Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERSEKUTUAN HAYAT
PERASAAN HAYAT (Bahagian 3/3)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 1/4)
PERSEKUTUAN HAYAT
2020-08-24 | 111 Baca | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (118)

Nota Editor:

“Dalam saya ada suatu beban yang sangat berat, suatu perasaan yang amat mendalam, iaitu apa yang paling diperlukan oleh setiap gereja pada hari ini ialah perkara hayat. Semua kerja dan aktiviti kita haruslah berasal daripada hayat. Ini bukan bermaksud bahawa kita tidak harus melibatkan diri dalam kerja dan aktiviti yang banyak. Kerja dan aktiviti kita pada hari kelak mungkin lebih banyak dan intensif berbanding dengan kerja dan aktiviti kita pada hari ini. Akan tetapi, sekiranya kerja dan pelayanan kita bukan berasal daripada hayat, maka kerja dan pelayanan kita tidak akan berkekalan dan juga tidak berisi. Kalau kita mahu kerja kita menghasilkan buah yang melimpah dan berkekalan, maka kita perlu mempunyai asas dalam hayat. Kita sendiri harus menyentuh Tuan dalam hayat dan juga membimbing orang lain menyentuh Tuan dalam hayat. Dengan demikian, barulah kita dapat mencapai standard kerja yang ingin dilakukan Tuhan pada zaman ini.”

“Makna persekutuan hayat ialah perhubungan hayat atau pengaliran hayat. Pengaliran hayat ini bukanlah suatu benda yang diasingkan daripada hayat, tetapi merupakan persekutuan bagi pengaliran hayat itu sendiri. Persekutuan bagi pengaliran hayat ini menuntut kita terus-menerus bergerak menurutnya dan hidup dengan patuh kepadanya. Bila-bila sahaja kita tidak menurutnya, tidak patuh kepadanya, pengaliran hayat ini akan berhenti mengalir. Lantaran itu, terputuslah persekutuan antara kita dengan Tuhan, dan lenyap jugalah persekutuan antara kita dengan pekudus.”

“Perasaan hayat menentusahkan sama ada kita hidup dalam Tuhan atau tidak. Persekutuan hayat pula membekali kita dengan perkara-perkara hayat secara berterusan. Bila-bila masa bekalan hayat kamu tersekat, ini bermaksud persekutuan hayat kamu sudah terputus. Sekiranya kita hidup terus-menerus dalam persekutuan hayat, bekalan hayat kita akan datang tidak henti-henti.”

PERSEKUTUAN HAYAT

(Pengetahuan Hayat, Bab 6)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

1 Yoh. 1:2-3 “(Dan hayat ini telah dimanifestasikan, kami telah melihat, sekarang bersaksi dan melaporkan kepadamu hayat abadi yang pada mulanya bersama-sama dengan Bapa dan dimanifestasikan kepada kami); apa yang telah kami lihat dan dengar itu kami laporkan juga kepadamu agar kamu juga mempunyai persekutuan dengan kami, dan sememangnya persekutuan kami adalah dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus.”

Dalam buku ini, kita memberi perhatian kepada perkara hayat agar kita dapat mencapai dua perkara. Pertama, membantu setiap orang dikbang dan dikkak mengetahui sama ada dia mempunyai pengalaman hayat yang kita sebut di sini atau tidak. Kedua, membimbing dikbang dan dikkak memahami jalan hayat secara menyeluruh supaya pada masa akan datang, semua orang dapat pergi ke tempat-tempat lain dan membicarakannya dalam roh. Buku ini bukanlah ajaran yang umum tetapi penyelidikan yang khusus demi memaparkan soal hayat untuk melihat sama ada kamu mempunyainya atau tidak. Jika kamu mempunyainya, dapatkah kamu membicarakannya? Dapatkah pembicaraan kamu itu menyentuh perasaan orang? Dapatkah kamu membicarakannya bukan sebagai doktrin semata-mata tetapi juga sebagai pengalaman? Atas sebab ini, kita bukan sahaja ingin menyemak sama ada kita mempunyai butir-butir yang dimaksudkan oleh setiap istilah hayat, tetapi juga ingin mendapat tahu tentang definisi dan kegunaan bagi setiap istilah hayat.

Dalam saya ada suatu beban yang sangat berat, suatu perasaan yang amat mendalam, iaitu apa yang paling diperlukan oleh setiap gereja pada hari ini ialah perkara hayat. Semua kerja dan aktiviti kita haruslah berasal daripada hayat. Ini bukan bermaksud bahawa kita tidak harus melibatkan diri dalam kerja dan aktiviti yang banyak. Kerja dan aktiviti kita pada hari kelak mungkin lebih banyak dan intensif berbanding dengan kerja dan aktiviti kita pada hari ini. Akan tetapi, sekiranya kerja dan pelayanan kita bukan berasal daripada hayat, maka kerja dan pelayanan kita tidak akan berkekalan dan juga tidak berisi. Kalau kita mahu kerja kita menghasilkan buah yang melimpah dan berkekalan, maka kita perlu mempunyai asas dalam hayat. Kita sendiri harus menyentuh Tuan dalam hayat dan juga membimbing orang lain menyentuh Tuan dalam hayat. Dengan demikian, barulah kita dapat mencapai standard kerja yang ingin dilakukan Tuhan pada zaman ini.

Semua hasil kerja kita haruslah diukur dengan hayat. Hanya apa yang berasal daripada hayat diambil kira di hadapan Tuhan. Dalam Matius 7, Tuan mengatakan bahawa sesetengah orang memberitakan injil dan sesetengah orang pula mengusir demon, tetapi mereka tidak diujiluluskan oleh Tuhan (ay. 22-23). Selain itu, dutus dalam Filipi 1 juga mengatakan bahawa sesetengah orang memberitakan injil disebabkan iri hati (ay. 15). Tidak diragui bahawa kerja-kerja ini bukan berasal daripada hayat tetapi berasal daripada perbuatan manusia. Kita tidak boleh dan tidak harus melakukan kerja yang sedemikian. Kita harus belajar hidup dalam hayat Tuan dan membenarkan hayat-Nya membimbing kita untuk melakukan kerja-Nya. Kita tidak harus berharap untuk melakukan apa-apa kerja yang agung atau mempunyai apa-apa pencapaian dalam kerja. Kita harus mempunyai satu keinginan sahaja, iaitu lebih banyak mengenali dan mengalami hayat Tuan, serta dapat berkongsi apa yang telah kita kenali dan alami itu dengan orang lain supaya mereka juga dapat memperolehnya. Apabila kita bekerja, kita tidak seharusnya membangunkan suatu kerja, dan kita juga tidak seharusnya menubuhkan satu organisasi. Kerja kita seharusnya membebaskan hayat Tuan, menyalurkan dan membekalkan hayat Tuan kepada orang. Semoga Tuan merahmati kita dan membuka mata kita untuk melihat bahawa kerja Tuhan yang paling utama pada zaman ini ialah manusia memperoleh hayat-Nya serta bertumbuh dan matang dalam hayat-Nya. Hanya kerja yang berasal daripada hayat-Nya itu yang dapat mencapai standard abadi-Nya dan diperkenan-Nya.

Dalam bab yang sebelumnya, kita telah melihat perasaan hayat. Apa yang berkait rapat dengan perasaan hayat ialah persekutuan hayat. Oleh itu, sekarang mari kita terus melihat persekutuan hayat.

I. SUMBER PERSEKUTUAN HAYAT

Dari manakah datangnya persekutuan hayat? Apakah sebab kewujudannya? Daripada apakah persekutuan hayat berasal? Satu Yohanes 1:2-3 berkata, “Kami (para dutus) telah...melaporkan kepadamu (percayawan) hayat abadi...agar kamu juga mempunyai persekutuan dengan kami, dan sememangnya persekutuan kami adalah dengan Bapa dan dengan Anak-Nya Yesus Kristus.” Ayat-ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa para dutus melaporkan “hayat abadi” kepada kita supaya kita mempunyai “persekutuan”. Hayat abadi itu hayat Tuhan, dan hayat Tuhan yang masuk ke dalam kita itu membolehkan kita mempunyai persekutuan. Oleh sebab persekutuan ini berasal daripada hayat Tuhan, maka persekutuan ini ialah persekutuan hayat. Oleh itu, persekutuan hayat datang daripada hayat Tuhan, wujud kerana hayat Tuhan, berasal daripada hayat Tuhan, dan dibawa kepada kita oleh hayat Tuhan. Sebaik sahaja kita beroleh hayat Tuhan dalam kita, hayat Tuhan ini membolehkan kita mempunyai persekutuan hayat. Dengan demikian, hayat Tuhan ialah sumber persekutuan hayat.

II. SARANA BAGI PERSEKUTUAN HAYAT

Hayat Tuhan berasaskan Roh Kudus Tuhan, dan menerusi Roh Kudus Tuhan, hayat Tuhan masuk ke dalam kita dan hidup dalam kita. Oleh itu, walaupun persekutuan yang dibawa kepada kita oleh hayat Tuhan ini berasal daripada hayat Tuhan, namun persekutuan ini datang menerusi Roh Kudus Tuhan. Dengan itu, Bible juga memanggil persekutuan ini “persekutuan Roh Kudus”. 

Roh Kuduslah yang menyebabkan kita mengalami hayat Tuhan, maka Roh Kudus jugalah yang membolehkan kita mempunyai persekutuan dalam hayat Tuhan. Semua persekutuan hayat kita terdapat dalam Roh Kudus dan wujud menerusi Roh Kudus. Inilah sebabnya Filipi 2:1 berkata, “…ada apa-apa persekutuan Roh”.

Roh Kudus Tuhan bergerak, menuntut, dan menggesa dalam kita agar kita mempunyai persekutuan yang berasal daripada hayat Tuhan itu. Oleh yang demikian, jika kita ingin mempunyai persekutuan hayat, maka kita bukan sahaja perlu memiliki hayat Tuhan, tetapi juga perlu hidup dalam Roh Kudus Tuhan. Hayat Tuhan ialah sumber persekutuan hayat, dan Roh Kudus Tuhan ialah sarana persekutuan hayat. Sungguhpun hayat Tuhan yang membolehkan kita mempunyai persekutuan hayat, namun Roh Kudus Tuhanlah yang membolehkan kita menikmati persekutuan hayat ini secara praktikal. Hanya apabila kita hidup dalam Roh Kudus dan bergerak-hidup dengan mengendahkan Roh Kudus, barulah kita dapat menikmati persekutuan hayat Tuhan secara praktikal.

III. MAKNA PERSEKUTUAN HAYAT

Sebelum kita mentakrifkan persekutuan hayat, kita harus jelas tentang satu perkara, iaitu adakah hayat Tuhan yang masuk ke dalam kita ini sebahagian hayat atau keseluruhan hayat? Pada asalnya hayat Tuhan ada dalam Tuhan, kemudian hayat ini masuk ke dalam kita yang kepunyaan Tuhan. Adakah hayat Tuhan yang masuk ke dalam kita ini hayat yang separa atau hayat yang seluruh? Keputusan pertimbangan kita ialah hayat ini bukan separa ataupun seluruh, sebaliknya hayat ini mengalir. 

Sebagai contoh, adakah tenaga elektrik dalam mentol lampu itu sebahagian elektrik atau keseluruhan elektrik dari loji jana kuasa elektrik? Boleh dikatakan bahawa kedua-duanya bukan. Hal ini kerana tenaga elektrik ini terdapat di loji jana kuasa elektrik dan juga terdapat dalam mentol lampu. Tenaga elektrik ini merupakan satu arus elektrik yang mengalir secara berterusan. Sebaik sahaja arus elektrik itu berhenti, mentol lampu tidak akan menyala. 

Ambil contoh yang lain: Adakah darah dalam tangan saya ini darah setempat atau darah seluruh tubuh? Jika darah ini darah setempat, maka darah ini tidak ada persekutuan; jika darah ini darah seluruh tubuh, maka darah ini juga tidak ada persekutuan. Darah ini darah yang beredar, darah yang mengalir. Inilah darah bagi seluruh tubuh yang beredar secara berterusan dan mengalir secara tidak henti-henti. Darah ini darah seluruh tubuh dan juga darah setempat; darah ini darah setempat dan juga darah seluruh tubuh. 

Begitu juga dengan hayat Tuhan dalam kita. Hayat ini mengalir keluar daripada Tuhan dan mengalir ke dalam ribuan pekudus, termasuk kita. Hayat yang mengalir ini berasal daripada Tuhan; hayat ini mengalir melalui Tuhan dan mengalir melalui ribuan pekudus, termasuk kita. Dengan demikian, hayat ini membolehkan kita bersekutu dengan Tuhan dan dengan beribu-ribu pekudus. 

Ini sama seperti mentol lampu yang menyala. Tenaga elektrik yang ada dalam mentol itu mengalir secara berterusan supaya mentol mempunyai perhubungan dengan loji jana kuasa elektrik dan juga dengan ribuan mentol yang menyala. Perhubungan ini berasaskan pengaliran arus elektrik di dalamnya. Begitu juga, persekutuan hayat dalam kita juga berasaskan pengaliran hayat dalam kita. Hayat Tuhan dalam kita ini membawa suatu pengaliran hayat, dan dengan itu membawa suatu persekutuan hayat. Persekutuan hayat ini membolehkan kita berhubung dengan Tuhan dan juga berhubung dengan beribu-ribu pekudus. Oleh itu, makna persekutuan hayat ialah perhubungan hayat atau pengaliran hayat. Pengaliran hayat ini bukanlah suatu benda yang diasingkan daripada hayat, tetapi merupakan persekutuan bagi pengaliran hayat itu sendiri. Persekutuan bagi pengaliran hayat ini menuntut kita terus-menerus bergerak menurutnya dan hidup dengan patuh kepadanya. Bila-bila sahaja kita tidak menurutnya, tidak patuh kepadanya, pengaliran hayat ini akan berhenti mengalir. Lantaran itu, terputuslah persekutuan antara kita dengan Tuhan, dan lenyap jugalah persekutuan antara kita dengan pekudus.

IV. FUNGSI PERSEKUTUAN HAYAT

Apakah fungsi atau kegunaan persekutuan hayat? Fungsi atau kegunaannya ialah membekali kita segala-gala yang ada dalam hayat Tuhan atau segala-gala yang ada dalam Tuhan. Segala kepenuhan dalam Tuhan dibekalkan kepada kita melalui persekutuan hayat. Semakin kita membenarkan pengaliran hayat mengalir dalam kita, semakin banyaklah kepenuhan Tuhan dibekalkan ke dalam kita. Bekalan bagi persekutuan hayat yang sedemikian sama seperti peredaran darah yang menjadi bekalan tubuh dan juga seperti pengaliran elektrik yang menjadi bekalan mentol lampu. 

Perasaan hayat menentusahkan sama ada kita hidup dalam Tuhan atau tidak. Persekutuan hayat pula membekali kita dengan perkara-perkara hayat secara berterusan. Bila-bila masa bekalan hayat kamu tersekat, ini bermaksud persekutuan hayat kamu sudah terputus. Sekiranya kita hidup terus-menerus dalam persekutuan hayat, bekalan hayat kita akan datang tidak henti-henti.

Persekutuan hayat dan perasaan hayat saling berkaitan. Sebaik sahaja persekutuan hayat terputus, perasaan hayat akan menyebabkan kamu berasa kehilangan bekalan hayat. Apabila persekutuan hayat tidak terputus, perasaan hayat menyebabkan kamu berasa bahawa kamu mempunyai bekalan hayat. Oleh itu, sama ada kamu hidup dalam persekutuan hayat atau tidak, dan sama ada kamu mempunyai bekalan hayat atau tidak, ini bergantung sepenuhnya pada apa yang ditunjukkan oleh perasaan hayat. Semakin kamu hidup dalam persekutuan hayat, semakin pekalah perasaan hayat kamu, dan semakin kamu dibekali hayat.

Berkenaan persekutuan hayat, pembicaraan kita setakat ini. Kita harus ingat bahawa perasaan hayat selalu menentusahkan kita, sementara persekutuan hayat selalu membekali kita. Keadaan kita di hadapan Tuhan ditentukan oleh perasaan hayat, sementara bekalan hayat rohani kita diterima melalui persekutuan hayat.

PERASAAN HAYAT (Bahagian 3/3)
PERASAAN ROH DAN MENGENALI ROH (Bahagian 1/4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-24
Sekiranya kita hidup terus-menerus dalam persekutuan hayat, bekalan hayat kita akan datang tidak henti-henti.”
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook