Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Kejadian MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (3)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (2)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (4)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (3)
2017-06-07 | 0 Komen
A- A+ Simpan

4) Akibat

a) Syaitan Dihakimi Tuhan

Pemberontakan Syaitan membawa masuk penghakiman Tuhan. Tuhan tidak dapat bertolak ansur dengan sebarang pemberontakan dari kalangan makhluk-Nya. Sejurus selepas pemberontakan Syaitan, Tuhan mengisytiharkan penghakiman-Nya ke atas Syaitan. “Ketidakadilbenaran didapati dalammu. Melalui fitnahmu yang banyak itu [G. H. Pember mengatakan bahawa menurut kata akar bahasa Ibrani, perkataan ‘perdagangan’ dalam ayat ini boleh diterjemahkan sebagai ‘fitnah’.]…engkau berbuat dosa. Oleh itu, Aku membuang engkau keluar seperti kotoran dari gunung Tuhan, dan Aku menghapuskan engkau, O kerub yang menutup, dari tengah-tengah batu berapi. Hatimu meninggi…engkau mengkorupkan kearifanmu…Aku mencampakkan engkau ke bumi….Dengan kesalahanmu yang banyak…engkau telah mencabuli tempat kudusmu…” (Yeh. 28:15-18). “Engkau akan diturunkan ke Hades, ke bahagian paling dalam lubang itu” (Yes. 14:15).

b) Syurga-syurga dan Bumi Dihakimi

Syurga-syurga dan bumi sememangnya dicabuli disebabkan pemberontakan Syaitan. Tuhan menegur Syaitan, “Engkau telah mencabuli tempat kudusmu” (Yeh. 28:18). Oleh itu, syurga-syurga dan bumi juga dihakimi Tuhan. Ayub 9:5-7 mengatakan bahawa dalam kemurkaan Tuhan, Dia menterbalikkan gunung-gunung, menggoyahkan bumi dari tempatnya, memerintahkan matahari supaya tidak terbit, dan menutup bintang-bintang dengan meterai. Bilakah Tuhan melakukan perkara ini? Kita tidak pernah melihat catatan tentang perkara ini dalam sejarah manusia. Perkara ini pastinya berlaku sebelum zaman Adam, iaitu pada masa Tuhan menghakimi syurga-syurga dan bumi disebabkan pemberontakan Syaitan dan pengikutnya. Akibat penghakiman Tuhan, syurga-syurga tidak lagi bersinar dan bumi diselubungi kegelapan. Selepas dihakimi Tuhan, bumi terbenam di bawah air dalam; ini membuktikan bahawa Tuhan semestinya menghakimi bumi dengan menggunakan air untuk membanjirinya. Oleh itu, “bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan”, terbenam di bawah air dalam, dan diselubungi kegelapan (Kej. 1:2).

Yesaya 45:18 memberitahu kita, “Dia tidak menciptanya dalam keadaan tandus.” Ayub 38:4-7 menunjukkan bahawa Tuhan mencipta bumi dalam keadaan teratur. Ayat-ayat ini mengatakan bahawa semasa Tuhan “meletakkan asas bumi”, “menetapkan ukurannya”, dan “merentangkan tali pengukur di atasnya”, “bintang fajar menyanyi bersama-sama, dan semua anak Tuhan [malaikat-malaikat] bersorak riang”. Semasa Tuhan meletakkan asas bumi, Dia menetapkan ukurannya dan merentangkan tali pengukur di atasnya. Ini bermaksud bahawa Dia mencipta bumi dalam keadaan teratur. Oleh itu, apabila bintang fajar melihat penciptaan ini, mereka pun riang gembira lalu menyanyi, dan apabila semua malaikat melihatnya, mereka turut bersorak riang. Bilakah perkara ini berlaku? Sudah tentu, perkara ini berlaku dalam Kejadian 1:1 dan bukan dalam Kejadian 1:2. Bagaimanakah bintang fajar boleh menyanyi dan malaikat-malaikat boleh bersorak riang jika bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan?

Apabila perkataan “ketandusan” dan “kekosongan” digunakan bersama-sama dalam Wasiat Lama, perkataan-perkataan ini selalunya merujuk kepada akibat penghakiman. Kita melihat perkara ini dalam Yeremia 4:23 (“ketandusan dan kekosongan”, Ibr.), dalam Yesaya 24:1, dan Yesaya 34:11 (“ketandusan”, Ibr.). Apa sahaja yang telah dihakimi Tuhan akan menjadi ketandusan dan kekosongan. Bumi telah menjadi ketandusan dan kekosongan kerana bumi telah dihakimi Tuhan.

Kegelapan yang berada di atas permukaan air dalam juga merupakan satu tanda yang mengisytiharkan bahawa alam semesta pada zaman itu telah dihakimi; hal ini demikian kerana kegelapan merupakan akibat daripada penghakiman Tuhan (bd. Kel. 10:21-22; Wahi 16:10).

Oleh itu, keadaan bumi yang dinyatakan dalam Kejadian 1:2 tidaklah sama seperti keadaan bumi yang dicipta Tuhan pada asalnya. Bumi pada asalnya dicipta Tuhan dalam keadaan teratur, tetapi bumi telah “menjadi” ketandusan dan kekosongan. Perkataan “menjadi” di sini adalah sama dengan perkataan “menjadi” dalam Kejadian 19:26 yang mengatakan bahawa isteri Lot “menjadi tiang garam”. Dia bukan tiang garam, tetapi dia menjadi tiang garam. Berdasarkan prinsip yang sama, bumi pada asalnya bukan ketandusan dan kekosongan, tetapi bumi kemudiannya menjadi begitu.

MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (2)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (4)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)