Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 4/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 3/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 4/5)
2020-08-19 | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (113)

Nota Editor:

“Apabila Tuhan melahirukan kita, dari satu segi Dia menyebabkan Roh-Nya meletakkan hayat-Nya ke dalam roh kita agar roh kita yang mati itu dihidupkan; dari segi yang lain, Dia juga meletakkan Roh-Nya ke dalam roh kita, iaitu Dia menyebabkan Roh-Nya huni dalam roh baru kita yang telah dihidupkan. Dengan demikian, dalam kita yang telah dilahirukan, bukan sahaja terdapat roh baru yang telah dihidupkan yang mempunyai elemen hayat Tuhan, tetapi juga terdapat Roh Tuhan yang huni dalam roh baru kita.”

Menurut Bible, terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek bagi fungsi utama Roh Tuhan huni dalam kita: (1) sebagai Roh yang huni secara dalaman, (2) sebagai Pelipur, (3) sebagai Roh realiti, (4) sebagai Roh hayat, (5) sebagai meterai, (6) sebagai jaminan, dan (7) sebagai minyak urap.

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN
(Bahagian 4/5)

(Pengetahuan Hayat, Bab 4)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Roma 8:9 “...Roh Tuhan huni dalam kamu...”

Roma 8:16 “Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita bahawa kita ialah anak-anak Tuhan.”

V. ROH KUDUS

Selepas Yehezkiel 36:26 mengatakan bahawa Tuhan memberi hati baru kepada kita dan meletakkan roh baru dalam kita, ayat 27 seterusnya mengatakan bahawa Tuhan meletakkan Roh-Nya dalam kita. Oleh itu, antara apa yang kita peroleh menerusi kelahiruan, terdapat juga Roh Tuhan.

Pada asalnya, kita tidak mempunyai Roh Tuhan. Jangankan mempunyai Roh Tuhan, bahkan roh kita sendiri pun mati terhadap Tuhan. Apabila Tuhan melahirukan kita, dari satu segi Dia menyebabkan Roh-Nya meletakkan hayat-Nya ke dalam roh kita agar roh kita yang mati itu dihidupkan; dari segi yang lain, Dia juga meletakkan Roh-Nya ke dalam roh kita, iaitu Dia menyebabkan Roh-Nya huni dalam roh baru kita yang telah dihidupkan. Dengan demikian, dalam kita yang telah dilahirukan, bukan sahaja terdapat roh baru yang telah dihidupkan yang mempunyai elemen hayat Tuhan, tetapi juga terdapat Roh Tuhan yang huni dalam roh baru kita. Roma 8:9 berkata, “Roh Tuhan huni dalam kamu”, dan ayat 16 berkata, “Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita.” Dari kedua-dua ayat ini, kita melihat bahawa Roh Tuhan huni dalam kita bermaksud bahawa Dia huni dalam roh kita, Dia bersama dengan roh kita.

Mengapakah Tuhan meletakkan Roh-Nya dalam kita? Apakah fungsi Roh Tuhan huni dalam roh kita? Menurut Bible, terdapat sekurang-kurangnya tujuh aspek bagi fungsi utama Roh Tuhan huni dalam kita:

A. Sebagai Roh yang Huni secara Dalaman

Tuhan meletakkan Roh-Nya dalam kita supaya Roh-Nya menjadi Roh yang huni secara dalaman untuk membolehkan kita mengenali Tuhan dan mengalami segala-gala yang telah disempurnakan Tuhan dalam Kristus untuk kita (Roma 8:9-11). Inilah berkat istimewa yang diberi Tuhan pada zaman Wasiat Baru; berkat ini tidak wujud pada zaman Wasiat Lama. Pada zaman Wasiat Lama, Tuhan hanya menyebabkan Roh-Nya datang dari luar untuk bekerja atas manusia; Dia tidak menyebabkan Roh-Nya huni dalam manusia. Hanya selepas kematian dan kebangkitan Tuan, barulah Tuhan memberi Roh-Nya kepada kita dan menyebabkan Roh-Nya huni dalam kita sebagai Roh yang huni secara dalaman (Yoh. 14:16-17). Dengan itu, Dia dapat mewahikan Tuhan dan Kristus kepada kita dari dalam supaya kita dapat menerima dan menikmati kepenuhan Tuhan dalam Kristus (Kol. 2:9-10).

B. Sebagai Pelipur

Dalam Yohanes 14:16-17, Tuan memberitahu kita tentang Pelipur. Tuan mengatakan bahawa Dia akan meminta Bapa agar memberi kita Roh Kudus untuk huni dalam kita sebagai Pelipur yang lain. Perkataan “Pelipur” dalam teks asal sama dengan perkataan “Peguambela” dalam 1 Yohanes 2:1; apabila ditransliterasikan, perkataan ini ialah “Paraklete” yang bermaksud “seorang peguambela di sisi”. Pada asalnya, Tuhan memberi Anak-Nya sebagai Pelipur kita, sebagai “Paraklete” kita. Apabila Anak-Nya kembali kepada-Nya, Dia memberi Roh-Nya kepada kita sebagai Pelipur yang satu lagi, “Paraklete” yang satu lagi. Ini juga bermaksud bahawa Dia mengutus Roh-Nya untuk mewakili Anak-Nya sebagai perjasadan Anak-Nya bagi menjadi Pelipur kita. Oleh itu, Roh Tuhan yang huni dalam kita itu mewakili Kristus sebagai perjasadan Kristus. Dia menjaga kita dari dalam dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kita, seperti yang dilakukan Kristus untuk kita di hadapan Tuhan.

C. Sebagai Roh Realiti

Dalam Yohanes 14:16-17, Tuan memberitahu kita bahawa Roh Kudus yang datang huni dalam kita sebagai Pelipur itu ialah “Roh realiti”. Oleh itu, Roh Tuhan yang huni dalam kita itu juga Roh realiti. Oleh yang demikian, Roh Tuhan yang huni dalam kita sebagai “Roh realiti” itu menyebabkan segala apanya Tuhan dan Kristus menjadi realiti dalam kita. Segala apanya Tuhan dan segala apa yang disediakan-Nya dalam Kristus untuk kita, serta segala apanya Kristus dan segala apa yang disempurnakan-Nya untuk kita melalui kematian dan kebangkitan-Nya, telah diwahikan dan diberikan kepada kita sebagai realiti oleh Roh Tuhan yang huni dalam kita ini untuk kita sentuh dan alami supaya segala ini menjadi milik kita. 

D. Sebagai Roh Hayat

Roma 8 memanggil Roh Kudus yang huni dalam kita itu sebagai “Roh hayat” (ay. 9, 2). Ini menunjukkan kepada kita bahawa Roh Tuhan yang huni dalam kita itu jugalah Roh hayat Tuhan. Walaupun hayat Tuhan ada dalam Kristus (Yoh. 1:4), tetapi hayat ini dapat kita kenali dan alami menerusi Roh Kudus yang huni dalam kita. Segala hal yang berkenaan hayat dinyatakan kepada kita menerusi Roh Kudus yang huni dalam kita ini. Segala pengalaman hayat juga dijadikan milik kita menerusi Roh Kudus yang huni dalam kita ini.

E. Sebagai Meterai

Efesus 1:13 dan 4:30 menunjukkan kepada kita bahawa Roh Kudus yang kita peroleh sewaktu kelahiruan juga merupakan meterai dalam kita. Apabila Tuhan meletakkan Roh-Nya dalam kita, ini bererti Dia memeteraikan Roh-Nya pada kita sebagai meterai. Apabila meterai dimeteraikan pada suatu barang, meterai ini bukan sahaja menjadi tanda milik ke atas barang itu, tetapi juga membuat suatu teraan atas barang itu, sama seperti teraan daripada cap yang digunakan untuk pemeteraian. Inilah fungsi Roh Tuhan sebagai meterai dalam kita. Roh Tuhan yang huni dalam kita ini bukan hanya menjadi tanda bahawa kita milik Tuhan dengan menanda asing kita daripada kalangan orang di dunia dan membuktikan bahawa kita milik Tuhan, malah disebabkan Dialah perjasadan Tuhan dan Kristus, Dia memeterai kita menurut imej Tuhan dan Kristus supaya kita menjadi serupa dengan Tuhan dan Kristus. 

F. Sebagai Jaminan

Efesus 1:14 dan 2 Korintus 1:22 memberitahu kita bahawa Roh Kudus Tuhan huni dalam kita sebagai jaminan. Jaminan ialah cagaran atau gerenti. Roh Tuhan yang huni dalam kita ini bukan sahaja merupakan meterai yang menanda asing kita bahawa kita milik Tuhan dan memeterai kita menurut imej Tuhan, malah Dia juga merupakan cagaran yang menjamin bahawa Tuhan dan segala yang kepunyaan Tuhan ialah bahagian kita dan warisan untuk kita nikmati. 

G. Sebagai Minyak Urap

Satu Yohanes 2:27 mengatakan bahawa dalam kita terdapat “pengurapan” yang telah kita terima daripada Tuan. Pengurapan dalam Bible merujuk kepada Roh Tuhan (Luk. 4:18). Oleh yang demikian, ayat ini memberitahu kita bahawa Roh Tuhan yang huni dalam kita itu jugalah pengurapan. Pengurapan dalam kita ini sentiasa mengurapi kita. Pengurapan ini ialah pergerakan Roh Tuhan dalam kita. Roh Tuhan bergerak dalam kita atau mengurapi kita bermaksud Dia mengurapkan Tuhan sendiri ke dalam kita supaya elemen Tuhan menjadi elemen dalaman kita, dan supaya kita mengenali Tuhan serta mengenali hasrat dan kehendak-Nya dalam segala hal.

Betapa tinggi dan mulianya tujuh fungsi ini! Semua ini bukan hanya menunjukkan fungsi Roh Tuhan huni dalam kita, malah membolehkan kita mengetahui bagaimananya Roh ini, yakni Roh Tuhan yang kita peroleh menerusi kelahiruan ini. (bersambung...)

PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 3/5)
PEROLEHAN MENERUSI KELAHIRUAN (Bahagian 5/5)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-19
Semoga mata hati kita dibuka dan mengetahui erti Roma 8:9, “Roh Tuhan huni dalam kamu”, dan 16, “Roh itu sendiri bersaksi bersama dengan roh kita.” Saya amat digalakkan kerana Roh Tuhan huni dalam roh kita dan Dia sentiasa bersama dengan roh kita.