Penyelamatan dalam bab dua buku Filipi ialah penyelamatan daripada sungutan dan bantahan. Dikkak-dikkak bersungut dan dikbang dikbang berbantah. Sungutan dan bantahan merupakan dua musuh yang kecil bagi pengalaman terhadap Kristus. Disebabkan dua perkara ini kelihatan begitu kecil, maka kita selalunya tidak mempedulikannya, tetapi dua perkara ini ialah dua tanda yang menunjukkan bahawa kita telah ditewaskan dalam hal berhidupkan Kristus. Orang yang berhidupkan Kristus itu tidak akan bersungut dan berbantah. Sungutan dan bantahan membunuh kehidupan kita yang berhidupkan Kristus. Kita harus menjalani kehidupan yang tanpa sungutan dan bantahan. Antara suami dengan isteri, bapa dengan ibu, dikbang dengan dikkak, terdapat banyak sungutan dan bantahan. Kebanyakan perempuan bersungut, manakala kebanyakan lelaki berbantah. Malah dalam apa yang biasanya digelar "kehidupan gereja yang mulia", perkara-perkara ini wujud. Disebabkan kita bersungut dan berbantah, kita gagal melaksanakan penyelamatan kita.
Penyelamatan dalam bab dua terdiri daripada beberapa elemen: tidak bersungut, tidak berbantah, bebas daripada tuduhan dan murni sebagai anak-anak Tuhan di tengah-tengah generasi yang serong, putar belit, herot, dan berbelit, bersinar sebagai luminari untuk memantulkan Kristus, dan berpegang pada sabda hayat. Penyelamatan ini berserta semua elemen ini merupakan penyelamatan yang harus kita laksanakan.