Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
Mempercayai Hakikat Tuhan
Tuhan Menghendaki Manusia Sedar Bahawa Dirinya Tidak Mampu
Percaya bahawa Kamu telah Menerimanya, maka Kamu akan Mendapatnya
2021-07-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Sebaik sahaja kamu lepas tangan dan percaya, kamu akan melihat Anak Tuhan berperang bagi kamu. Anak Tuhan akan jayeng bagi kamu. Anak Tuhan menyingkirkan kemarahan kamu; Anak Tuhan menyingkirkan ketegaran kamu; Anak Tuhan menyingkirkan kesombongan kamu; Anak Tuhan menyingkirkan kecemburuan kamu. Haleluya, di seluruh dunia hanya ada satu Pejayeng! Haleluya, semua orang di dunia adalah lemah! Haleluya, kita semua gagal! Kita semua tidak berguna! Haleluya, hanya Tuan yang merupakan Pejayeng! Haleluya, sejak dulu hingga kini hanya ada satu Pejayeng! Haleluya, kita tidak dapat tidak bermegah dalam Tuan Kristus! O dikbang dan dikkak, apakah yang kita ada itu yang tidak kita terima? Apakah yang dapat kita megahkan? Jangan mengatai perompak atau pelacur, kalau bukan kerana kurnia Tuhan, kita juga serupa dengan mereka. Haleluya, kita bukannya berubah, tetapi kita telah bertukar ganti!

Dikbang dan dikkak, kamu hanya perlu melaksanakan syarat ini. Dari satu segi, kita tidak mampu dan tidak berikhtiar untuk menjadi mampu. Dari segi yang lain, kita hidup dalam iktikad Anak Tuhan. Inilah kemenangan. Haleluya, Dia telah menyempurnakan segala-galanya! Kita perlu memohon kepada Tuhan agar kita dapat melihat bahawa Anak-Nya telah menyempurnakan segala-galanya dan kita tidak ada bahagian dalam kerja-Nya. Inilah kemenangan.

Mempercayai Hakikat Tuhan
Tuhan Menghendaki Manusia Sedar Bahawa Dirinya Tidak Mampu
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)