Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berhimpun Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
Perhimpunan (I)
Perhimpunan Pemecahan Roti (2)
Perhimpunan Pemecahan Roti (1)
2016-11-20 | 0 Komen
A- A+ Simpan

1 Kor. 11:23-25
Tuan Yesus…mengambil roti.…Dia memecahnya dan berkata, Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; demikianlah kamu lakukan demi memperingati Aku. Begitu juga dengan cawan selepas mereka makan, berkata, Cawan ini ialah waadah baru yang didirikan dalam darah-Ku; demikianlah kamu lakukan, setiap kali kamu minum, demi memperingati Aku.

Perhimpunan pemecahan roti ialah masa bagi percayawan berkumpul untuk makan perjamuan malam Tuan dan menghadiri meja Tuan (Kis. 20:7, 1 Kor. 11:20, 10:21). Perhimpunan ini terbahagi kepada dua peringkat: peringkat pertama ialah memperingati Tuan, peringkat kedua ialah menyembah Bapa.

Memperingati Tuan—Berpusatkan Tuan

Perhimpunan pemecahan roti adalah untuk memperingati Tuan dan berpusatkan Tuan supaya Tuan beroleh kenikmatan. Sama ada menyanyi kidung, berdoa, membaca Bible, atau kata-kata ilham, semuanya harus berpusatkan Tuan dan menyatakan persona dan kerja Tuan, kasih kurnia dan virtu-virtu Tuan, kehidupan dan penderitaan Tuan di bumi atau keulungan dan kemuliaan Tuan di syurga, agar orang teringat akan hal-hal ini lalu memperingati Tuan.

Dalam perhimpunan ini, hati kita harus mengenang akan Tuan, roh kita menatap Tuan, agar batin kita melahirkan ilham terhadap Tuan dan diungkapkan di luar melalui kidung, doa, bacaan Bible atau kata-kata, hingga perasaan seluruh perhimpunan tertumpu pada Tuan supaya semua orang memperingati Tuan.

Makan Perjamuan Malam Tuan

Berkenaan aspek makan perjamuan malam Tuan, kita melakukan tiga perkara yang disenaraikan berikut. Pertama, memperingati Tuan. Setiap kali kita memecah roti menurut apa yang telah ditubuhkan Tuan, satu roti akan dipamerkan, tersedia untuk dipecahkan dan dimakan oleh semua orang, dan satu cawan diletakkan bersebelahan dengan roti, tersedia untuk diterima dan diminum oleh semua orang (1 Kor. 11:23-25). Roti dan cawan ialah lambang. Menurut apa yang telah dikatakan Tuan, roti merujuk kepada tubuh yang diserahkan-Nya bagi kita di atas salib manakala cawan merujuk kepada darah yang ditumpahkan-Nya bagi kita di atas salib. Dia menyerahkan tubuh bagi kita demi menyalurkan hayat-Nya ke dalam kita; Dia menumpahkan darah bagi kita demi menebus dosa-dosa kita supaya dosa-dosa kita diampunkan.

Dalam Bible, roti adalah berkenaan hayat. Tuan memecah tubuh-Nya dan membahagikannya kepada kita seperti membahagikan roti. Apabila kita menerima tubuh-Nya yang dipecahkan itu, kita berbahagian dalam hayat-Nya. Dalam Bible, cawan menunjukkan “bahagian”. Kita asalnya berdosa dan melakukan kejahatan. Maka bahagian yang patut kita terima di hadapan Tuhan ialah “cawan murka Tuhan,” iaitu masuk ke dalam tasik api dan menderitai kebinasaan kekal. Akan tetapi, Tuhan menjadikan Tuan Yesus minum cawan murka itu bagi pihak kita di atas salib (Yoh. 18:11), menerima penghakiman adilbenar Tuhan bagi pihak kita, menderitai semua kesengsaraan kebinasaan kekal di dalam tasik api, menumpahkan darah-Nya, menebus dosa-dosa kita, menubuhkan waadah baru bagi kita, dan menggantikan “cawan murka” dengan “cawan penyelamatan” sebagai “cawan berkat” kita (Mzm. 116:13, 23:5). Dalam cawan penyelamatan ini, Tuhan sendiri dan segala yang dimiliki-Nya menjadi berkat abadi kita.

Kedua, meskipun tumpuan pemecahan roti ialah memperingati Tuan, namun pengingatan ini tidak seharusnya suatu kenangan semata-mata, tetapi lebih-lebih lagi penikmatan terhadap Tuan dan segala yang dilakukan Tuan bagi kita. Apabila kita makan tubuh Tuan dan minum darah Tuan, kita bukan hanya menerima, tetapi juga menikmati diri Tuan dan segala yang disempurnakan Tuan bagi pihak kita melalui pengorbanan tubuh dan penumpahan darah-Nya. Makan, minum, dan menikmati Tuan dengan sedemikian ialah pengingatan yang sejati terhadap Tuan. Inilah erti yang paling dalam bagi makan perjamuan malam Tuan. Makan, minum, dan menikmat yang sedemikian dalam perjamuan malam Tuan juga merupakan pengisytiharan dan kesaksian kita. Berkenaan pengisytiharan, kita mengisytiharkan bahawa kita bersatu dengan Tuan, bahkan berbaur dengan Tuan, seperti pembauran roti dengan kita setelah roti diterima ke dalam kita. Berkenaan kesaksian, kita mempersaksikan bahawa kita hidup menerusi makan, minum, menikmati Tuan, dan mengambil Dia sebagai hayat kita dalam kehidupan sehari-hari.

Ketiga, makan perjamuan malam Tuan juga adalah untuk mempamerkan kematian Tuan (1 Kor. 11:26). Kita bukannya memperingati kematian Tuan, tetapi memperingati Tuan sendiri. Semasa kita memperingati Tuan, kita mempamerkan kematian Tuan untuk tatapan kita, malaikat dan segala sesuatu. Kita memperingati Tuan dan mempamerkan kematian-Nya dengan demikian hingga Dia kembali. Ini mengimplikasikan bahawa semasa kita memecah roti bagi memperingati Tuan dan mempamerkan kematian-Nya, kita juga menunggu perkembalian Tuan. Dengan itu, semasa memecah roti untuk memperingati-Nya, kita harus mempamerkan kematian Tuan dalam roh dan suasana yang menunggu kedatangan Tuan.

Kidung #179

  1. Bila menatap meja-Mu,
    Tandanya ku kagum:
    Satu roti, satu cawan,
    Sesuai hasrat Tuhan.
  2. Roti lambang roti hayat,
    Bekalan syurgawi,
    Oleh wafat-Mu ku dapat
    Limpah-Mu nikmati.
  3. Cawan ini bah’gian kudus,
    Darah-Mu sediakan;
    Cawan berkat, ku terima,
    Dan beroleh Tuhan.
  4. Kami makan roti ini,
    Hayat Engkau beri;
    Dalam kasih ku ingati,
    Dikau ku nikmati.
  5. Kami minum cawan ini,
    Berkat Tuan nikmati;
    Dengan ri-ang mengenang-Mu,
    Hingga ku diraptur.
  6. Makan roti, minum cawan,
    Wafat-Mu ku pamer;
    Persaksi Kau hayat kami,
    Ku nikmat tiap hari.
  7. Kami tunggu hari itu,
    Dengan-Mu berjamu,
    Lebih nikmati diri-Mu,
    Kekal menyembah-Mu.
Perhimpunan (I)
Perhimpunan Pemecahan Roti (2)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)