Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
Menghitung Hari Kita
Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
Pernahkah Anda Menerima Panggilan Tuhan?
2016-12-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Setiap orang yang telah diselamatkan mempunyai kedudukan dan potensi untuk menjadi berguna kepada Tuhan. Untuk mengesahkan bahawa manusia berguna kepada diri-Nya, Tuhan bukan sahaja mencipta dan menebus manusia, tetapi Dia juga memanggil manusia. Sebab Tuhan mencipta dan menebus manusia ialah Dia ingin menggunakan manusia. Akan tetapi, pada pandangan manusia, penciptaan dan penebusan tidak memadai untuk meyakinkan manusia bahawa Tuhan ingin menggunakannya. Oleh yang demikian, Tuhan juga perlu memanggil manusia untuk mengesahkan bahawa Dia ingin menggunakannya. Dengan kata lain, kita mungkin berasa bahawa meskipun Tuhan telah mencipta dan menebus kita, namun Dia tidak semestinya akan menggunakan kita. Hanya apabila kita jelas akan panggilan Tuhan, barulah kita dapat berkata dengan pasti bahawa Tuhan ingin menggunakan kita. Oleh yang demikian, bagi kita, panggilan Tuhan ialah pengesahan bahawa Dia ingin menggunakan kita. Sekarang persoalan yang harus kita tanya diri sendiri ialah, “Adakah Tuhan memanggil kita? Atau bagaimana kita tahu bahawa Dia memanggil kita?”

Menurut konsep kita, kita selalu berfikir bahawa memahami panggilan Tuhan ialah perkara yang susah. Sebenarnya, kita hanya perlu bertanya kepada diri sendiri bahawa sejak hari kita diselamatkan hingga sekarang, pernahkah kita mempunyai perasaan dalam kita bahawa kita ingin menjadi berguna kepada Tuan? Atau pernahkah kita terdengar suara yang lembut dan halus dalam kita yang mengatakan bahawa Tuan ingin menggunakan kita? Asalkan kita pernah mengalami perasaan ini sekali, kita tahu bahawa Tuan sedang memanggil kita. Dalam setiap orang, setiap hati yang rela digunakan Tuhan ialah kerja Tuan yang ajaib. Kerja ini jauh lebih agung daripada kerja Tuan mencipta kita.

Kerja Tuan mencipta kita tidak dapat dibandingkan dengan kerja Tuan meletakkan hati yang ingin menjadi berguna kepada Tuan dalam kita. Kerja Tuan sebegini dalam manusia ialah kunjungan-Nya yang agung terhadap manusia. Dengan kata lain, kerja ini ialah kedatangan-Nya kepada manusia dan kunjungan-Nya terhadap manusia. Dahulunya kita orang yang langsung tidak mengendahkan Tuan. Masakan kita mempunyai hati yang ingin menjadi berguna kepada Tuan? Akan tetapi, sungguh menghairankan kerana kini dalam kita ada keinginan untuk menjadi berguna kepada Tuan. Inilah bukti bahawa kunjungan Tuan dan kurnia Tuan telah mencucuri kita.

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, Tuhan telah berkali-kali datang kepada manusia dan mengunjungi manusia. Malangnya, hari ini tidak banyak orang dalam gereja yang merasakan kunjungan-Nya. Tuhan sentiasa mengunjungi manusia namun manusia selalu mengetepikan-Nya. Jangan sangka bahawa hanya mendengar bunyi guruh atau nampak cahaya besar yang dilihat Paulus dalam perjalanan ke Damsyik (Kis. 9:3; 22:6) baru diambil kira sebagai panggilan Tuhan. Menurut prinsip, sebenarnya bunyi atau perasaan halus dalam kita tidak ada bezanya dengan panggilan yang diterima oleh Paulus dalam perjalanan ke Damsyik. Kita boleh mengambil cahaya matahari sebagai contoh. Walaupun bahang matahari pada waktu subuh dan waktu tengah hari ada perbezaan dari segi kepanasannya, namun matahari hanya ada satu. Begitu juga, kadangkala Tuhan akan memanggil manusia dengan cara yang luar biasa, namun kebanyakan masanya Dia datang kepada manusia dan mengunjungi manusia dengan cara yang biasa sahaja. Apabila Tuhan mengunjungi manusia, itulah pengesahan dan permulaan bagi Tuhan menggunakan manusia.

Menghitung Hari Kita
Tuhan yang Hidup Meneguhkan Kita dalam Penderitaan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)