Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Bacaan Harian PERASAAN HAYAT (Bahagian 2/3)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 3/3)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 2/3)
2020-08-22 | 137 Baca | 1 Komen
A- A+ Simpan

Bacaan Harian untuk Para Pekudus (116)

Nota Editor:

“Efesus 4 menggesa kita supaya jangan menyingkirkan semua perasaan seperti orang yang tidak percaya, tetapi hidup dalam manusia baru. Ini bermaksud bahawa kita harus hidup dalam hayat yang ada dalam Roh, menjaga perasaan hayat dalam Roh, dan hidup menurut perasaan hayat ini.”

“Kurnia bermaksud Tuhan diperoleh manusia. Damai sejahtera pula bermaksud suatu perasaan bahawa Tuhan telah diperoleh manusia. Tuhan diperoleh untuk menjadi hayat kita dan untuk kita nikmati ialah kurnia. Kurnia ini menghasilkan damai sejahtera dalam kita, iaitu menyebabkan kita mempunyai perasaan damai sejahtera di dalam. Seseorang yang mengalami Tuhan, menikmati hayat Tuhan, dan mengecap kudrat hayat Tuhan setiap hari tentu akan mempunyai damai sejahtera di dalamnya. Damai sejahtera ini suatu perasaan yang dipunyainya apabila dia menikmati kurnia.”

“Perasaan hayat dihasilkan daripada butir-butir yang kita peroleh menerusi kelahiruan, iaitu hayat Tuhan, hukum hayat, Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan. Hayat Tuhan, hukum hayat, Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan menyebabkan kita mempunyai suatu perasaan di dalam, dan perasaan inilah yang kita panggil sebagai perasaan hayat.”

“Setiap hayat mempunyai perasaannya. Tambahan pula, semakin kuatnya suatu hayat, semakin pekalah perasaannya. Hayat Tuhan ialah hayat yang paling kuat; oleh itu, apabila hayat ini ada dalam kita, hayat ini bukan sekadar menyebabkan kita mempunyai perasaan, malah mempunyai perasaan yang kuat.”

PERASAAN HAYAT
(Bahagian 2/3)

(Pengetahuan Hayat, Bab 5)

** Hak cipta GBC

Bacaan Bible:

Ef. 4:19 “Orang sedemikian, disebabkan tidak lagi berperasaan, telah menyerahkan diri mereka kepada kegasangan untuk mengerjakan segala kecemaran dalam ketamakan.”

Roma 8:6 “Kerana minda diletakkan pada tubuh daging ialah maut, tetapi minda diletakkan pada roh ialah hayat dan damai sejahtera.”

I. ASAS BIBLE (samb.)

Tempat kedua dalam Bible yang berbicara tentang perasaan hayat ialah Efesus 4:19. Ayat ini mengatakan bahawa bangsa Asing “disebabkan tidak lagi berperasaan, telah menyerahkan diri mereka kepada kegasangan untuk mengerjakan segala kecemaran dan ketamakan”. Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa orang di dunia berbuat dosa dan melakukan kejahatan sesuka hati kerana mereka telah menyingkirkan semua perasaan. Sesungguhnya, ketika seseorang berbuat dosa dan melakukan kejahatan, dia memang sudah menyingkirkan perasaan di dalamnya. Apabila seseorang berbuat dosa dan melakukan kejahatan, kita tidak boleh mengatakan bahawa dia tidak berperasaan, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengatakan bahawa dia telah mengetepikan perasaannya. Pada pendapat kamu, kalau seseorang tidak mengetepikan perasaannya, sebaliknya dibatasi oleh perasaan dalamannya, adakah dia masih dapat berbuat dosa dan melakukan kejahatan? Semua yang berbuat dosa dan melakukan kejahatan ialah orang yang mengetepikan perasaan mereka. Sesiapa yang berbuat dosa dan melakukan kejahatan perlu mengetepikan perasaannya. Ketika seseorang menipu, mencuri, memukul orang, merompak, atau melakukan apa jua perbuatan yang buruk dan jahat, dia perlu mengetepikan perasaannya. Semakin seseorang berbuat dosa dan melakukan kejahatan, semakin dia perlu mengetepikan perasaannya. Oleh yang demikian, seorang yang makin jahat dan durjana makin tidak mempunyai perasaan, manakala seorang yang makin baik hati makin kaya dengan perasaan.

Jadi, dikbang dan dikkak sekalian, perasaan dalaman siapakah yang lebih kuat, orang Kristian atau bangsa Asing? Jika kita membandingkan orang Kristian dengan orang yang tidak percaya, adakah perasaan kita lebih kuat ataupun perasaan mereka lebih kuat? Kita perlu menjawab bahawa perasaan kita lebih kuat kerana selain mempunyai perasaan yang dimiliki mereka, kita mempunyai perasaan hayat yang tidak dimiliki mereka. Oleh itu, jika kita hendak berbuat dosa dan melakukan kejahatan, kita semestinya perlu mengetepikan perasaan kita dengan lebih keras lagi daripada mereka. Atas sebab ini, Bible menggesa kita supaya jangan menyingkirkan semua perasaan seperti yang dilakukan oleh bangsa Asing. Bible menggesa kita dengan demikian supaya kita menjaga perasaan dalaman kita. Sudah tentu ini menekankan bahawa kita perlu menjaga perasaan hayat dalaman. Selepas Efesus 4 menggesa kita supaya jangan menjadi seperti orang yang tidak percaya yang menyingkirkan semua perasaan, ia seterusnya mengatakan bahawa kita harus menanggalkan manusia lama dan memakai manusia baru. Manusia baru ini kepunyaan hayat dalam Roh. Untuk hidup dalam manusia baru ini, kita perlu hidup dalam hayat yang ada dalam Roh. Oleh itu, Efesus 4 menggesa kita supaya jangan menyingkirkan semua perasaan seperti orang yang tidak percaya, tetapi hidup dalam manusia baru. Ini bermaksud bahawa kita harus hidup dalam hayat yang ada dalam Roh, menjaga perasaan hayat dalam Roh, dan hidup menurut perasaan hayat ini.

Selain itu, hampir semua Surat para dutus mengandungi kata-kata berkat dan salam yang menyebut tentang kurnia dan damai sejahtera. Kurnia bermaksud Tuhan diperoleh manusia. Damai sejahtera pula bermaksud suatu perasaan bahawa Tuhan telah diperoleh manusia. Tuhan diperoleh untuk menjadi hayat kita dan untuk kita nikmati ialah kurnia. Kurnia ini menghasilkan damai sejahtera dalam kita, iaitu menyebabkan kita mempunyai perasaan damai sejahtera di dalam. Seseorang yang mengalami Tuhan, menikmati hayat Tuhan, dan mengecap kudrat hayat Tuhan setiap hari tentu akan mempunyai damai sejahtera di dalamnya. Damai sejahtera ini suatu perasaan yang dipunyainya apabila dia menikmati kurnia. Oleh itu, jika kita tidak ada damai sejahtera di dalam atau tidak ada damai sejahtera yang secukupnya, ini membuktikan bahawa kita kekurangan kurnia. Kekurangan kurnia bererti kekurangan Tuhan. Oleh sebab kita tidak memperoleh Tuhan dengan secukupnya dalam kita, tidak memperoleh bekalan hayat Tuhan dengan secukupnya, dan tidak mengalami kudrat hayat Tuhan dengan secukupnya, maka kita kekurangan damai sejahtera di dalam. Sekiranya kita memperoleh Tuhan dengan secukupnya dalam kita serta mengalami Tuhan dan hayat Tuhan dengan secukupnya, maka kita tentu mempunyai damai sejahtera yang secukupnya di dalam. Damai sejahtera ini bukanlah damai sejahtera di persekitaran tetapi keadaan damai sejahtera di batin. Kita harus percaya bahawa damai sejahtera yang disebut dalam kata-kata salam para dutus ialah damai sejahtera batiniah yang sebegini. Damai sejahtera di batin ialah perkara perasaan. Apabila para dutus berharap agar orang mempunyai damai sejahtera, ini bermaksud bahawa mereka berharap agar orang mempunyai damai sejahtera yang dirasakan di dalam atau mempunyai perasaan damai sejahtera di dalam. Perasaan damai sejahtera di dalam ini ialah perasaan hayat. Oleh yang demikian, apabila mereka berharap agar orang mempunyai perasaan damai sejahtera di dalam, ini juga bermaksud bahawa mereka berharap agar orang memberi perhatian kepada perasaan hayat di dalam.

II. SUMBER PERASAAN HAYAT

Dari manakah berasalnya perasaan hayat yang kita bicarakan ini? Daripada apakah perasaan hayat dihasilkan? Perasaan hayat dihasilkan daripada butir-butir yang kita peroleh menerusi kelahiruan, iaitu hayat Tuhan, hukum hayat, Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan. Hayat Tuhan, hukum hayat, Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan menyebabkan kita mempunyai suatu perasaan di dalam, dan perasaan inilah yang kita panggil sebagai perasaan hayat. 

Setiap hayat mempunyai perasaannya. Tambahan pula, semakin kuatnya suatu hayat, semakin pekalah perasaannya. Hayat Tuhan ialah hayat yang paling kuat; oleh itu, apabila hayat ini ada dalam kita, hayat ini bukan sekadar menyebabkan kita mempunyai perasaan, malah mempunyai perasaan yang kuat.

Memandangkan hukum hayat berasal daripada hayat, maka secara spontan hukum hayat juga mempunyai perasaan. Oleh itu, hukum yang ada dalam kita ini menyebabkan kita mempunyai perasaan, terutamanya ketika kita tidak mematuhinya. Sebagai contoh, apabila tubuh kita normal, kita tidak akan mempunyai apa-apa perasaan. Akan tetapi, apabila tubuh kita sakit, kita akan mempunyai perasaan yang berat. Perasaan yang berat ini wujud kerana kita tidak mematuhi hukum yang ada dalam tubuh kita. Begitu juga, apabila kita mematuhi hukum hayat, hukum ini tidak memberi banyak perasaan kepada kita, tetapi apabila kita tidak mematuhinya, hukum ini akan memberi perasaan yang amat nyata kepada kita.

Roh Kudus dalam kita sebagai minyak urapan adalah untuk mengurapi kita dan menggerakkan kita; Kristus dalam kita adalah untuk hidup dan bergerak dalam kita; dan Tuhan dalam kita adalah untuk beroperasi dan bekerja dalam kita. Ketiga-tiga ini yang berada dalam kita mempunyai aktiviti dan tindakan, bukan secara diam-diam dan tidak bergerak. Oleh yang demikian, semua ini menyebabkan kita mempunyai perasaan.

Dengan itu, baik hayat Tuhan, hukum hayat ataupun Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan yang berada dalam kita, semua ini menyebabkan kita mempunyai perasaan. Malah mereka berbaur bersama untuk memberi kita perasaan. Oleh itu, perasaan yang berasal daripada kelima-lima ini bukanlah lima jenis perasaan tetapi satu jenis perasaan, iaitu perasaan hayat yang kita bicarakan.

Mengapakah perasaan yang berasal daripada kelima-lima ini — hayat Tuhan, hukum hayat, Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan — hanyalah sejenis perasaan? Mengapakah perasaan ini ialah perasaan hayat? Ini kerana Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan ialah Tuhan Tritunggal; hayat Tuhan ialah Tuhan sendiri; dan hukum hayat berasal daripada hayat Tuhan ini. Oleh yang demikian, secara tegasnya, kelima-lima ini adalah satu. Maka apabila kelima-limanya berada dalam kita, perasaan yang diberi hanyalah sejenis. Perasaan ini ialah perasaan hayat kerana perasaan ini berasal daripada Tuhan Tritunggal yang merupakan hayat, hayat Tuhan, dan hukum hayat. Tujuan utama Tuhan Tritunggal dalam kita ialah menjadi hayat kita, dan hayat ini mengandungi satu hukum hayat. Dengan demikian, perasaan yang kita peroleh daripada kelima-lima ini berasal daripada hayat dan kepunyaan hayat, dengan itu merupakan perasaan hayat. Walaupun perasaan ini satu tetapi ia mempunyai lima aspek. Perasaan ini berasal daripada hayat Tuhan dan hukum hayat Tuhan, maka perasaan ini mempunyai sifat hayat Tuhan dan fungsi hukum hayat Tuhan. Pada masa yang sama, perasaan ini juga berasal daripada Roh Kudus, Kristus, dan Tuhan, maka perasaan ini mengandungi elemen Roh Kudus yang mengurap dalam kita, elemen Kristus yang hidup dalam kita, dan elemen Tuhan yang beroperasi dan menyempurnakan kehendak-Nya dalam kita. Oleh sebab perasaan ini mempunyai pelbagai aspek, maka perasaan ini kaya, kuat, dan peka, malah lebih kaya, lebih kuat, dan lebih peka daripada perasaan terbaik dalam kalangan orang yang tidak percaya. Perasaan terbaik yang dimiliki oleh orang yang tidak percaya cumalah perasaan kebaikan yang dicipta dalam manusia. Akan tetapi, selain perasaan kebaikan yang dicipta, perasaan hayat ini sejenis perasaan divin yang ditambahkan ke dalam kita melalui butir-butir yang kita peroleh menerusi kelahiruan. (bersambung...)

PERASAAN HAYAT (Bahagian 1/3)
PERASAAN HAYAT (Bahagian 3/3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)
1 Komen / Perkongsian
Nikos Ling pada 2020-08-22
Tuan Yesus, bukalah mata kami agar kami menyedari bahawa engkaulah kurnia. Engkau telah diperolehi oleh kami dan menjadi kenikmatan kami. Bawalah kami ke dalam pengalaman damai senjahtera melalui kenikmatanmu sebagai kurnia.
Kiriman yang disyorkan
Kata-kata Persekutuan dalam Kasih dan Penting pada Saat-saat Genting
Kata-kata-Persekutuan_2_08060610.png
Bacaan Harian untuk Para Pekudus (1) KATA-KATA PERSEKUTUAN DALAM KASIH DAN PENTING PADA SAAT-SAAT GENTING  Nota Editor: Dengan bermulanya siaran satu siri rencana secara berturutan,... Terus Baca
Merebut Peluang—Catatan Bicara Dengan Rakan Sekerja (Samb.)
peluang_3_08060613.png
(Koleksi Watchman Nee, Set 3, Jil. 55: Ministri & Pintu Terbuka,  Terbitan No. 21—15 September 1950) MEREBUT PELUANG— CATATAN BICARA DENGAN RAKAN SEKERJA (Samb.) Perasaan... Terus Baca
Menebus Masa = Merebut Peluang (3)
photo1_01060614.jpg
Masalahnya hari ini bukan Tuan tidak memberi kita peluang, tetapi kita melepaskan peluang. Kita semua harus bangkit. Dikbang-dikbang yang bertanggungjawab dalam gereja harus bangkit. Kita... Terus Baca
Apakah Makna Kehidupan Manusia?
img45_03060619.jpg
Banyak orang sering tertanya-tertanya apakah makna kehidupan manusia dan mereka ingin tahu jawapannya. Manusia meluangkan seumur hayat hidup di bumi, jika dia tidak tahu dari... Terus Baca
Syarat untuk Dibaptis
img44_03060633.jpg
Apakah syarat untuk dibaptis? Bilakah seseorang itu boleh dibaptis? Menurut wahi dan contoh dalam Bible, satu-satunya syarat untuk dibaptis ialah percaya. Markus 16:16 berkata, “Dia... Terus Baca
Makna Doa
img52_03060627.jpg
Perkataan doa memang biasa bagi seorang Kristian. Akan tetapi, apakah sebenarnya makna doa ialah pokok perbincangan kita pada hari ini. Kita akan melihat aspek tertentu... Terus Baca
Kategori
Cari Kami di Facebook