Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Injil Memberitakan Injil Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
Beritakan Sabda itu, Bersedialah semasa Musim dan di luar Musim
Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Perkara Bersaksi
2020-02-28 | 0 Komen
A- A+ Simpan

Pemberitaan injil yang sebenar ialah perkara bersaksi. Dalam Kisah 1:8, Tuan Yesus berkata, “Kamu akan menerima kudrat apabila Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksi Aku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria serta sampai ke bahagian hujung bumi.” Saksi-saksi memikul kesaksian hidup dalam hayat bagi Kristus yang bangkit dan naik ke syurga, berbeza daripada pengkhutbah yang sekadar memberitakan doktrin dalam huruf.

Kita harus menjadi orang injil. Orang kita harus berpadanan dengan apa yang kita beritakan. Pemberitaan kita tidak harus menjadi pertunjukan. Kita harus memberitakan apa yang melaluinya kita hidup. Kehidupan kita ialah pemberitaan kita, dan hayat kita ialah injil. Injil yang kita beritakan harus menjadi kehidupan sehari-hari kita. Hal ini sama sekali berbeza daripada kebanyakan pemberitaan dalam sistem agamawi hari ini, yang selalunya merupakan pertunjukan semata-mata. Seorang pelakon yang tidak berbudi pekerti boleh berlakon seperti seorang yang berbudi pekerti. Apabila seseorang Kristian memberitakan injil sedangkan kehidupan mereka bukan menurut injil, itu merupakan keaiban terhadap Tuan, terhadap nama-Nya, dan terhadap injil-Nya. Pemberitaan kita perlu menggunakan Sabda, namun kata-kata kita haruslah berpadanan dengan kehidupan sehari-hari kita.

Kehidupan sehari-hari yang wajar adalah penting kerana banyak orang yang memerhatikan kita. Kita mempunyai jiran, kawan, saudara, rakan sekerja, rakan sekelas, dan banyak orang yang lain di sekeliling kita. Sejak hari kita memberitahu mereka tentang Kristus dan penyelamatan-Nya, mereka memerhatikan kita. Jika kita tidak memberitakan injil, mereka mungkin langsung tidak memberi perhatian kepada kita. Memandangkan begitu banyak orang yang memerhati, maka faktor yang paling meyakinkan bukanlah kata-kata kita. Faktor yang paling meyakinkan ialah kehidupan sehari-hari kita. Kehidupan sehari-hari kita perlu berpadanan dengan pemberitaan kita. Gerak laku dan perbuatan kita harus berpadanan dengan apanya kita sebagai saksi Tuan Yesus. Kita harus mempunyai kehidupan sehari-hari yang tertinggi untuk dipadankan dengan pemberitaan kita.

Matius 5 memberitahu kita bahawa kita ialah cahaya dunia dan bahawa cahaya kita haruslah bersinar di hadapan orang (ay. 14-16). Kita harus penuh dengan cahaya, menyinari orang. Kita harus menyinarkan Yesus Kristus dan injil. Paulus menekankan hal yang sama dalam Filipi 2. Dia mengatakan bahawa kita harus “bebas daripada tuduhan dan murni, sebagai anak-anak Tuhan yang tanpa cacat cela di tengah-tengah generasi yang serong dan putar belit; dalam kalangan mereka, kamu bersinar sebagai luminari di dunia, dengan berpegang pada sabda hayat” (ay. 15-16). Sabda hayat bukan dipegang melalui pembicaraan kita tetapi juga melalui kehidupan sehari-hari kita. Kita harus mempunyai kehidupan sehari-hari yang berpegang pada sabda hayat.

Saya berharap kita mempunyai tanggapan yang mendalam bahawa pemberitaan injil memerlukan kehidupan sehari-hari yang wajar. Kita harus pergi kepada Tuan untuk diperiksa sepenuhnya oleh-Nya. Kita perlu berdoa, “Tuan, aku hendak pergi ke kampus untuk memberitakan injil-Mu. Aku membuka diriku dalam hadirat-Mu. Aku mahu diperiksa dan diteliti oleh-Mu. Aku mahu seluruh diriku penuh dengan ‘sinar-x’.” Kita semua perlu berbuat demikian. Setiap hal dalam hayat dan kehidupan kita harus diperiksa. Tidak ada apa-apa yang terlalu remeh sehingga tidak perlu diperiksa. Bahkan kita harus bertanya kepada Tuan tentang jam tangan yang kita pakai sewaktu memberitakan injil. Bahkan jam tangan pun haruslah wajar. Ini bukannya terlalu tegar. Kita harus diperiksa kerana biarpun kita berfikir kita agak baik, sebenarnya kita tidak. (Preaching the Gospel on the College Campuses, bab 3)

Pemberitaan Injil yang Wajar ialah Kehidupan Sehari-hari Kita
Beritakan Sabda itu, Bersedialah semasa Musim dan di luar Musim
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)