Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Hayat Pengetahuan & Pengalaman Hayat Penerapan Penyelamatan Tuhan
Hayat dalam Roma 8
Visi Hayat Dalam Roma 8
Penerapan Penyelamatan Tuhan
2020-10-03 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Penerapan Penyelamatan Tuhan

    Ayat penting yang terakhir menunjukkan penerapan bagi penyelamatan ini. Roma 8:13 berkata, “Kerana jika kamu hidup menurut tubuh daging, kamu mesti mati, tetapi jika melalui Roh itu kamu mematikan amalan-amalan tubuh, kamu akan hidup.” Inilah kesimpulannya. Tuhan Tritunggal yang terproses sekarang sudah bersedia. Apa yang perlu kita lakukan ialah "datang dan makan”. Datang dan makan bererti menerapkan penyelamatan ini.

    Cara menerapkan penyelamatan ini ialah kita tidak bergerak-hidup menurut tubuh daging tetapi hidup menurut roh. Roh yang disebut dalam ayat 13 merujuk kepada roh pembauran; oleh itu, roh ini tidak harus dihurufbesarkan. Roh ini ialah roh insani berbaur dan ditepui Roh divin yang terkonsumasi. Kita harus hidup menurut roh sedemikian. Dalam ayat 5 dan 6 terdapat dua perkara penting, tubuh daging dan roh. Butir penting dalam penerapan kita terhadap perbekalan Tuhan ialah hidup menurut roh. Jika kita hidup menurut tubuh daging, kita mesti mati; tetapi jika kita hidup menurut roh pembauran, kita akan hidup. Orang yang bukan percayawan hanya mempunyai perbekalan negatif daripada tubuh daging. Namun kita sebagai orang Kristian mempunyai perbekalan negatif daripada tubuh daging kita dan juga perbekalan positif daripada roh pembauran. Perbekalan negatif datang daripada kejatuhan kita, manakala perbekalan positif datang daripada penyelamatan Tuhan. Kita sekarang berada di tengah-tengah, dan hasil kehidupan kita bergantung pada pilihan kita. Jika kita hidup menurut tubuh daging, kita mati. Jika kita hidup menurut roh, kita hidup. Ini bererti seluruh diri kita-roh, sukma, dan tubuh kita-hidup. 

(Pengalaman dan Pertumbuhan dalam Hayat, Mesej Sembilan)

Hayat dalam Roma 8
Visi Hayat Dalam Roma 8
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)