Yohanes 8:32 - “Kamu akan mengenali kebenaran, dan kebenaran akan membebaskan kamu.”
eKebenaran
Kajian Hayat Yohanes Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
Mesej 9: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (6)
2022-01-18 | 0 Komen
A- A+ Simpan

PENGENALAN KEPADA HAYAT DAN PEMBINAAN (6)

Kajian Hayat: Mesej 4

Bacaan Bible: 

Yohanes 1:51 Dan Dia berkata kepadanya, Sesungguh-sungguhnya Aku berkata kepada kamu, Kamu akan melihat syurga terbuka dan malaikat-malaikat Tuhan naik dan turun pada Anak Manusia.

Petikan Bacaan:

MENGHASILKAN BATU-BATU UNTUK PEMBINAAN TUHAN

Pengikut-pengikut Yesus Ditransform Menjadi Batu-batu 

    Apabila Yohanes Pembaptis berkata, “Lihatlah, Anak Domba Tuhan,” dua daripada disipalnya tertawan oleh-Nya, dan Yohanes amat gembira atas hal ini. Apakah nama dua disipal ini? Yang pertama bernama Andreas, dan yang kedua seharusnya Yohanes, jaitu penulis injil ini. Sebaik sahaja Andreas tertawan, dia menemui saudaranya Simon dan memimpinnya kepada Yesus (1:41-42). Ketika Tuan memandang Simon, Dia menukar namanya kepada Kefas, atau Petrus, yang bermakna batu. Dalam Matius 16:18, Tuan merujuk kepada kata-Nya ini apabila Dia berbicara dengan Petrus tentang pembinaan gereja. Di sini, Petrus semestinya mendapat konsep berkenaan batu-batu hidup untuk pembinaan rumah rohani (1 Ptr. 2:5), iaitu gereja. Batu merujuk kepada kerja transformasi yang menghasilkan bahan bagi pembinaan Tuhan (1 Kor. 3:12). 

    Dalam bab pertama, terdapat Anak Domba, burung merpati, dan batu. Semua ini adalah lambang. Apakah makna semua lambang ini? Maknanya ialah Anak Domba berserta burung merpati menghasilkan batu-batu. Penebusan berserta kelahiruan dan transformasi menghasilkan batu-batu. Apakah itu anak domba? Menurut Keluaran 12, anak domba Paskah dibunuh demi dosa umat dan dimakan untuk kepuasan mereka. Apakah itu burung merpati? Kita telah melihat bahawa, dalam Wasiat Lama, burung merpati adalah makhluk yang penuh dengan keindahan hayat. Justeru, burung merpati mewakili Persona ketiga dalam Ketuhanan yang datang mencapai manusia dan menyalurkan hayat kepada manusia. Burung merpati yang turun ke atas manusia bekerjasama dengan penebusan dan adalah untuk menghasilkan batu-batu. Burung merpati tidak menghasilkan penginjil, minister, atau doktor falsafah dalam teologi; burung merpati menghasilkan batu-batu. Kita akan melihat nanti bahawa batu-batu ini adalah untuk pembinaan Betel, iaitu rumah Tuhan. 

Demi Pembinaan Rumah Tuhan 

    “Dan Dia berkata kepadanya, Sesungguh-sungguhnya Aku beritahu kamu, Kamu akan melihat syurga terbuka dan malaikat-malaikat Tuhan naik dan turun pada Anak Manusia” (ay. 51). Orang Yahudi dahulu kala tahu bahawa hal ini merujuk kepada mimpi Yakub (Kej. 28:10-22). Sewaktu Yakub melarikan diri daripada abangnya, pada suatu malam, dia tidur di kawasan lapang dengan berbantalkan batu. Dia bermimpi bahawa dia melihat syurga terbuka dan ada tangga yang didirikan di bumi sehingga mencapai syurga dan malaikat-malaikat naik dan turun di tangga itu. Apabila Yakub terjaga, dia berkata, “Betapa gerunnya tempat ini! Ini bukannya yang lain melainkan rumah Tuhan, dan inilah pintu syurga” (Kej. 28:17). Kemudian dia menuangkan minyak ke atas batu yang digunakannya sebagai bantal dan menamainya Betel. Sabda Tuan kepada Natanael adalah penggenapan mimpi Yakub. 

    Kristus, Anak Manusia ini, bersama-sama keinsanan-Nya, ialah tangga yang didirikan di bumi dan menuju ke syurga agar syurga terus terbuka kepada bumi dan menghubungkan bumi dengan syurga demi rumah Tuhan. Yakub menuangkan minyak (simbol bagi Roh Kudus, iaitu Persona terakhir Tuhan Tritunggal yang mencapai manusia) ke atas batu (simbol bagi manusia yang ditransform) agar batu itu menjadi rumah Tuhan. Di sini, iaitu dalam Yohanes 1, terdapat Roh itu (ay. 32) dan batu (ay. 42) untuk rumah Tuhan berserta Kristus dan keinsanan-Nya. Di mana adanya semua ini, di situlah adanya syurga yang terbuka. Justeru, Kristus dalam keinsanan-Nya ialah tangga yang membuka syurga dan yang menghubungkan bumi dengan syurga dan membawa syurga ke bumi. Di mana-mana sahaja Kristus dalam keinsanan-Nya berada, di situlah pintu syurga, di situlah Betel, iaitu rumah Tuhan yang dibina menggunakan semua batu, semua orang yang ditransform.

Hayat dan Pembinaan dalam Yohanes 1

    Yohanes 1 bermula dengan Sabda dan berakhir dengan Betel, rumah Tuhan. Antara ayat 1 dan ayat 51, terdapat jurang yang besar. Dalam jurang ini, terdapat banyak butir: Tuhan, penciptaan, hayat, cahaya, tubuh daging, tabernakal, kurnia, realiti, perisytiharan Tuhan, Anak Domba, burung merpati, batu, tangga, keinsanan Yesus, dan akhirnya rumah Tuhan. Inilah hayat dan pembinaan. Dalam bab pertama ini, terdapatnya permulaan, Sabda, Tuhan, penciptaan,hayat, cahaya, pelahiran anak Tuhan yang banyak dalam hayat, tubuh daging, tabernakal, kurnia, realiti, perisytiharan penuh daripada Tuhan, Anak Domba Tuhan yang menghapuskan dosa dunia, dan burung merpati yang melahirukan, mengurapi, mentransform, menyatupadukan, dan membina; terdapat juga batu, tangga, syurga yang terbuka, dan rumah Tuhan. Kita adalah sebahagian daripada rumah Tuhan ini. Haleluya! 

Mesej 7 & 8: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (5)
Mesej 10: Pengenalan Kepada Hayat dan Pembinaan (7)
Tinggalkan komen / perkongsian anda
Daftar atau isi maklumat di bawah:
1. Nama (Diperlukan)
2. E-mel atau Telefon (Diperlukan)