ada sekali pengalaman bahawa dia telah menyentuh rahmat Tuhan secara pasti.

Minda, Emosi, dan Tekad Perlu Ditanggulangi—
Dilaraskan di bawah Disiplin Roh

Terdapat tiga jenis orang yang harus ditanggulangi Tuhan, iaitu orang yang kuat dalam tekad, orang yang kuat dalam emosi, dan orang yang kuat dalam minda. Banyak orang dikuasai oleh tiga keadaan ini. Ketiga-tiga perkara ini harus dihancurkan oleh Tuhan. Tuhan ingin menanggulangi ciri yang kuat pada orang lebih daripada ciri yang lemah. Kadangkala, ciri-ciri kuat menghalang kemajuan hayat rohani lebih daripada ciri-ciri lemah. Seseorang yang tidak ditanggulangi dalam tiga aspek ini tidak dapat mengenali rahmat Tuhan. 

Selepas seseorang ditanggulangi Tuhan, dia akan dilaraskan dalam hayat rohaninya. Dalam banyak hal, terlebih atau terkurang sedikit menjadi tidak wajar. Sesetengah orang menunggu terlalu lama; sesetengah orang pula tidak menunggu. Semua ini memerlukan pelarasan. Sesetengah orang tidak cukup kuat dalam manusia dalaman mereka; manusia luaran mereka terlalu kuat. Hal ini umpama seorang manusia yang mempunyai saiz kepala yang tidak sepadan dengan tubuh; kepalanya mungkin satu perempat atau satu perenam belas daripada tubuh badan, sedangkan perkadaran yang betul ialah satu pertujuh daripada seluruh badan. Sesetengah orang terlalu kuat dalam minda. Sesetengah orang pula terlalu kuat dalam emosi atau tekad, tetapi manusia dalaman mereka tidak cukup kuat. Semua keadaan ini perlu dilaraskan.

Pada suatu kali, saya membawa seorang pemimpin dari China Inland Mission untuk pergi mendengar khutbah Dikbang T. Austin-Sparks. Selepas habis khutbah, biasanya orang akan bertanya tentang mesej yang telah disampaikan. Namun dalam perjalanan pulang saya bersama-sama dikbang ini, saya tidak bertanya apa-apa kepadanya, sebaliknya dia mula bercakap. Dia mengatakan bahawa tekad Encik Austin-Sparks terlalu kuat. Saya memberitahu dia bahawa tekad saya juga agak kuat. Pemimpin ini yang bernama Encik Baker bertanya, “Kalau begitu, bagaimanakah kamu dapat bersatu dengannya?” Memang betul bahawa semakin kuatnya tekad seseorang secara luaran, semakin sukar untuk dia bersatu dengan orang lain. Akan tetapi, dikbang ini tidak tahu bahawa kesatuan kita berasal daripada manusia dalaman, bukan tekad luaran. Hari ini sekiranya kita mengingini manusia dalaman kita berpadanan dengan manusia luaran, maka manusia dalaman kita haruslah bertumbuh. Manusia dalaman yang bertumbuh ini dapat mengawal manusia luaran.

Sesetengah orang terlalu kuat dalam minda. Minda mereka perlu dikawal oleh manusia dalaman. Saya telah membaca Wasiat Baru beberapa ratus kali. Sungguhpun saya mungkin bukan orang yang membaca paling banyak kali, tetapi sekurang-kurangnya saya membaca lebih banyak daripada kebanyakan orang. Saya boleh mencari hampir seratus ayat Bible yang saling bercanggahan, namun saya tidak berbuat demikian kerana minda saya berada di bawah kawalan Roh Kudus.

Sekiranya kita mengingini hayat rohani kita dilaraskan secara wajar, maka keadaan diri kita haruslah disetalakan menjadi betul-betul sesuai, tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Hal ini umpama bermain mesin pinball. Di sebelah kiri dan kanan sasaran ada pin. Bola itu mesti dilancarkan pada sudut yang betul untuk mendapat mata. Dalam pengejaran rohani terdapat banyak godaan. Minda, emosi, dan tekad kita akan menjadi halangan. Keadaan yang terlebih atau terkurang akan membuat kita terjebak dalam bahaya.

Segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Sebelum saya diselamatkan, saya merancang untuk pergi ke Amerika. Sekiranya saya pergi dua bulan lebih awal, saya tidak akan bertemu dengan Cik Dora Yu, dan berkemungkinan saya tidak akan diselamatkan. Biarpun saya mempunyai peluang selepas itu, saya tidak semestinya akan percaya. Rahmat Tuhanlah yang menyebabkan saya bertemu dengan Cik Dora Yu tepat-tepat pada masa itu, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

Hanya Tuhan yang dapat melakukan hal dengan betul-betul wajar. Semasa kita bercakap, kita mudah terlanjur kata atau tidak cukup berkata. Tidak ada seorang yang dapat membicarakan satu mesej yang sesuai dengan keperluan setiap orang. Biarpun dutus Paulus atau Petrus, mereka juga menghadapi masalah ini. Kata-kata yang keluar daripada mulut sukar diucapkan dengan betul-betul wajar. Inilah sebabnya orang mudah salah faham.

Hanya rahmat Tuhan yang benar-benar boleh membuat orang merendah diri. Kadang-kadang sedikit salib kecil dan sedikit penanggulangan kecil akan menjadikan orang sombong dan bukan rendah diri. Hanya salib besar dan penanggulangan besar yang dapat membuat orang merendah diri.

Sesetengah orang terlalu rohani; mereka menyangka bahawa Tuan hanya huni dalam roh kita. Akan tetapi, Efesus 3 mengatakan bahawa Kristus huni dalam hati kita menerusi iktikad (ay. 17). Dia bukan hanya huni dalam roh kita, malah huni dalam hati kita. Hal ini boleh kita rasai. Yohanes 15 mengatakan bahawa Kristus tinggal dalam percayawan (ay. 4-5) tetapi tidak mengatakan bahawa Kristus tinggal dalam hati mereka. Hanya Efesus 3 yang mengatakan bahawa Kristus huni dalam hati kita. Sesetengah orang terlalu rohani dan menganggap hati itu tidak terbilang apa-apa. Namun demikian, Mazmur sering kali menyebut hati kita. Kita harus dilaraskan dalam hal-hal rohani. Kita tidak harus sekadar memberi perhatian kepada roh, tetapi juga kepada hati kita.

Cara Gereja—
Memandang kepada Rahmat Tuhan

Cara gereja sepanjang dua ribu tahun ini cuma memandang kepada rahmat Tuhan. Hanya rahmat Tuhan yang dapat melaraskan kita. Saya sentiasa memberitahu pemuda-pemudi bahawa selepas lima tahun, barulah mereka akan mengetahui segala-galanya bergantung pada rahmat Tuhan. Orang di dunia membuat perhitungan bilangan rambut manusia dan mendapati setiap orang secara puratanya mempunyai seratus empat puluh ribu helai rambut. Bible mengatakan bahawa Tuhan menghitung rambut setiap orang. Dia mengenali kita lebih jelas daripada kita mengenali diri sendiri. Jika Tuhan menghendaki kita diselamatkan, kita akan diselamatkan. Jika Tuhan tidak menaruh rahmat, siapa-siapa pun tidak dapat diselamatkan. Pada suatu kali semasa Moody memberitakan injil, seorang wanita hampir-hampir diselamatkan, namun pada saat itu sekaki payung terjatuh dan menimbulkan gangguan, akhirnya wanita itu tidak diselamatkan. Sama ada seseorang diselamatkan atau tidak bukan tanggungjawab penginjil. Penginjil hanya bertanggungjawab membentangkan jalannya. Hanya rahmat Tuhan yang dapat meletakkan orang di jalan ini. Meletakkan orang di jalan ini merupakan kerja Tuhan, dan yang membimbing orang untuk berjalan di jalan ini jugalah Tuhan sendiri.

Menebus Masa (Bahagian 2/2)
Kepatuhan Mutlak (Bahagian 1/2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook