Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 2, 3 dan 4
2020-10-23 | 0 Komen
A- A+ Simpan

KRISTUS IALAH TELADAN DAN EKSPRESI KITA

Subjek bab dua ialah mengambil Kristus sebagai teladan kita (ay. 5-10) dan mengalami Kristus sebagai ekspresi kita (ay. 12-16). Apabila kita mengambil-Nya sebagai teladan kita, secara spontan kita mengekspresikan teladan itu.

KRISTUS IALAH MATLAMAT DAN PENCARIAN KITA

Dalam bab satu Kristus ialah hayat kita dan kehidupan kita, dalam bab dua Kristus ialah teladan kita dan ekspresi kita, dan dalam bab tiga Kristus ialah matlamat kita dan pencarian kita, pengejaran kita (ay. 12. 14). Kita semua harus mempunyai satu matlamat dan matlamat kita haruslah Kristus. Dia ialah pencarian kita, pengejaran kita. Hari demi hari kita mencari Kristus. Dia bukan sahaja destinasi kita tetapi juga matlamat kita. Kadangkala kita mungkin akan sampai ke suatu destinasi tetapi kehilangan matlamat kita. Semasa menembak dengan senapang peluru mungkin mencapai sasaran, tetapi mungkin tidak mengenai pusat sasaran itu, kita harus berlari bukan sahaja untuk mencapai destinasi tetapi memperoleh matlamat itu.

KRISTUS IALAH KEKUATAN DAN RAHSIA KITA

Dalam bab empat Kristus ialah kekuatan kita (ay. 13) dan rahsia kita (ay. 12). Paulus berkata, "Aku berupaya melakukan segala sesuatu dalam Dia yang memperkudratkan aku" (ay. 13). Untuk melakukan sesuatu, kita memerlukan kekuatan, dan kita juga perlu mengetahui rahsia, cara, untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Kamu mungkin mempunyai banyak kekuatan, tetapi jika kamu tidak mempunyai rahsia, kamu akan membazirkan kekuatan kamu. Malah tugas seperti mengatur tumbuh-tumbuhan di dalam rumah atau menggantung gambar pada dinding mempunyai cara tertentu, iaitu rahsia untuk melakukannya. Kristus bukan sahaja kekuatan kita supaya kita berupaya melakukan kerja; Dia juga rahsia kita. Sesuatu rahsia itu tidaklah tegar atau ketat tetapi sangat fleksibel. Ia selalunya fleksibel dan tersedia untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. 

(Pengalaman dan Pertumbuhan dalam Hayat, Bab Sebelas)

Pengalaman Terhadap Kristus dalam Filipi Bab 1: Kemajuan Injil Menjadi Faktor untuk Berhidupkan Kristus (3)
Mengalami Kristus Menerusi Perbekalan Limpah Lengkap Daripada Roh Yesus Kristus (1)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)