Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Kejadian MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (2)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (1)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (3)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (2)
2017-06-01 | 228 Baca | 0 Komen
A- A+ Simpan

b. Pemberontakan Syaitan

Yehezkiel 28:15 mengatakan bahawa Syaitan sempurna dalam gerak lakunya sejak hari dia dicipta. Sudah tentu, Tuhan tidak mencipta Syaitan yang jahat. Tuhan mencipta ketua malaikat yang baik dan sempurna. Akan tetapi, pada suatu ketika, ketua malaikat ini, kerub yang diurapi ini, memberontak menentang Tuhan.

1) Punca

Syaitan memberontak menentang Tuhan kerana kesombongan dalam hatinya. Yehezkiel 28:17 mengatakan bahawa hatinya meninggi disebabkan kecantikannya, dan dia mengkorupkan kearifannya disebabkan semaraknya. Dia “penuh dengan kearifan dan sempurna keindahannya”; dia “memeterai kesempurnaan” (Yeh. 28:12). Ini bermaksud bahawa kesempurnaannya memang lengkap sekali dan tidak mempunyai apa-apa kekurangan. Akan tetapi, dia menatap kecantikannya dan dengan itu dia menjadi sombong. Dia melihat semaraknya lalu menjadi korup. Jika kita melihat apa yang dicipta Tuhan pada diri kita dan lupa akan Tuhan sendiri, kita selalunya akan tergoda untuk menjadi sombong. Kesombongan merupakan punca pemberontakan Syaitan. Oleh itu, dutus tidak membenarkan “orang baru” menjadi penatua dalam gereja, “supaya jangan dia dibutakan kesombongan lalu jatuh ke dalam penghakiman yang dideritai iblis” (1 Tim. 3:6). Semua virtu dan atribut alamiah, serta semua berian rohani boleh digunakan Iblis untuk menjadikan kita sombong. Bahkan dutus Paulus juga boleh ditinggikan secara keterlaluan disebabkan transendensi wahi itu (2 Kor. 12:7). Iblis yang sombong sedang berjalan ke sana sini di bumi untuk mencari orang yang sombong, yang boleh dibahamnya (1 Ptr. 5:8). Satu-satunya cara untuk “menentang” iblis ialah “merendahkan” diri kita dan mengikat pinggang kita dengan kerendahan diri kerana “Tuhan menentang yang sombong tetapi memberi kurnia kepada yang rendah diri” (1 Ptr. 5:9, 5-6). Tuan Yesus ialah teladan yang baik dalam hal ini. Syaitan menjunjung dirinya, tetapi Tuan Yesus “merendahkan diri-Nya” (Flp. 2:8). Oleh itu, Tuan jayeng atas Syaitan, dan Syaitan tidak mempunyai apa-apa dalam-Nya (Yoh. 14:30).

2) Tujuan

Tujuan Syaitan memberontak ialah dia hendak menjunjung dirinya supaya setara dengan Tuhan. Dalam Yesaya 14:13-14, kita melihat bahawa Syaitan mengatakan “Aku akan” sebanyak lima kali sewaktu pemberontakannya. “Aku akan naik ke syurga…Aku akan menjunjung takhtaku…Aku akan duduk di atas gunung…Aku akan naik mengatasi ketinggian awan-awan; Aku akan menyamakan diriku dengan Yang Tertinggi.” Syaitan mahu menjadi setara dengan Tuhan. Inilah tujuannya dia memberontak terhadap Tuhan.

Setiap pemberontakan yang tercatat dalam Bible didorong oleh cita-cita hendak mendapatkan kedudukan. Pemberontakan di Babel (Kej. 11:4), pemberontakan oleh Datan, Abiram, dan dua ratus lima puluh orang pemimpin bani Israel (Bil. 16:1-3), serta pemberontakan Absalom (2 Sam. 15:10-12), semuanya berpunca daripada cita-cita jahat hendak mendapatkan kedudukan. Namun Tuan Yesus “mengosongkan diri-Nya, mengambil rupa seorang abdi…Oleh yang demikian, Tuhan menjunjung-Nya dengan tinggi dan menganugerahi-Nya nama yang mengatasi semua nama” (Flp. 2:7, 9).

3) Proses

Pemberontakan Syaitan terhadap Tuhan bermula dengan niat jahat Syaitan, yang hendak menunggangbalikkan autoriti Tuhan (Yeh. 28:15-18; Yes. 14:13-14).

Bukan sahaja Syaitan memberontak, tetapi sebahagian besar malaikat yang berada di bawah kuasanya juga memberontak. Dalam Wahi 12:4, 9, kita melihat bahawa sepertiga daripada bintang-bintang di langit, iaitu sepertiga daripada malaikat-malaikat, menyertainya. (Dalam Wahi, bintang mewakili malaikat.) Dalam Matius 25:41, Tuan Yesus berkata, “Iblis dan malaikatnya.” Dalam Efesus 2:2 pula, Syaitan dihuraikan sebagai “pemerintah penguasa udara”, dan dalam Efesus 6:12, kita diberitahu bahawa prinsipaliti dan penguasa berada di udara. Prinsipaliti dan penguasa-penguasa ini adalah malaikat yang berada di bawah kuasa Syaitan, yang memerintah alam semesta sebelum zaman Adam. Dengan demikian, mereka ialah penguasa udara. Semasa Syaitan memberontak menentang Tuhan, kebanyakan daripada malaikat yang menyertainya menjadi malaikat jatuh, iaitu roh jahat. Hari ini, terdapat dua kumpulan malaikat dalam alam semesta, iaitu malaikat baik dan malaikat jahat. Malaikat baik berdiri di pihak Tuhan, manakala malaikat jahat bergabung dengan Syaitan untuk menentang Tuhan.

Makhluk-makhluk hidup yang berada di bumi pada masa itu, yang kemudiannya menjadi demon di bumi, juga menyertai Syaitan dalam pemberontakannya.

Jika kita membaca empat Injil, kita akan melihat bahawa di bumi terdapat sejenis lagi roh, iaitu demon. Siapakah dan apakah demon? Kebanyakan orang Kristian berfikir bahawa demon dan malaikat jatuh adalah sama, namun menurut Efesus, malaikat jatuh tinggal di udara, bukan di bumi. Empat Injil mewahikan bahawa demon sebenarnya tidak pernah masuk ke ruang angkasa; demon sama ada bergerak di bumi ataupun memasuki air yang merupakan tempat tinggal mereka. Adakah kamu masih ingat kes berkenaan orang yang dirasuk banyak demon (Mat. 8:28-32)? Semasa Tuan Yesus mengusir demon-demon, mereka merayu-Nya agar membenarkan mereka masuk ke dalam kawanan babi. Setelah demon-demon masuk ke dalam babi, babi-babi itu meluru ke dalam air, iaitu tempat tinggal kegemaran demon.

Berkenaan perkara ini, Matius 12:22-27 dan 43-45 agak bermakna. Dalam petikan-petikan Sabda ini, kita dapat melihat bahawa Syaitan mempunyai kingdomnya yang jahat, dan dia ialah “raja demon”. Ayat 43 berkata, “Apabila roh cemar [demon] keluar dari orang itu, ia mengembara melalui tempat yang tidak berair, mencari rehat, dan tidak menjumpainya.” Demon yang diusir keluar dari orang yang buta lagi bisu itu sedang mencari rehat, tetapi di tempat yang tidak berair, demon itu tidak dapat menjumpai rehat. Ini menunjukkan bahawa tempat rehat, tempat tinggal demon adalah di dalam air. Ayat 44 memberitahu kita apa yang akan berlaku sekiranya mereka tidak dapat menjumpai air. “Kemudian ia berkata, Aku akan kembali ke rumahku…” “Rumah” ini ialah tubuh jasmani manusia. Tempat tinggal demon ialah air, dan tempat tinggal sementara mereka ialah tubuh manusia.

Kisah Para Dutus 23:8-9 membuktikan bahawa demon bukan malaikat jatuh. Kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa malaikat dan roh adalah dua jenis makhluk yang berlainan. Bahkan orang Farisi berbangsa Yahudi pada zaman purbakala juga mengelaskan demon dan malaikat kepada dua golongan yang berlainan. Jika kita membaca empat Injil dengan teliti, kita akan mendapati bahawa demon juga dipanggil roh jahat. Bukan sahaja malaikat ialah roh, tetapi demon juga ialah roh.

Siapakah demon-demon? Mengapakah demon-demon suka memasuki air atau tubuh manusia? Dalam buku G. H. Pember yang terkenal, iaitu Earth’s Earliest Ages, dia pernah menjalankan kajian ilmiah yang menyeluruh terhadap perkara ini. Bidang geologi dan arkeologi telah mendapati bahawa bumi bukan sekadar wujud untuk jangka masa enam ribu tahun, tetapi jauh lebih lama daripada itu. Disebabkan sesetengah orang beranggapan bahawa bumi hanya wujud untuk jangka masa enam ribu tahun berdasarkan jangka masa sejak zaman Adam, maka sesetengah ateis dan orang Kristian fahaman moden mengatakan bahawa Kejadian 1 ada kesilapan. Ahli-ahli arkeologi telah menemui fosil tulang-tulang yang sudah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Namun, Encik Pember menemui jawapannya. Di antara Kejadian 1:1 dan 1:2, terdapat suatu jangka masa yang dipanggil waktu selang. Tidak ada seorang pun yang dapat menyatakan berapa lama waktu selang itu. Walau bagaimanapun, waktu selang itu semestinya jangka masa yang sangat panjang. Setelah mengkaji perkara ini dengan teliti, Pember membuat kesimpulan bahawa pada masa tertentu selepas penciptaan asal, Syaitan dan malaikatnya memberontak. Bukan itu sahaja, berdasarkan catatan Bible, Pember juga membuat kesimpulan bahawa pada zaman sebelum Adam, terdapat makhluk-makhluk hidup yang mempunyai roh pernah wujud di bumi; makhluk-makhluk ini juga menyertai Syaitan dalam pemberontakannya terhadap Tuhan. Oleh itu, Syaitan, malaikat-malaikatnya yang jatuh, dan makhluk-makhluk hidup ini telah dihakimi Tuhan. Selepas makhluk-makhluk ini dihakimi Tuhan, mereka kehilangan tubuh mereka dan menjadi roh tidak berjasad. Atas sebab ini, demon-demon mahu memasuki tubuh jasmani.

Air yang digunakan Tuhan untuk menghakimi mereka telah menjadi air dalam, yakni tempat yang mesti dihuni oleh demon. Pember juga membuktikan bahawa di bawah air dalam ini terdapat satu tempat yang dipanggil abis. Dalam terjemahan bahasa Yunani, perkataan “air dalam” dalam Kejadian 1:2 diterjemahkan sebagai “abis”. Air dalam ini ialah tempat tinggal demon-demon.

Pada suatu hari, semasa Yesus sedang belayar menyeberangi laut, tiba-tiba angin bertiup dengan kencang dan ribut kencang melanda. Tuan Yesus tidak berdoa; Dia memerintahkan angin supaya berhenti dan memerintahkan ribut supaya menjadi tenang (Mat. 8:23-27). Mengapakah angin bertiup dengan kencang di udara dan air pula bergelora? Hal ini demikian kerana di udara terdapat malaikat yang jatuh dan di dalam air terdapat demon. Mereka tahu bahawa Yesus akan pergi ke seberang laut untuk mengusir demon (Mat. 8:28-32). Hari ini, udara masih penuh dengan malaikat jatuh dan bumi pula penuh dengan demon.

Sebagai anak-anak Tuhan, kita harus mengetahui perkara-perkara berkenaan alam semesta, terutamanya berkenaan bumi. Malaikat-malaikat jahat menyertai Syaitan untuk memberontak menentang Tuhan. Demon, sejenis makhluk yang lain, ialah roh tidak berjasad yang hidup di dalam air dan juga bekerja di bumi. Syaitan ialah raja dunia; dunia ini termasuklah bumi dan udara. Dalam kingdom Syaitan, terdapat malaikat-malaikat jatuh di udara, demon-demon di dalam air, dan manusia yang jatuh di bumi.

MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (1)
MESEJ DUA: PEMBERONTAKAN DAN PENGKORUPAN SYAITAN (3)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)