Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Amalan Hayat Berdoa PENTINGNYA MENGAMPUNKAN KESALAHAN ORANG
Tuhan Hadir Dalam Perhimpunan Kita
PENTINGNYA MENGAMPUNKAN KESALAHAN ORANG
2023-05-14 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pembaca yang dikasihi, adakah kamu sukar untuk mengampunkan kesalahan orang? Mengampunkan kesalahan orang sama sekali penting.

Sejurus selepas Tuan menyampaikan ajaran tentang doa di Matius 6, Dia seterusnya berkata, “Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu; tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.” Inilah penerangan Tuan untuk ayat 12, yang berkata, “Ampunkan hutang kami, sebagaimana kami juga mengampuni penghutang kami.” Orang Kristian mudah gagal dalam hal mengampuni orang. Dalam kalangan anak Tuhan, selagi wujudnya perkara tidak mengampuni orang, maka segala pelajaran, iktikad, dan kudrat akan kebocoran. Inilah sebabnya Tuan berbicara dengan begitu tegas dan jelas. Kata-kata ini mudah sekali. Akan tetapi, anak-anak Tuhan memerlukan kata-kata yang mudah ini. “Kerana jika kamu mengampunkan kesalahan orang, Bapa syurgawimu juga akan mengampuni kamu.” Alangkah mudahnya untuk kita beroleh pengampunan Bapa syurgawi. “Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang, Bapamu juga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.”

Dalam hal beroleh pengampunan, kita tidak boleh mencuba nasib. Kata-kata ini mudah, tetapi perkara ini tidak mudah. Jika mulut kita mengatakan bahawa kita mengampuni orang tetapi hati kita tidak mengampuninya, hal ini tidak dikira sebagai pengampunan di hadapan Bapa syurgawi. Kita seharusnya mengampunkan kesalahan orang dari hati. Sebagaimana disipal pada masa dahulu memerlukan kata-kata Tuan di sini, begitu juga kita memerlukannya. Jika orang Kristian tidak membereskan sebarang kedengkian dan tidak mengampuni orang dari hati, masalah akan timbul dalam gereja. Oleh itu, pada akhir pembicaraan-Nya, Dia menitikberatkan perkara ini. Tuan tahu bahawa semakin kita berhubung dengan satu sama lain, semakin kita bersekutu bersama-sama, semakin kita perlu mengampuni satu sama lain. Tuan berhasrat agar kita menyedari betapa besarnya hubung kait perkara ini, jadi Dia perlu menarik perhatian kita terhadap perkara ini.

Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita mudah memberikan ruang kepada iblis. Jika kita tidak dapat saling mengampuni, kita bukanlah umat kingdom dan kita tidak dapat melakukan kerja kingdom. Tidak ada sesiapa yang tidak mengampuni orang yang boleh berbahagian dalam kerja kingdom, dan tidak ada sesiapa yang tidak mengampuni orang yang boleh menjadi orang dalam kingdom.

Ingatlah bahawa setiap kali kita bermasalah dengan dikbang dan dikkak, kita juga bermasalah dengan Tuan. Kita tidak boleh sambil berdoa sambil enggan mengampunkan kesalahan orang. Pembaca sekalian, ini bukan suatu perkara yang remeh. Kita harus memberikan perhatian terhadap apa yang diberikan perhatian oleh Tuan. Kita mesti mengampunkan kesalahan orang.

Bacaan lanjut: Ministri Doa Gereja, bab 2

Tuhan Hadir Dalam Perhimpunan Kita
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)