Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Prinsip hari Sabat - bekerja bersama dengan Tuan menuntut kita belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya
Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
Air Mata
Prinsip hari Sabat - bekerja bersama dengan Tuan menuntut kita belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya
2020-07-10 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Keluaran 31:17 "…Dalam enam hari Yehova menjadikan langit dan bumi, dan pada hari ketujuh Dia berehat dan disegarkan semula."

Kisah Para Dutus 2:4 "Mereka semua dipenuhi Roh Kudus…"

Kisah Para Dutus 2:13 "…Mereka dipenuhi wain baru!"

1 Korintus 12:13 "…Dalam satu Roh juga, kita semua telah dibaptis ke dalam satu Tubuh…dan semuanya telah diberi untuk minum satu Roh."

Dalam [Keluaran] 31:12-17, selepas catatan yang panjang berkenaan pembinaan tempat huni Tuhan, terdapat ulangan perintah tentang mematuhi hari Sabat.…Hakikat bahawa selitan berkenaan hari Sabat menyusuli perintah untuk kerja pembinaan tabernakal menunjukkan bahawa Tuan sedang memberitahu pembina-pembina itu, pekerja-pekerja itu, agar belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya. Mereka tidak harus bekerja dan lupa tentang rehat bersama dengan Tuan. Oleh yang demikian, semasa Tuan memerintah mereka untuk melakukan kerja membina tempat huni-Nya, Dia mengingatkan mereka bahawa ketika mereka bekerja untuk-Nya, mereka harus belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya. Jika kita hanya tahu bagaimana bekerja untuk Tuan tetapi tidak tahu bagaimana berehat bersama dengan-Nya, kita telah melanggar prinsip divin.…Prinsip hari Sabat ialah bekerja bersama dengan Tuan menuntut kita belajar bagaimana berehat bersama dengan-Nya. (Life-study of Exodus, m.s. 1821-1822)

Bible menekankan hakikat bahawa Tuhan berehat pada hari ketujuh. Kejadian 2:2 berkata, “Pada hari ketujuh, Tuhan telah menyelesaikan kerja yang dilakukan-Nya, lalu Dia berehat pada hari ketujuh daripada segala kerja yang dilakukan-Nya.” Menurut buku Kejadian, hari Sabat ialah hari ketujuh bagi Tuhan, tetapi hari pertama bagi manusia. Dalam enam hari, Tuhan mencipta langit, bumi, dan segala-gala yang diperlukan untuk kewujudan manusia bagi penggenapan tujuan Tuhan. Setelah semua benda dicipta, manusia dicipta pada hari keenam. Ini bermaksud bahawa sejurus selepas manusia terhasil daripada tangan Tuhan yang mencipta, hari pertamanya, yang merupakan hari ketujuh Tuhan, akan bermula. Oleh itu, hari ketujuh bagi Tuhan ialah hari pertama bagi manusia. Makna ini ialah hari Sabat merupakan rehat selepas kerja bagi Tuhan, tetapi hari Sabat ialah rehat terlebih dahulu dan kemudian bekerja bagi manusia. Tuhan pertamanya bekerja untuk enam hari dan kemudian Dia berehat pada hari ketujuh. Akan tetapi, manusia berehat pada hari pertama kemudian mula bekerja.

Tuhan tidak akan menuntut kita bekerja melainkan kita telah beroleh kenikmatan; inilah prinsip divin. Pertama, Tuhan membekali kita dengan kenikmatan. Kemudian, selepas beroleh kenikmatan penuh bersama dengan-Nya dan terhadap-Nya, barulah kita dapat bekerja bersama dengan-Nya. Jika kita tidak tahu bagaimana mempunyai kenikmatan bersama dengan Tuhan dan bagaimana menikmati Tuhan sendiri, kita tidak akan tahu bagaimana bekerja bersama dengan-Nya. Kita tidak akan tahu bagaimana bersatu dengan Tuhan dalam kerja divin-Nya. Kita sememangnya menekankan hal bekerja bersama dengan Tuhan dan bukannya bekerja untuk Tuhan dengan kekuatan kita sendiri. Betul, kita harus bekerja bersama dengan Tuhan malah melalui Tuhan. Akan tetapi, menurut apa yang diwahikan Bible, memang tidak memadai sekadar bekerja bersama dengan Tuhan. Kita harus bersatu dengan Tuhan dalam kerja-Nya. Ini menuntut kita menikmati-Nya. Jika kita tidak tahu bagaimana menikmati Tuhan dan dipenuhi Tuhan, kita tidak akan tahu bagaimana bekerja bersama dengan-Nya, bagaimana bersatu dengan-Nya dalam kerja-Nya.

Satu ilustrasi yang baik berkenaan prinsip ini ditemui dalam Wasiat Baru. Ministri Wasiat Baru bagi para dutus bermula dengan kenikmatan mereka pada hari Pentakosta. Para disipal bukan bekerja selama enam hari dan kemudian menikmati Tuan pada hari Pentakosta. Situasi yang sebenar ialah Tuan memberitahu mereka supaya menunggu sehingga Roh itu turun ke atas mereka untuk memenuhi mereka. Apakah yang memenuhi disipal semasa mereka dipenuhi Roh itu? Tanpa diragui, mereka dipenuhi kenikmatan terhadap Tuan. Oleh sebab mereka dipenuhi Roh itu, orang lain menyangka bahawa mereka mabuk dengan wain. Sebenarnya, mereka dipenuhi kenikmatan terhadap wain syurgawi. Hanya selepas mereka dipenuhi kenikmatan ini barulah mereka mula bekerja bersama dengan Tuhan. Inilah cara bekerja bersama dengan Tuhan, cara bekerja dalam kesatuan bersama dengan-Nya. Semasa Petrus berdiri bersama dengan para dutus untuk memberitakan injil dan dengan itu melakukan kerja untuk Tuhan, mereka semua bersatu dengan Tuhan dalam kerja-Nya. (Life-study of Exodus, m.s. 1822, 1824-1825)

Hati ialah pintu masuk dan pintu keluar bagi hayat
Air Mata
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)