Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kebenaran Penerimaan Hayat Ini- Suatu Mukjizat
Sebaik Percaya, Kamu Menerima
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
Penerimaan Hayat Ini- Suatu Mukjizat
2021-05-19 | 0 Komen
A- A+ Simpan

e-Roti Hayat

19 Mei 2021

Penerimaan Hayat Ini—Suatu Mukjizat

Bacaan Bible: 

Filipi 2:13 Kerana Tuhanlah yang beroperasi dalam kamu supaya kamu berazam dan bekerja untuk kegirangan-Nya.

Petikan Bacaan:  

Kamu mungkin ingat bahawa Paulus pernah berkata, “Kerana Tuhanlah yang beroperasi dalam kamu supaya kamu berazam dan bekerja untuk kegirangan-Nya” (Flp. 2:13). Apa jua yang kita kerjakan adalah menurut kegirangan Tuhan. Tuhanlah yang menyebabkan kita mengerjakannya. Tuhanlah yang beroperasi dalam kita agar kita menjadi kudus. Kita tidak mengeluarkan usaha kita sendiri, sebaliknya Tuhanlah yang menyempurnakan segala-galanya dalam kita. Hayat yang kudus dan sempurna ini tidak dihasilkan melalui usaha kita, tetapi sama sekali merupakan kerja Tuhan.

Saya mengaku bahawa tanpa mukjizat, banyak orang tidak akan diselamatkan daripada kedurjanaan mereka. Sesetengah orang tidak merasakan kegagalan mereka; mereka tidak sedar betapa tidak terdayanya mereka. Sesetengah orang pula tidak dapat berbuat apa-apa dengan kemarahan, kesombongan, dan perwatakan mereka. Kalau Tuhan tidak melakukan mukjizat, mereka langsung tidak ada cara untuk jayeng. Adakah orang yang dapat mengatasi dosa? Cara manusia cumalah menahan dosa. Namun cara Tuhan ialah menggunakan mukjizat untuk menghapuskan manusia lama kamu dan membersihkan hati kamu. Sekiranya kamu melihat apa itu kemenangan Tuhan, kamu pasti akan menjadi amat girang.

(Bacaan bagi sabda ministri dipetik daripada buku "Hayat yang Jayeng", m.s. 48-49 terbitan Gospel Book Centre. Sila layari pautan www.gbc.my)

Sebaik Percaya, Kamu Menerima
Kehidupan Yang Mengekspresi, Bukan Kehidupan Yang Menahan
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)